RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, September 24, 2010

Lihat... & malulah

Dengan Rahmat Ilahi, pancaran daripada sifatNya yang Rahman dan yang Rahim, yang Murah dan Kasih Sayang, maka dapat kita lihat keindahannya dari gambar-gambar berikut.

Induk yang senantiasa waspada tentang keselamatan anak-anaknya,
biarpun dirinya mungkin dalam bahaya.

meneduhi sianak kecil, biarpun dirinya berpanas...

Sikecil dibelai manja, penuh kasih sayang...
tubuh dijadikan hamparan untuk keselesaan anaknya

Sikecil dalam dakapan selama yang mungkin
segala-galanya untuk anak yang masih tidak tahu apa-apa

Manusia kata....haiwan ini ganas...
tapi lihat...ekornya jadi mainan sicomel.

telinga sakit tidak mengapa ...kerana ia anaknya

Waspada bukan kepalang.

dan manusia sering berkata ;
"bodoh macam ...(haiwan ini)"
tapi.....lihatlah....

dan kebanyakan manusia memang memandang jijik pada haiwan ini.
Ada ketika sewaktu marah, selalu menyebut haiwan ini (gambaran kemarahan yang amat).
tapi lihatlah....betapa susah pun ia menjaga anak-anaknya yang banyak...sabar dan tabah ia...

Tetapi manusia....?

mana ibunya.....?

sampahkah ini.......?

dan kenapa begini....?
Aduhai....perkataan apakah yang dapat diungkapkan untuk segalanya ini ?

Bukankah Allah telah mengatakan....
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.."
(Surah At-Tiin : 4)

Wahai manusia, apakah kita sudah membenarkan diri kita sebagai firman Allah...
" Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raf :179)

" Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). (Surah Al-A'raf :179)


"Kemudian Kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya..."(Surah At-Tiin : 5)


Jika sudah begitu, maka apakah lagi yang dapat menyelamatkan kita dari ancaman Allah;
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia." (Surah Al-A'raf : 179)


Thursday, September 23, 2010

Merajut ukhuwwah

Kepada semua yang pernah bersama membina ukhwwah, dan sama-sama merasai nikmat dan indahnya ukhuwwah, berikut saya salinkan puisi indah nukilan dan ikhsan dari Puan Faridah Selamat dalam blog beliau http://kupintaredha-mu.blogspot.com/. Jutaan terima kasih puan. Moga Allah memberikan ganjaran atas puan.


Hikmah Persaudaraan

Terbit suria zaman silam,
tiba-tiba menerpa,
menggamit benakku kisah semalam,
bunga- bunga ceria bertaburan,
bak taman-taman wardah mekar,
hati sesejuk salju musim dingin,
sesekali rongga terasa menggigit,
namun ia tetap menerbitkan nuansa bahagia..

Ukhuwah itu,
bukan rapatnya pada aliran darah mengalir,
tapi bertautan cinta,
dalam saf iman dan pakaian taqwa,
bukan mudah mengawal arus dari terus berlari,
membawa badai lautan dan gelombang sungainya,
deras dan tenang,
masin dan tawar,
pasti kan berbeda,
namun dari lensa persaudaraan,
ia perlu diteguhkan,
tanpa sedar,
dicampur tak mungkin mengeruhkan,
diasing tak mungkin berjauhan,
ditinggal kan hilang keindahan,
kerana pastinya,
ia masih tetap di dalam satu wadah,
yang tak mungkin putus dicincang..

Sunday, September 19, 2010

Kata-kata hati (22) Rayuan ku... Ya Allah

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak ......

Berikut adalah catatan puisi dari blog http://umu6point.blogspot.com/. (SUNDAY MAY 23, 2010)Terima kasih banyak-banyak puan.

- Syahid dalam berjuang -

Bismillahirrahmanirrahim......


