RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, December 30, 2010

Wajah-wajah kematian (2) Alangkah bahagianya.

Tuan-tuan dan diri saya, mari kita lihat bagaimana pula kekasih-kekasih Allah sewaktu berada diambang kematian.

Diriwayatkan apabila Saidina Bilal akan wafat, isterinya telah berkata : “ Sungguh sedihnya aku.” Lalu Bilal menjawab : “ Bahkan sebutkanlah sungguh gembiranya, kerana esok kami akan menemui orang-orang yang dikasihi Muhammad saw dan kumpulannya.”

Apabila Abdullah Abnul-Mubarak hampir wafat, dia membuka matanya sambil berkata : “ Untuk inilah maka beramalnya orang-orang yang beramal.”

Diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dan sahabat-sahabatnya ra., Khalifah Umar bin Abdul Aziz sewaktu wafat menghampirinya, beliau waktu itu dikelilingi oleh Maslamah bin Abdul Malik, isterinya Fatimah dan seorang pengawal. Lalu beliau berkata : “ Pergilah kamu semua dari sini kerana aku melihat makhluk-makhluk yang kian bertambah ramai, bukan manusia dan bukan jin.” Kata Maslamah; “ Kami pun bangun meninggalkannya dan terdengar suara orang berkata ;
“ Itulah Negeri akhirat yang Kami sediakan bagi orang-orang yang tiada menginginkan ketinggian (menyombongkan diri) dan tiada melakukan bencana kerosakan di muka bumi, dan kesudahan (baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Qashash : 83)
Kemudian suara itu hilang. Kami pun bangun dan masuk serta mendapati Umar telah memejamkan mata dengan tenang.”

Ketika didatangi wafat, Syeikh Abdul Kadir al-Jailani berkata kepada anak-anaknya ; “ Jauhilah dariku kerana pada zahirnya aku bersama-sama kamu, tetapi pada batinya aku bersama-sama selain kamu. Pihak selain kamu itu telah datang kepadaku, perluaskanlah tempat untuk mereka dan bersopan-santunlah kepada mereka. Ini adalah rahmat yang besar. Janganlah kamu sempitkan tempat bagi mereka.” Kemudian dia mengangkat tangan sambil berkata : Wa’alaikumus-salam warahmatullahi wabarakatuh, semoga Allah mengampuniku dan kamu, dan Allah menerima taubatku dan kamu.” Dia berkata-kata demikian sehari-semalam.

Sementara itu diriwayatkan juga seorang sufi wanita iaitu Rabiah al-Adawiyyah, semasa dihampiri wafat, telah dikelilingi oleh beberapa orang yang soleh dan dia berkata kepada mereka : “ Bangun dan keluarlah kamu serta lapangkanlah jalan untuk utusan-utusan Allah Ta’ala.”

Orang-orang soleh itupun bangun dan keluar. Setelah menutup pintu, mereka terdengar suara Rabi’ah menuturkan syahadat kemudian dijawab oleh suatu suara lain : “ Wahai jiwa yang tenang tenteram ! Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan puas lagi redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hambaku yang soleh. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu.”
(Surah al-Fajr : 27-30)

Aduhai, bahagianya mereka.

Bersambung……………………

Friday, December 24, 2010

Wajah-wajah kematian (1)

Kematian itu sesuatu yang pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan merasainya. Semua manusia, beriman atau tidak, meyakini akan tibanya saat kematian itu. Cuma tahap keyakinan itu berbeza. Samada keyakinan yang mampu menghasilkan iman dan mendorong untuk beramal, atau tidak. Atau keyakinan yang tidak mendatangkan manfaat apa-apa.

Firman Allah Surah Al-Imran : 185
" Tiap-tiap yang benyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu.”

Melalui sekian banyak kematian yang kita saksikan, atau yang tidak kita saksikan (namum kita dapat ketahui melalui catatan-catatan yang dibukukan) saat kematian itu sudah cukup menggusarkan. Melalui Al-Quran dan lidah Ar-Rasul saw kita dikhabarkan bahawa disaat kematian itu kita dipersaksikan akan tempat kembali kita serta balasan-balasan yang menanti kita di alam sana. Apakah agaknya yang akan kita saksikan di saat kematian itu ?

Firman Allah Surah Qaaf : 22
" Kami membuka (menyingkap) daripadamu tutup (yang menutupi) pemandangan kamu selama ini, lalu kamu dapat melihat dengan jelas pada hari itu (hari ketika hampir dekat kematian atau waktu nazak)."

Selari dengan itu ialah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab; (Ehya Ulumuddin)

" Kamu hadirilah kepada orang yang hampir mati dan ingatlah, ketika itu mereka dapat melihat perkara yang ghaib yang kamu tidak dapat melihatnya."

Sabda Rasulullah saw; Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
" Barang siapa suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun suka bertemu dengannya. Barangsiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak suka bertemu dengannya." Mendengar sabda tersebut, Siti Aisyah pun berkata ; "Adapun mengenai mati, kamu pun tidak menyukainya." Rasulullah saw lalu bersabda; " Bukan begitu, sesungguhnya orang mu'min itu apabila ia hampir mati, didatangkan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan mendapat keredhaan Allah dan mendapat kedudukan yang mulia. Maka ketika itu ia merasa amat suka dan gembira untuk bertemu dengan Allah dan Allah pun suka untuk bertemu dengannya. Adapun orang kafir, apabila ia hampir mati, didatangkan berita buruk bahawa ia akan diseksa dan diazab oleh Allah swt. Maka ia pun tidak mahu bertemu dengan Allah, maka Allah pun tidak mahu bertemu dengannya. "

Oleh itu dari sekian banyak kematian, tidak cukupkah semuanya itu menjadi pengajaran buat kita ? Tidakkah Allah telah beri kita akal untuk kita memikirkan, jalan petunjuk melalui RasulNYA saw, memberi kita iradah, potensi, kesediaan dan kemampuan untuk berbuat serta memberikan kebebasan ikhtiar untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan untuk kita mengusahakan hakikat kematian yang kita ingini ?

Mungkinkah kisah-kisah berikut bermanfaat untuk kita ?
Kisah (I).

Harus detik-detik kematian Stalin pemimpin Russia yang tercatit di dalam memoir anak perempuannya Svetlina Illiyuva yang diterbitkan tidak lama dulu membuktikan dengan tepat hakikat keadaan saat manusia diambang maut ini. Di antara lain isi kandungan memoir tersebut berbunyi :

“ Kematian bapaku adalah suatu tragedi yang berat. Itulah pertama kalinya aku melihat seorang manusia sedang mati. Tuhan tidak menjadikan maut itu mudah kecuali kepada golongan yang beriman kepadaNya. Cucuran darah sebelah dalam mengalir sedikit demi sedikit ke saki-baki otak.Oleh kerana jantung bapaku kuat,cucuran itu menyerang secara beransur-ansur pusat-pusat pernafasan dan berakhir dengan kelemasan. Pernafasannya mula cepat dan cepat. Dalam tempoh dua belas jam terakhir, bapaku mengalami kekurangan pesat udara oksigen. Di wajahnya terbayang tanda-tanda ketakutan, dan ia mengecut, kedua bibirnya menghitam dan raut wajahnya terus kelihatan ganjil dan asing sekali. Dua jam terakhir merupakan peringkat kelemasan lambat-lambat dan nazak yang menakutkan. Bapaku lemas dengan darahnya di depan mata kami.

Di saat yang kelihatan seolah-olah nazak itu berada di kemuncaknya, dia membuka matanya dengan tiba-tiba dan memandang kepada semua yang berada di sekeliling dengan pandangan yang menakutkan ; pandangan seorang hilang akal atau harus pandangan marah yang penuh ketakutan terhadap maut dan ketakutan terhadap wajah-wajah asing para doktor yang tunduk kepadanya. Pandangannya itu merayap ke seluruh orang-orang yang ada disitu dalam sesaat. Kemudian berlaku sesuatu yang mengerikan dan tidak dimengerti, sesuatu yang tidak akan aku lupakan seumur hidup dan tidak aku fahami sehingga ke hari ni. Bapaku dengan tiba-tiba mengangkat tangan kirinya seolah-olah menunjuk kepada sesuatu di atasnya, kemudian menjatuhkannya semula ke sebelahnya seolah-olah ia memurkai kami semua. Itu adalah suatu isyarat ancaman tanpa huraian. Tetapi tiada seorangpun yang dapat menentukan kepada siapa atau kepada apa ditujukan pandangannya.”

Tentunya kata-kata anak perempuan Stalin tersebut tidak perlu kepada ulasan, dan segala keterangannya tentang keadaan nazak bapanya itu menunjukkan kepada hakikat-hakikat ilmiah yang tidak memerlukan perbincanagan atau menimbulkan keraguan. Kesakitan yang dilihatnya terlukis pada bapanya merupakan suatu penentangan terhadap kepedihan-kepedihan sakit. Sementara pandangan menakutkan yang disaksikanya itu merupakan kemuncak nazaknya. Ianya memang pandagan ketakutan. Kerana tanpa ragu-ragu dan tanpa diduganya Stalin telah melihat kehidupan lain yang sedang ditujunya dan yang telah dikufurkannya. Dia mengangkat tangan dan menunjukkan ke atas, boleh diertikan sebagai pengakuannya terhadap kewujudan Allah swt dengan secara yakin.

Kemudian dia menjatuhkan tangan di sebelahnya yang menurut kata anak perempuannya itu seolah-olah dia memurkai mereka semua. Ini tidak syak lagi memang benar. Kerana dia telah menyesal terhadap masa lampaunya. Sementara isyarat amaran tanpa huraian itu tidak mengandungi sebarang pengertian, kerana mengikut memoir itu lagi, Stalin telah hilang kesedaran dan pengenalan. Dia tidak lagi mengenal orang-orang di sekelilingnya. Dan segala yang lahir padanya tidak ada lagi hubungan dengan dunia. Adapun pandangan yang tidak diketahui kepada siapa atau kepada apa diarahkan, sebenarnya diarahkan kepada mereka-mereka yang dilihatnya tetapi bukan dengan kedua matanya, dan kepada alam yang belum lagi dihayatinya ketika itu, dia melihat suatu kaum di dalam kehidupan yang lain, dia sedang memasuki alam yang lain dengan segala amalan dan kepercayaannya.

Bersambung…………………..



Saturday, December 18, 2010

MUHASABAH.....diharamkan ?


Sebagaimana yang telah saya janjikan, saya akan memberikan respon terhadap komen ‘Anonymous’ pada December 13, 2010 5:54 AM dalam entry saya yang lalu, Kata-kata hati (26) Jangan seperti mereka yang.... Saturday, December 11, 2010. Untuk itu, izinkan saya mengangkat komen tersebut, sebagai sebahagian dari entry baru saya. Mohon Allah melindungi saya dari terbabas jauh dalam memperkatakan hal berkaitan dengannya. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mempertimbangkan kewajaran untuk saya memberikan ulasan ini. Hasilnya saya tinggalkan sebahagian besar dari idea dan fakta asal yang saya ingin berikan. Saya hanya akan mengulas berkaitan maudhu’ yang saya tulis sahaja, kerana ingin mengelak dari ulasan yang terlalu panjang, yang mungkin mengundang salah faham bagi mereka yang tidak biasa dalam persoalan ini. Persoalan selebihnya yang di lontarkan oleh ‘Ananymous’ mungkin kita boleh perbincangkan dilain kesempatan, itupun jika perlu. Mohon maaf jika komen ini tidak wajar, dan saya masih terbuka untuk sebarang teguran.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anonymous said (December 13, 2010 5:54 AM)

salam tuan...

Syukran atas perkongsian tuan kali ini. Jika tuan berkesempatan,saya syorkan tuan mencari dan membaca penulisan syeikh abu a'ala al maududi bertajuk 'syahadatul haq' utk kita sama2 memahami bagaimana seharusnya kita memandang jemaah islam lain.

Dan saya syorkan juga tuan membaca buku penulisan syeikh fathi yakan bertajuk 'ihzaaru AIDS al-haraki', utk kita sama-sama fahami akan penyakit golongan yang menyertai harakah islamiyah tanpa memerhati asapek sirah yang mendalam.

Hari ini keserabutn berlaku dalm setiap aspek kerja. Kesempurnaan sepertimana nabi saw dan sahbat sukar utk kita usahakn di zaman ini.

Jadi jika kita sibuk memerhatikan kelemahan tanpa kita sendiri turun padang dan singsing lengan mengubah dan mmperbaiki keadaan, kita sebenarnya yang ada masalah.

Ilmu adalah wajib seblum beramal, tapi perlu diingati juga ilmu yang menggunung juga tapi tidak diamal juga akan beri risiko besar di akhirt. Hari ini ramai yang melaungkan jihad qital,tapi utk melangkah seketika menanggung kepayahn dakwah pn masih ada yg berdalih malah mngeji.

Tentang masalah sestegh pndkwah yg berckap tanpa hujah yang kukuh dan dalil yng shahih,,msalah ini berlaku hampir kesemua jemaah cuma bentuknya berbeza. Beza bagaimana x perlu utk dinukilkan disini.

Cuma mari kita ingatkn sama2 diri kita bahawa, hidayah bukn terletak setiggi ilmu yng kita miliki,sekuat hujah yng kita lontari dan selantang suara yang kita sanggupi. Ia terletak pada pengorbann kita utk cari redha Allah. Ada orng ilmu bnyk tapi amalannya agak tpis. Sukar utk kita lihat hariini orng yang mmpu 'balance kedua2 aspek ini,ilmu dan amal seiring.