Menitis air mataku di perdu pohon malam yang kelam
tika cerita mu gah di sebarkan rakan
kau tersenyum di samping bidadari idaman

Telah kau buktikan janji Tuhan itu benar
telah kau lalui jalan yang silam dengan kejayaan
telah kau sirami embun di hati2 yang kekeringan
juga dapat ku rasakan kau telah kecapi manisnya iman

kau tidak aku kenal
kerana kau bukanlah siapa2 padaku
namun aku ingin kau tahu
mati mu sangat di cemburui aku

Telah ku kira amalan ku
namun ku tahu, ianya jauh tak standing dengan amalan mu
namun begitu ku cuba melalui jalan2 yang kau telah lalui
agar kelak kita berada di dalam golongan yang di redhai

Berhari-hari sirah perjuangan mu ku baca
Subahanallah...terkesannya hati terlerai air mata
kecemburuan di hati yang tiada tara
melihat jasadmu tenang untuk bertemu Sang Pencipta.

Aku menagis lagi..
memikirkan jalan yang kau lalui
begitu berat untuk aku lalui
kerana itu aku sering berdoa
di tetapkan hati untuk berada di jalan yang sempurna

Tangisan ku tiada henti
dan aku menangis lagi
hingga bahagia itu turut aku miliki
sehingga itu tangisan tidak akan berhenti

Akan terus ku rayu
dengan doa dan tangisan
kerana aku ingin seperti engkau
syahid dalam perjuangan

*Luahan bicara buat Da'ie Illallah
Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Syahid pada 4 hb Mei 2010
ketika keluar dakwah di Sandakan Sabah.
Al Fatihah buat Allahyarham......

Anak.....

Tiada banyak juga bezanya kami dengan bait-bait puisi tersebut.....Ameen.

Saturday, September 18, 2010

Jangan syok sendiri

Setiap orang pasti pernah menerima pujian. Sewaktu kecil, mungkin kerana kita jadi anak yang baik, pelajar yang serba boleh di sekolah, atau apa juga hal yang menyenangkan orang lain. Sesudah dewasa, mungkin kerana bermanfaatnya kita kepada manusia lainnya, atau pencapaian luar biasa kita dalam kehidupan yang sukar diperolehi oleh orang lain, atau berbagai lagi perkara yang selayaknya mendapat pujian.

Disatu segi pujian boleh menambah motivasi sesaorang. Seumpama anak-anak kecil yang mampu menyempurnakan puasa pada hari pertama Ramadahan. Pujian dapat mendorong dia untuk mencuba lagi berpuasa pada hari-hari berikutnya.

Disudut yang lain pujian boleh juga memusnahkan sesaorang.
Lalu bagaimana kita ?

Ketahuilah bahawa jika Allah membuka semua aib kita dihadapan manusia, maka kita tidak akan menemui walau seorangpun yang akan memuji dan memuliakan kita. Tidak akan ada orang yang boleh kita ajak berbicara perihal kebaikan tentang diri kita. Jika ada manusia yang memberikan penghormatan kepada kita, itu sebenarnya terjadi kerana Allah juga yang telah menyembunyikan aib kita.

Oleh itu sebenarnya segala pujian yang dihamburkan pada kita, Allah-lah yang berhak menerimanya lantaran Ia yang menutupi kita. Maka pada akhirnya, hanya Allah Yang Mahamulia yang layak menerima segala puja dan puji.

Syaikh Ibnu 'Atha'illah berkata :
" Barangsiapa yang menghormatimu, sebenarnya ia hanya menghormati keindahan tutupNya yang ada padamu. Kerana itu pujian adalah bagi Dzat Yang telah menutupimu...... "

Friday, September 17, 2010

Kata-kata hati (21) Itulah ketentuanNya

1 Syawal 1430

1 Syawal 1431

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Firman Allah dalam Surah Faathir : 43

" Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu."

Anak....