Mgkn sesetgh mereka seblum ini baru sahaja mngenali jalan dakwh ini yang mana seblum ini mereka belum pernah mahir dgn quran dan hadis. Jadimapa sahaja yang mereka dgr dari mulut ulama mereka terima seolah budak tadika yang baru balaj dari guru yang masih perlu masa memahami. Cuma mari kita berlapang dada dan sama2 bantu mereka memperbaiki hal keadaan ini supaya menjadi semakin baik dari hari ke hari. Cukuplah kita merendah2kan kerja orng lain.Kita sudh bayk habis masa dgn keadaan saling mencarti kelmahan ini. Musuh smakin bersork dgn keadaan ini, remaja samikn parah akhlaknya. Jadi buat kerja yang kita mmpu lakukn dan sntiasa sibuk dgn tugas kita itu shgga Allah jemput kembali pulng padaNYa.Wallahualam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebagai mukaddimah, cetusan idea saya menulis blog ini sudah agak lama. Cuma saya tergagah memulakannya hanya selepas pemergian anak kedua saya, almarhum Muhammad Huzaifah, yang perihal beliau banyak saya tulis dalam label kata-kata hati. Apa yang saya catitkan dalam semua ‘entries’ kata-kata hati itu sebenarnya adalah luahan perasaan saya. Sekilas pandang seperti bicara dengan anak yang sudah pergi itu. Namun hakikatnya, saya berkeinginan dan saya tujukan luahan hati saya itu untuk dibaca, diselami dan dimengerti oleh anak-anak serta anak-anak angkat saya yang semuanya masih menuntut di beberapa buah negara dan di beberapa IPTA tempatan. (Berbetulan mereka sekaliannya bersama dengan arus kebangkitan Islam). Menantikan mereka sekaliannya balik dan semuanya berkumpul untuk saya bicarakan semua iktibar yang dapat diraih dari peristiwa pemergian almarhum Muhammad Huzaifah itu agak sesuatu yang agak sukar dan tidak pasti ketika ini. Maka begitulah saya memanfaatkan blog saya sebagai antara saluran bicara saya dengan dengan mereka sekaliannya. Jika dibaca oleh orang lain, terpulanglah untuk mereka menilainya. Kalau ada manfaatnya ambillah, dan jika tidak, tinggalkanlah dan beri teguran. Saya manusia yang jauh dari sempurna.

Berbalik pada entry saya yang lalu dalam tajuk Kata-kata hati (26) Jangan seperti mereka yang.... Saturday, December 11, 2010 yang diberikan komen oleh ‘Anonymous’, suka saya mengutip kembali sedikit dari apa yang saya tulis. Saya menyatakan;
“Sebenarnya abah teringatkan beberapa waktu dahulu, abah sering mengingatkan anak akan hal-hal yang berkait rapat dengan dakwah ini. Abah tidak mahu memaksakan anak berada dalam uslub dakwah yang abah-ummi bergabung di dalamnya. Anak lebih selesa dengan uslub dakwah yang sedikit berbeza. Tak mengapa…. berlapang dadalah, asalkan semuanya masih dalam batas yang diizinkan syara’ dan masih utuh berpegang pada prinsip pokok agama. Perbezaan dalam pendekatan dakwah abah-ummi dan anak adalah juga hasil perbezaan ulama’-ulama’ dalam menanggapi persoalan dakwah dan dalam hal-hal yang bersangkut paut dengannya. Kita pengikut sewajarnya memiliki sikap terbuka, dan sentiasa beranggapan semuanya bersifat saling lengkap-melengkapi, serta perlu memerlukan.”
Dan seterusnya…..(yang mungkin dianggap sebagai mencari kelemahan dengan ungkapan “ Cukuplah kita merendah2kan kerja orng lain. Kita sudh bayk habis masa dgn keadaan saling mencarti kelmahan ini ”).

Mencari kelemahankah saya.?

Rasanya perlu kita mendalami sesungguhnya pengertian, maksud dan ciri-ciri perlakuan manusia yang mencari kelemahan. Lumrahnya manusia, bilamana kita katakan ia mencari kelemahan, maka kebiasaannya bersertanya maksud yang tidak baik seumpama bagi tujuan menjatuhkan, melemahkan, merendah-rendahkan, menghancurkan, menghalangi manusia untuk datang menghampiri dan tidak rela melihat orang lain bergabung di dalamnya (kalau dalam konteks jamaah). Jika ditemuinya sesuatu kelemahan, dia tidak sekali-kali akan memberikan cadangan jalan penyelesaian. Ketika itu langkahnya sehala. Padanya, sesuatu yang dicarinya kelemahan itu, (jika ia jamaah) tidak diperlukan wujudnya. Jika ia adalah jamaah Islam apakah mungkin dibiarkannya orang yang dia sayang (dalam konteks saya, dia adalah anak-anak saya) bersama dengan jamaah yang dicarinya kelemahan itu.

Padahal saya merelakan anak-anak saya (bukan seorang) menekuni secara sungguh-sungguh dalam semua gerak kerja jamaah mereka. Diwaktu saya ada kelebihan saya menginfakkan duit untuk keperluan kerja-kerja dakwah mereka. Malah di kesempatan lain saya juga bersama dalam sebahagian aktiviti dakwah mereka. Ummi mereka (isteri saya) tidak pernah gagal untuk menghidupkan apa yang dikenali dalam jamaah anak saya sebagai taalim setiap lepas solat Asar atau Maghrib atau Isyak. Tetapi isteri saya mengisinya dengan bahan yang tidak ‘rigid’, mengikut keperluan. Anak saya dan kami yang tidak dalam jemaah yang sama, masing-masing menerimanya, tidak ada persoalan. Kami tidak pernah janggal untuk saling mengambil apa-apa jua yang bermanfaat diantara kami dan dari orang lain, selain saling ingat memperingat serta tegur menegur.

Manakala saya sebagai ketua keluarga, andai ada sesuatu yang tidak cocok, dan perlu di tegur maka teguran itu saya berikan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak saya. Usah dipersoalkan teguran saya nadanya bagaimana, sebab saya InsyaAllah memahami keperluan anak saya, dan pendekatan yang bagaimana harus saya gunapakai. Tidak terkecuali dalam isu yang saya utarakan yang dipersoalkan oleh “Anonymous’. Itu adalah teguran. Dalam bahasa lain muhasabah.

Apakah tidak wajar saya bermuhasabah dengan anak-anak saya. Jika kepada orang lain pun, saya kira masih ada kewajarannya. Kalau boleh saya bertanya, sejak bila muhasabah tidak diizinkan. Bolehkah kita mengatakan bahawa tuntutan Surah Al-Ashr sudah tidak digunapakai? Begitu juga suri teladan yang terlalu banyak sejak kehidupan Ar-Rasul dan kemudiannya para sahabat sudah tidak berguna? Apakah kita ingin memadam budaya bermuhasabah yang telah hidup subur sejak sekian lama? Bukankah Allah telah menetapkan dalam Surah Adz-Dzaariyat : 55
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

Kemudian, benarkah bila saya bermuhasabah dengan anak saya, ‘ Musuh semakin bersorak ‘ sebagaimana yang dikatakan dalam komen ‘Anomymous’ (yang saya bold dan 'Italic'kan, seperti di atas).

Jika begitu logiknya, terbahak-bahakkah Rom dan Farsi sewaktu Rasulullah ditegur lewat Surah ‘Abasa ; “ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian) ! Sesungguhnya ajaran–ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan……..(dan seterusnya).”

Dan ketawa hingga keluar air matakah Abu Jahal dan seluruh kafir Quraish sewaktu Rasulullah diperingatkan oleh Al-Khabbab bin Al-Munzir berkenaan dengan pemilihan kedudukan tentera Muslimin semasa persiapan perang penentu, Badar Al- Qubra ?
Juga bagaimana, ketika Saidina Umar ditegur oleh seorang wanita dalam hal penetapan mahar . Ketawakah musuh-musuh Islam ?

Apakah apabila saya menegur anak saya, maka saya berpenyakit, sebagaimana ungkapan ini; “ Dan saya syorkan juga tuan membaca buku penulisan syeikh fathi yakan bertajuk 'ihzaaru AIDS al-haraki', utk kita sama-sama fahami akan penyakit golongan yang menyertai harakah islamiyah tanpa memerhati aspek sirah yang mendalam.”
Tidak mengapa saya dikatakan ada penyakit, asalkan anak saya tidak terkena dan kekal dengan penyakit kebanyakan orang yang jumud. Ternyata almarhum Huzaifah berubah dan berusaha keras untuk keluar dari kejahilan. Beliau selamat dari menjadi fitnah pada jamaahnya dan lebih penting Islam. Bahkan beliau menjadi aset yang baik untuk jamaahnya, dan rakan sejemaahnya gembira dengan kehadiran beliau....alhamdulillah. Sekali lagi bukankah benar firman Allah; “ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyat : 55)

Penyakit saya menegur anak saya almarhum Huzaifah, rasanya tidak sangat memudharatkan berbanding kemudharatan yang mungkin berlaku jika kita tidak berbuat apa-apa untuk perbaikan saudara seagama, membiarkan mereka (anak-anak saya terutamanya) tenggelam dengan kejahilan sehingga ada yang tidak perasan mereka jahil.

Dan dikatakan ; “ Jadi jika kita sibuk memerhatikan kelemahan tanpa kita sendiri turun padang dan singsing lengan mengubah dan mmperbaiki keadaan, kita sebenarnya yang ada masalah.”

Saya telah lakukan yang apa yang saya mampu, dan ternyata berhasil, dengan izin Allah. Begitu juga sebahagian rakan-rakan anak saya. Apakah masih juga saya tergolong dalam kata-kata; “kita sebenarnya yang ada masalah.” itu ?

Terima kasih pada ‘Anonymous’ kerana seruan untuk saya membaca buku-buku saranan beliau. Akhirnya saya mendapati hampir kesemua mereka yang mengutarakan topik ini, yang berkisar sekitar kepelbagaian jamaah dan bagaimana kita menanggapinya samada melalui tulisan yang khusus, perbicaraan umum dan sebagainya seperti Syeikh Mustafa Masyhur, Syeikh Said Hawwa, Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi, Tuan Guru Dato Hj Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz Nik Mat, Utz Dato Hj Harun Taib, Tuan Guru Utz Yahya Othman, Ustaz Alias Othman, semuanya meyimpulkan lebih kurang maksud agar kita berlapang dada, memiliki sikap terbuka, dan sentiasa beranggapan semuanya bersifat saling lengkap-melengkapi, serta perlu memerlukan asalkan semuanya masih dalam batas yang diizinkan syara’ dan masih utuh berpegang pada prinsip pokok agama. Tidak pula kedapatan mereka mengatakan tidak boleh kita memberikan peringatan, teguran serta menjauhi muhasabah. Wallahu’alam.

Saturday, December 11, 2010

Kata-kata hati (26) Jangan seperti mereka yang....

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/

Diantara barangan anak yang siap tersimpan dalam kotak yang diserahkan kawan-kawan UMT anak tempohari, yang tidak kurang menyentuh perasaan kami adalah beberapa kitab. Dalam sibuk dan beratnya menghadapi sekian banyak mata pelajaran semester ke empat tempohari, mungkin anak sempat-sempatkan juga menekuni beberapa kitab bagi bekalan kehidupan sebagai seorang hamba Allah, yang ingin meraih redhaNYA. Apa nak dikata, sistem pembelajaran yang ada memisahkan keperluan dunia dari agama, sedang tuntutan untuk umat Islam menguasai ilmu-ilmu yang disediakan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah juga fardhu.

Sebenarnya abah teringatkan beberapa waktu dahulu, abah sering mengingatkan anak akan hal-hal yang berkait rapat dengan dakwah ini. Abah tidak mahu memaksakan anak berada dalam uslub dakwah yang abah-ummi bergabung di dalamnya. Anak lebih selesa dengan uslub dakwah yang sedikit berbeza. Tak mengapa…. berlapang dadalah, asalkan semuanya masih dalam batas yang diizinkan syara’ dan masih utuh berpegang pada prinsip pokok agama. Perbezaan dalam pendekatan dakwah abah-ummi dan anak adalah juga hasil perbezaan ulama’-ulama’ dalam menanggapi persoalan dakwah dan dalam hal-hal yang bersangkut paut dengannya. Kita pengikut sewajarnya memiliki sikap terbuka, dan sentiasa beranggapan semuanya bersifat saling lengkap-melengkapi, serta perlu memerlukan.

Cuma apa yang sering abah peringatkan, walaupun kadang kala dalam nada yang sedikit keras, (gambaran betapa ‘serious’nya abah dalam hal itu), ialah peringatan abah agar anak menjadi ahli, anggota jamaah yang berilmu. Agar segenap gerakan, perkataan dan tindakan biarlah sedapatnya bertunjangkan dari ilmu. Ilmu yang diambil dari sumber ambilan yang sahih dan mantap. Tidaklah sebagaimana sebahagian orang yang telah puluhan tahun bergelumang dengan gerakan dakwah, tetapi semuanya berdalil dengan kata-kata seumpama ini…. “ Orang ‘alim kata……. ”, atau yang seumpamanya. Andai ditanyakan siapa orang ‘alim tu…. mereka pun tidak tahu. Malah ada sebahagiannya membawa cerita-cerita yang disisi agama batal dan tidak benar, bagi menyokong atau untuk membenarkan hujah perbicaraan dan tindakan mereka. ‘Amal ikut-ikutan, begitu juga dakwah ikut-ikutan tanpa didasari dan dipandu dengan ilmu…abah kira sangat berbahaya lagi merosakkan. Sifat Islam yang agung ini, begitu juga dakwah yang dibawa oleh Baginda ar-Rasul saw, semuanya bertunjang pada asas yang sangat kokoh dan kuat. Tidak atas asas rasa-rasa.

Namun melihatkan himpunan kitab, yang abah kira anak sedang cuba menekuninya (walaupun semunya itu mungkin belum memadai), abah merasa lega dan gembira. Anak akur, dan cuba semampunya mencedok sedapatnya ilmu di dalamnya, dipandu oleh beberapa ustaz yang ikhlas dari Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

Firman Allah Surah az-Zumar : 9
“ Katakanlah; Tiadalah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.”

Firman Allah Surah al-Mujadalah : 11
“ ….Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dari kamu dan juga orang-orang yang dikurniai ilmu dengan beberapa darjat.”

Firman Allah Surah ar-Ra’ad : 19
“ Adakah orang yang mengerti perihal apa yang diturunkan dari Tuhan padamu yakni agama yang hak itu, dapat disamakan dengan orang buta. Hal ini hanya dapat dijadikan peringatan untuk orang-orang yang berakal.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Dunia ini terlaknat dan seisinya pun terlaknat pula, kecuali berzikir kepada Allah serta yang mengikutinya, juga orang yang berpengetahuan dan orang yang menuntut pengetahuan.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut satu bab dari ilmu pengetahuan, maka ia adalah fi-sabilillah sampai ia kembali lagi ke rumah.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud & Tirmizi.
“ Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya Malaikat itu sama meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana sangat rela terhadap apa yang dilakukan. Bahawasanya kaum ‘alim-ulama adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham (perak) atau dinar (emas), tetapi yang diwariskannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah memperoleh bahagian pusaka yang banyak sekali.”

Tahniahlah anak…….

Thursday, December 9, 2010

'Alam murka ?

Tsunami yang memusnahkan

Muntahan yang meluluhkan

Gempa bumi yang meranapkan
Ombak tsunami
ribuan jiwa ditelan
Banjir lumpur Sidoarjo (lumpur Lapindo)
seluruhnya ditenggelamkan

Semakin gawat dan menjadi-jadi. Bencana yang melanda dunia masih belum terlihat tanda-tanda mereda. Setelah tsunami, gempa bumi, ledakan gunung berapi, banjir, badai, lumpur Sidoarjo (lumpur Lapindo), yang sehingga kini masih tidak mampu ditangani dan berbagai bencana lain yang memusnahkan. Entah sudah berapa ratus ribu nyawa melayang tanpa diduga. Hasilan manusia, tanaman, ternakan serta bangunan sudah tidak terhitung lagi jumlah dan nilainya. Terakhir, selepas beberapa siri tsunami, banjir lumpur di Sidoarjo, Lapindo, banjir besar di Pakistan dan China, meletus pula gunung berapi di Jawa Tengah. Ledakannya mempamerkan kekuatan yang bukan kepalang, kekuatan yang Tuhan berikan kepadanya.

Semua kejadian yang tersebut menjadikan manusia memberikan reaksi yang berbagai. Sebahagiannya semakin gelisah dan cemas. Diselubungi perasaan bimbang yang bukan calang-calang. Manakala sebahagian lagi tidak merasa apa-apa. Bagi mereka, semua yang berlaku itu hanyalah siri-siri bencana 'alam. Tidak ada apa yang perlu difikirkan, apatah lagi perlu merunsingkan fikiran.

Namun tampaknya siri malapetaka itu hanyalah sebahagian dari keseluruhan alam yang terlihat jelas sudah tidak ingin bersahabat dengan kita. Sebagian manusia berujar dengan kalimah “Bumi sedang marah” atau “Alam murka”. Padahal mereka sadar, bahwa alam semesta raya ini sepenuhnya tunduk patuh kepada Sang Pencipta. Langit dan bumi beserta seluruh isinya, sebenarnya tidak memiliki sedikit pun kekuatan melainkan atas kehendak dan izin Tuan yang mengatur mereka setiap detik dan ketika. Jika alam ini tidak memiliki kuasa barang sedikitpun, lalu siapa sebenarnya yang murka? Pastinya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang. Bahkan ketika Dia murka kepada manusia, sebenarnya ada kasih sayangNya kepada kita.

Hakikatnya, yakinlah disebalik semuanya itu ada peringatan dan didikan untuk kita, samada kita ingin kembali ingat kepada-Nya, taat dan patuh kepada-Nya, atau sebaliknya. Melalui setiap fenomena di alam raya ini, Allah sedang berkata-kata kepada kita. Mampukah kita mendengar kata-kataNya? Dan yang lebih penting lagi, mahukah kita mendengar kata-kataNya? Jika kita tidak mahu, maka inilah sebenarnya sumber lahirnya malapekata. Keenganan dan ketidakpedulian inilah sebenarnya yang mungkin menjadi sebab mengapa sekian banyak bencana terus terjadi dan masih enggan berhenti.

Padahal Allah telah berjanji dalam Surah Al-A'raaf : 96

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Ataukah kita hanya akan mendengar dan cuba memahami kata-kataNya, ketika sudah tibanya qiamat...?

Pendengaran dan pemahaman yang sudah tidak berguna.....

Tuesday, December 7, 2010

Ya Allah...

DOA AWAL TAHUN


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada Junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah saw berangkat meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah, Baginda mengucapkan doa sebagai berikut :

“ Puji syukur bagi Allah yang telah menciptakan aku, sebelum itu aku bukanlah apa-apa. Ya Allah, tolonglah aku dalam menghadapi marabahaya dunia, bencana zaman dan musibah yang mengancam siang dan malam.”
“ Ya Allah, sertailah aku dalam perjalanan, lindungilah keluarga ku, limpahkanlah keberkatan atas rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku. Ku serahkan kepada Mu kerendahan diriku dan demi kebaikan akhlakku, luruskanlah aku. KepadaMu aku mohon curahan kecintaan Mu. Janganlah aku Engkau serahkan kepada orang lain. Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kaum yang lemah dan Tuhanku jua. Aku berlindung kepada kekuasaan Mu, Maha Pemurah yang telah menciptakan langit dan bumi, yang menyinari kegelapan dan menentukan kebaikan orang-orang masa dahulu dan masa mendatang. Janganlah aku sampai terkena marah Mu, dan tertimpa murka Mu. Aku berlindung kepada Mu agar tidak kehilangan nikmat kurnia Mu, terhindar dari balasan siksa Mu, dan jangan sampai kasih sayang Mu berubah menjadi murka terhadap diriku. Kurelakan segala yang ada padaku untuk Mu. “
“ Tiada daya dan tiada kekuatan lain selain atas perkenan Mu.”

Mampukah kita menghayati doa itu......?


Monday, December 6, 2010

Al - Aqsa menangis (6)

Tugas dan tanggung jawab umat Islam

Rasulullah saw bersabda ;

"Akan ada sekelompok dari umatku yang akan selalu berada di jalan yang benar dan adil. Mereka akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan tidak akan melanggar melawan kecuali penderitaan menimpa mereka, sampai bantuan Allah datang dan mereka kembali ke keadaan biasa mereka "Para sahabat bertanya:. Dimana mereka tinggal, wahai Rasulullah? ” Nabi menjawab: " Di Baitul Muqaddis dan sekitarnya "
(di riwayatkan oleh Ahmad).

Allah telah memilih orang-orang Palestin menjadi orang-orang yang melindungi Al-Aqsa. Mereka telah mengorbankan segalanya, termasuk kehidupan mereka, kekayaan, keluarga, anak-anak dan seluruh dunia mereka untuk mempertahankan tanah suci kita umat Islam. Mereka telah memberikan segalanya untuk Allah dan ketika mereka menemui-Nya nanti mereka akan berhujah bahawa mereka telah melaksanakan tanggung jawab mereka.

Persoalannya, apakah sumbangan kita umat Islam lainnya terhadap Al-Aqsa? Sedangkan membela Al-Aqsa adalah kewajipan. Apakah cukup bagi kita dengan hanya memerhati, sedang saudara-saudara kita menangis menderita? Apakah agaknya yang akan menjadi jawapan kita di hadapan Allah pada hari kiamat nanti?

Sesungguhnya banyak langkah yang boleh dan mampu diambil oleh umat Islam sedunia, selain menunjukkan rasa perpaduan dengan saudara-saudara kita di Palestin. Ditangan kita, Allah telah anugerahkan semua sumber khazanah kekayaan, serta kedudukan negeri-negeri umat Islam dikedudukan yang strategik, yang mampu menjadikan semua musuh melutut tunduk tidak berdaya.

Perlukah kita hanya menanti kedatangan 'Umar Al Khattab' atau kelahiran 'An Nasr Salahuddin Al Ayubi' untuk meredakan tangisan Al-Aqsa itu ?

Al - Aqsa menangis (5)

Baitul Muqaddis dibawah penguasaan Islam


Al-Aqsa dilihat dari dinding selatan

Semasa pemerintahan Khalifah kedua, Khalifah Umar Ibn al-Khattab, bala tentera Islam di bawah pimpinan Abu Ubaidah, mengepung Baitul muqaddis sejurus selepas menguasai Damsyik dalam Pertempuran Yarmuk. Penguasa kota Baitul Muqaddis, Patriark Sophronius, menegaskan bahawa ia hanya akan berunding dengan Khalifah Umar dan tidak sesiapa dibenarkan masuk ke Baitul Muqaddis sebelum Khalifah Umar. Mendengar hal ini Khalifah Umar bergegas ke Baitul Muqaddis bersama seorang pelayan. Mereka hanya mengenderai seekor unta ke Baitulmuqaddis walaupun beliau boleh sahaja membawa angkatan besar yang boleh membuat gementar sesiapa sahaja yang melihatnya. Beliau melakukan semuanya itu semata-mata untuk menunjukkan kesederhanaan dan memastikan bahawa Allah sahaja yang layak menerima semua kemuliaan

Sewaktu tiba di kota Baitul Muqaddis, giliran pelayan untuk menunggang unta. Sebagai menghormati dan untuk memastikan bahawa orang ramai melihat Khalifah Umar, sipelayan menginginkan agar khalifah menaiki unta. Namun Khalifah Umar menolak dan tetap memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan kaki sementara pelayan naik unta. Pemandangan itu sangat mengejutkan semua orang, termasuk Patriark Sophronius. Beliau meneruskan perjalanan dengan berkaki ayam, sedang sepatu beliau dijinjing ditangan, menjadikan yang melihat bertambah takjub. Sementara kaum Muslimin yang melihat perilaku Khalifah tersebut, spontan mengucapkan takbir, tasbih dan tahmid, sebagai tanda takjub akan kebesaran Allah dan kehebatan ciptaan dan kehendakNYA.

Khalifah Umar berjalan ke arah pasukan tentera Islam yang kelihatan hebat sedangkan beliau sendiri mengenakan pakaian yang agak usang. Sementara orang-orang Kristian yang menyaksikan semua peristiwa tersebut melalui celah-celah tembok Baitulmuqaddis kagum kaget pada kesederhanaan Khalifah yang memukau, seakan tidak mempercayai akan apa yang mereka saksikan bagaimana mungkin seorang yang begitu sederhana boleh menjadi menjadi pemimpin bala tentera hebat yang digeruni.

Abu Ubaidah yang tidak boleh menahan diri saat melihat peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya ini, yakni kerendahan hati khalifah, bergegas ke sisi Umar sambil mengatakan " hari ini anda telah melakukan suatu perbuatan yang membanggakan di hadapan orang.” Saidina Umar menepuk dada Abu Ubaidah sambil mengherdik; " Aku berharap orang lain selain daripada anda, mengatakan yang demikian. Kita adalah umat yang hina, lalu Allah muliakan kita dengan Islam. Kita adalah lemah lalu Dia memberi kita kekuatan ".

Patriark Sophronius yang melihat peristiwa yang mengagumkan itu, lalu berkata kepada pengikutnya; “ Tidak ada seorang pun di dunia akan mampu mengatasi mereka ini, oleh itu menyerahlah supaya kalian selamat.” Perundingan berlangsung dan sebuah perjanjian termeteri, terkenal sebagai ' Perjanjian Umariyya ". Perjanjian ini masih kekal tersimpan di dalam Gereja ‘ The Holy Sepulchre ‘ di Baitulmuqaddis.

Orang-orang Kristian meminta agar orang-orang Yahudi, yang tidak ada sebelum penaklukan itu, dilarang untuk memasuki Baitulmuqaddis dan Umar menerimanya. Namun di pihaknya Umar menawarkan keselamatan dan perlindungan keatas semua penganut agama-agama lain untuk tinggal Di Baitul Muqaddis, dan keselamatan tempat-tempat suci mereka, serta melarang dari menodai atau merobohkannya.

Setelah perjanjian ditandatangani kunci untuk bandar itu secara rasmi diserahkan, bertepatan pada tahun 637 M. Pintu-pintu gerbang Baitulmaddis telah dibuka dan Khalifah Umar masuk melalui lorong pejalan kaki, yang menyebabkan beliau terdorong ke Gereja The Church of the Holy Sepulchre. Sewaktu Khalifah Umar berada di dalamnya Patriark Sophronius berkata kepadanya " bersembahyanglah ". Namun Khalifah Umar menolak, bimbang ia dianggap sebagai isyarat berkuatkuasanya tempat sembahyang yang mungkin akan mengancam penggunaan terus gereja sebagai tempat ibadat penganut-penganut Kristian. Sebaliknya beliau bersembahyang di suatu kawasan di sebelah selatan gereja, sekarang lokasi berkenaan dikenali sebagai Masjid Umar di bahagian kiri, 150 meter dari mimbar al-Aqsa sekarang. Beliaulah orang pertama di kalangan para Sahabat memulakan sembahyang di masjid yang mulia ini.

Dalam melakukan hal tersebut Khalifah Umar menunjukkan kepada dunia makna toleransi dan kemurahan hati dalam kemenangan dan kekuatan. Itu adalah menifestasi kebesaran Islam yang bersinar, terpancar keluar dari dalam roh dan ini tercermin dalam etikanya walaupun dia adalah orang yang terkenal kerana keteguhan dan keberanian.
Khalifah Umar kemudian meminta untuk dibawa ke lokasi Masjid Al Aqsa. Ia ditunjukkan oleh Patriark Sophronius .

Bersama-sama dengan beratus-ratus umat Islam, beliau menemukan daerah tanah kosong yang diliputi debu dan puing-puing, kesan runtuhan. Pada tahun 70 masihi, seorang panglima Rom bernama Titos telah menghanguskan seluruh kota Jerusalem dan menghambat keluar Yahudi dari kawasan ini Beliau menggulung lengan bajunya dan segera menyapu membersihkan masjid berkenaan. Pada melihat hal keadaan itu, umat Islam yang lain termasuk jeneral tentera dan askar bergabung dengannya dalam kerja pembersihan. Setelah selesai Khalifah Umar melepaskan jubahnya, lantas bersembahyang. Itu adalah doa pertama umat Islam di Masjid Al-Aqsa selepas Nabi Muhammad (SAW).

Khalifah Umar segera memerintahkan kerja-kerja pemulihan masjid. Sebuah masjid kayu besar, dikenali sebagai Masjid Al Marwani, dengan keupayaan menampung 3000 jemaah. Didirikan di atas tapak di dinding selatan ‘Noble Sanctuary’. Mereka kemudian mulai bersembahyang di masjid suci itu. Inilah peristiwa penguasaan yang paling aman serta damai ke atas Baitulmuqaddis, dan status keagungan masjid ini telah dikembalikan setelah sekian lama dihinakan oleh orang-orang Kristian.

Dengan kemurahan hati Khalifah Umar, mereka yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dibenarkan untuk melakukannya bersama dengan segala harta milik mereka sementara yang lain yang memilih untuk tinggal, dijanjikan perlindungan nyawa, harta dan tempat beribadat. Kemudian Khalifah Umar menarik larangan yang telah berlanjutan empat ratus tahun Kristian terhadap orang-orang Yahudi, membolehkan mereka untuk kembali ke Baitulmuqaddis dan orang-orang Kristian diberikan keizinan menggunakan tempat-tempat suci mereka. Dengan demikian beliau telah mengubah menjadikan kota baitu Muqaddis sebagai kota damai dan harmoni di mana orang-orang Yahudi, Kristian, dan Islam hidup dalam toleransi.


Bahagian dalam Musalla Al Marwan

Peristiwa ini telah membuka pintu kepada orang Yahudi yang selama ini tidak diberi kebenaran memasuki Baitul Muqaddis. Sepanjang pemerintahan Islam ke atas Baitulmuqaddis, dari tahun 637 hingga 1917 Baitul Muqaddis berjaya mengekalkan status sah, 'The Holy City'.

Di bawah kuasa Islam tidak ada pembunuhan, tidak ada pembakaran dan penjarahan dan tidak ada penodaan tempat-tempat suci seperti yang dilakukan orang-orang Yahudi Zionis sekarang. Jika ada pun hanyalah konflik diantara pelbagai mazhab Kristian untuk mengawal tempat-tempat suci mereka. Itu pun dapat dikawal selia dengan baik oleh pemerintah Islam, sehingga tidak berlaku konfrontasi kekerasan, diantara mereka.

Sebaliknya ketika Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Tentera Salib pada tahun 1099 para penjajah pergi memasuki kota Baitul Muqaddis dengan semua perlakuan biadab serta zalim. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui, tanpa mengira usia, muda atau lanjut usia, laki-laki atau perempuan dan sihat atau yang sakit. Sebahagian besar penduduk kota berlindung di masjid Baitulmuqaddis yang ketika itu dipenuhi dengan dengan sekitar 100,000 orang. Gabenor penjajah salib tidak menemukan peluang yang lebih baik dari itu untuk memenggal kepala kesemua mereka dan benar mereka semua dibunuh.

Tentera salib menduduki Yerusalem selama 91 tahun sebelum angkatan An Nasr Salahudin berjaya merebut kembali kota BaitulMuqaddis. Kenyataan dan catatan sejarah ini, sebenarnya memberikan isyarat serta harapan kepada umat Islam hari ini, di seluruh dunia bahawa Baitul Muqaddis boleh direbut kembali, walaupun ia mungkin memerlukan masa yang panjang.

Dengan demikian sejarah Baitulmuqaddis bukanlah satu sejarah biasa. Di dalamnya kehendak Allah dimanifestasikan dalam cara yang sangat khusus. Menurut beberapa ulama peristiwa yang telah terjadi di Baitul Muqaddis dalam beberapa tahun lalu atau yang sekarang, semuanya membawa mesej Ilahi. Ia seakan memperingatkan semua kita bahawa kita belum menyempurnakan tanggung jawab kita sebagai umat Islam, supaya berusaha untuk meninggikan kalimah Allah. Ia juga membawa masej bahwa disana perlu disiapkan untuk satu pertembungan yang menentukan, samada ketenteraan atau ideologi, diantara tauhid dengan syirik, diantara penyembahan terhadap Allah yang Esa dengan berhala-berhala, Zionism, negara, bangsa dan tanah air.

Bersambung.......................

Saturday, December 4, 2010

Al - Aqsa menangis (4)

Terlalu panjang sejarahmu..................

Penempatan Awal Palestin

Tidak ada catatan sejarah atau bukti yang menunjukkan saat tanah Palestin itu dihuni. Namun penemuan arkeologi menunjuk penempatan pertama yang diketahui adalah penempatan orang Kanaan dan orang Amori sekitar abad 10 SM.

Menurut tradisi kuno, Jerusalem pada permulaannya adalah sebuah desa kecil yang dikenali sebagai Salem, dihuni oleh orang Kanaan, nenek moyang bangsa Palestin. Seorang yang berpengaruh dan juga bernama raja Melkisedek, yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim as, yang hidup sekitar 2900 SM, telah merubah desa ini, menjadi sebuah bandar dan menyebutnya Ursalem (Kota Perdamaian). Orang Yahudi kemudiannya memanggilnya menjadi Yerushalayim Akhirnya menjadi Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa Al Masjidul Aqsa, pertama kali dibina oleh Nabi Adam, Masjid kedua di dunia yang dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah di Makkah.

Ia dibina semula untuk beberapa kali. Contohnya Nabi Ibrahim membina semula Masjid Al Aqsa saat ia dan putranya Ismail membina semula Kaabah di Makkah diikuti oleh Nabi Daud. Nabi Sulaiman as akhirnya menyelesaikan pembangunan Masjid Al-Aqsa yang kemudian dihancurkan oleh Nebukadnezar, Maharaja Babylon pada tahun 587 SM.

Orang-orang Yahudi menganggap bahawa Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Sulaiman sebagai kuil mereka. Mereka membina kembali kuil mereka ditapak yang sama pada 167 SM namun dihancurkan oleh Rom pada tahun 70 M, manakala orang-orang Yahudi diusir dari Baitulmuqaddis. Sejak itu lokasi Masjid Al Aqsa tetap tandus dan digunakan sebagai tumpukan sampah selama hampir 600 tahun sehingga Khalifah Umar bin Khattab membebaskan Jerusalem pada 637 / 8 AD.


Khalifah Umar, seperti yang dinyatakan sebelum ini, mulai membangun Masjid Al Aqsa dengan binaan dari kayu. Khalifah Umayyah, Abdul Malik Marwan memulai pembangunan Kubah Batu disebut Masjid Qubbat Al Sakhra pada tahun 691 hingga tahun 692. Ia adalah merupakan salah satu khazanah binaan yang paling indah dan abadi di dunia arkitektur hingga saat ini. Kubah emas membentang 20 meter di Rock Noble, naik ke puncak lebih dari 35 meter di atasnya. Ayat Al-Quran Yasiin, tertulis di bahagian atas dengan susunan ubin, hasil tangan yang mengagumkan dapat disempurnakan pada abad ke-16 oleh Penguasa Uthmaniyyah Turki, Suleiman yang agung

Selama bertahun-tahun Baitulmuqaddis kemudian dikenali sebagai Al-Quds-Suci. Banyak sahabat Nabi pergi ke beribadah di tempat yang diberkati itu. Menurut keterangan hadith, tuntutan perjalanan ziarah demi ibadah dilakukan hanya tiga buah masjid; Masjid Suci di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan terjauhnya Masjid-Masjid Al-Aqsa di Jerusalem

Umat Islam menghormati semua nabi yang dihormati secara benar oleh agama Yahudi dan Kristian dan dengan demikian tempat yang mereka muliakan secara benar juga dimuliakan oleh Islam. Di Tanah Palestin telah melahirkan sekian banyak jiwa yang agung yang pernah disaksikan dunia. Di perut bumi Palestin terkandung sekian banyak jasad mulia beberapa Nabi, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yakub dan Nabi Ishak. Menurut beberapa komentator, ada lebih dari 100 Nabi dimakamkan di Palestin. Palestin juga memiliki tubuh dari beberapa sahabat terdekat Nabi (saw), generasi pertama umat Islam. Ini termasuk makam Ubada bin al Samit, Syaddad bin Aws ibn Thabit al Ansari dan Tamim al Dari [ra].

Nabi Ibrahim berhijrah ke tanah Kanaan sekitar tahun 2900 SM. Al-Qur'an menyatakan: " Kami berfirman; " Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim. Mereka hendak membuat makar terhadap Ibrahim, maka kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi. Dan Kami selamatkan Ibrahim dan (sepupunya) Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkatinya untuk sekalian manusia (Al-Anbiyaa 21: 69-71)

Al-Quran juga menceritakan Nabi Musa menyeru kaumnya; " Hai kaumku masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu......” (Al-Maida 5 : 21).
Ummu Salamah [ra] meriwayatkan bahawa dia mendengar Nabi [saw] berkata, ' Barang siapa yang memulai umrah atau hajinya dari Masjid al Aqsa, semua kesalahannya akan diampunkan, baik masa lalu dan masa akan datang. Dalam riwayat lain, baginda dilaporkan telah bersabda bahawa syurga akan menjadi upahnya.’ (Targheeb).

bersambung.........................

Wednesday, December 1, 2010

Al - Aqsa menangis (3)

Tangisnya belum reda.....

Pada 15 Oktober 1989, kumpulan "Penjaga Kuil" meletakkan asas untuk Kuil Solomon. Terowong di bawah masjid mencapai panjang 400 meter (setengah panjang Al-Aqsa), dan merosakan sebahagian struktur binaan masjid. Sheikh Raed Solah, pemimpin gerakan Islam di Baitulmuqaddis yang mendedahkan kegiatan tersebut dipenjarakan.

Selama kunjungan singkat ke Bahrain pada hari Isnin 16 November 1998 Sheikh Sa'ad Ekrima Sabri, ketua ulama di Masjid Al Aqsa, menyeru umat Islam di seluruh dunia mendesak mereka untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis daripada cengkaman dan ancaman Zionis, melindungi serta mempertahankan hak-hak mereka.

Dengan penuh beremosi Syeikh Ekrima mengatakan " Baitulmuqaddis yang Allah nyatakan sebagai ibukota Islam semenjak dari hari Nabi Muhammad saw di perjalanankan ke syurga dalam peristiwa Al-Isra Wal Miraj berada dalam bahaya. Kegagalan untuk menyelamatkannya akan menjadi satu bencana kerana ia akan mendedahkan tempat-tempat suci lainnya (termasuk Kota Suci Makkah dan Madinah) kepada percaturan Zionis.”

“ Israel terus menggali di bawah Masjid Al-Aqsa dan daerah pemukiman lain di kota tua tersebut untuk membolehkan Masjid Al-Aqsa ranap dengan sendirinya disamping bangunan penting yang lain. Israel secara berterusan telah mengubah ciri-ciri keIslaman bandar Baitul Maqdis hampir setiap hari dan banyak dari mercu tanda bandar Baitul Maqdis dimusnahkan satu persatu.”

“ Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan sekalian umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan segala yang mungkin untuk membebaskan kota ini dari kawalan Yahudi Zionis.” rayu Sheikh Ikrima.


Hari ini situasi bertambah lebih buruk dengan Israel sering memaksakan sekatan terhadap akses ke masjid untuk umat Islam Palestin yang tinggal di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Hanya lelaki Palestin yang berkahwin dan sekurang-kurangnya berusia 50 tahun yang dibenarkan memasuki Masjid Al Aqsa, manakala hanya perempuan yang berkahwin, serta berusia sekurang-kurangnya 45 tahun dibenarkan untuk memasuki Masjid tersebut. Oleh itu kita dapati masjid tidak dapat dikunjungi oleh ramai warga Palestin disepanjang tahun, kecuali di bulan Ramadhan.


Pada 28 September 2000, Ariel Sharon, penjenayah perang yang telah mengalirkan lautan darah umat Islam Palestin yang tidak berdosa, melakukan lawatan ke al-Aqsa bersama-sama dengan 1,000 pengawal bersenjata, dan lantaran itu berlaku kebangkitan selama hampir tujuh tahun umat Islam Palestin yang disebut sebagai Intifadah Al-Aqsa

Bersambung.....................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.