Pada 28 Ramadhan 1431 (7hb Sept 2010) malam, 'Picherk' - kuching bermata satu yang anak selalu manjakan itu telah maut di jalan hadapan rumah kita. Mungkin waktu itu ia sedang cuba melintasi jalan raya (perkara yang tak pernah ia lakukan sebelum ini) yang sememangnya sudah mulai sibuk dengan kenderaan orang balik ke kampung, untuk berhari raya. Kenderaan terlalu banyak dari kedua-dua arah. Kami cuma dapat menyelamatkannya (mengambilnya) setelah empat kereta menghenyak puas tubuhnya yang sudah tidak bernyawa.

Pada 27 Ramadhan 1431 (6hb Sept 2010) malam sebelumnya, Imam-imam 'hafiz' muda yang yang mengimami solat tarawih secara bergilir-gilir di Masjid Jame' Sultan Hishamuddin , Pekan Sabak Bernam sejak awal Ramadhan, iaitu Imam Wan Hamidullah al-hafiz dan Imam Uqba bin Abdullah al-hafiz, telah mengakhiri tugas mereka dengan cemerlang. Imam Wan Hamidullah al-hafiz akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Tahfiz & Qiraat, manakala Imam Uqba bin Abdullah al-hafiz, akan melanjutkan pelajaran ke UIAM dalam bidang kejuruteraan. (Semoga berjaya wahai Imam-imam muda - moga kalian akan jadi benteng-benteng kekuatan Islam) Alhamdulillah sepanjang mereka mengemudi solat-solat tarawih terutamanya dan qiyamu-al-layl diwaktu-waktu diniharinya, kami amat terkesan dengan santunan, pekerti mulia dan terlebih lagi gemersik suara dan gaya bacaan mereka yang mirip dengan suara dan bacaan syeikh Saad Said al-Ghamdi. Semuanya sangat membantu kami untuk menekuni mengisi Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Jika diikutkan rasa hati, biarlah mereka terus menjadi imam di Masjid Jame' Sultan Hishamuddin , Pekan Sabak Bernam, sehingga bila-bila. Namun hakikatnya tidak mungkin sampai bila-bila. Adat setiap yang bermula akan berakhir, setiap pertemuan akan ada perpisahan, dan setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan menemui ajalnya. Itulah hukum alam, ketentuan Tuhan, sunnatullah.

Berikutnya pada 1 Syawal 1431, kami ubah sedikit kebiasaan kami. Selepas solat Eidul-Fitr, kami tidak terus menziarah rumah saudara mara kita sebagaimana kebiasaan yang kita lakukan. Tetapi kami menziarahi pusara anak. Sebab sejak malam 1 Syawal, sehingga berkereta ke masjid pada paginya, ketiadaan anak amat terasa. Dan tahlil selepas subuh tersebut, terlalu hiba dan kebanyakan kami tidak mampu menahan daripada 'hujan'. Dipusara usah disebut lagi. Doa kami moga anak bahagia di 'sana'.

Itulah anak.... namanya kehidupan. Setiap detik, saat dalam kehidupan, mengikut ketentuan dan ketetapanNya, semuanya tepat sebagaimana yang dikehendakiNya.

Monday, September 13, 2010

Kita Agungkan-kah Allah ?

Pengertian takbir.

" Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, untukNya segala puji-pujian."

" Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya, Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Tiada tuhan melainkan Allah. kami tidak menyembah kecuali kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah. Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Yang benar janjiNya, yang memuliakan tentera-tenteraNya, yang menolong hambaNya dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan untukNya segala puji-pujian. "

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa sunat bagi lelaki dan perempuan bertakbir dengan suara nyaring. Namun bagi perempuan disunatkan dengan suara perlahan, dimulai dari masuk matahari pada malam hari raya baik dijalan, masjid, pasar, yang berkenderaan, mahupun yang berjalan kaki, diwaktu sedang duduk atau berdiri, terlebih muakkad pada saat berkumpul orang ramai, sehingga imam masuk dan dimulai mengerjakan sembahyang hari raya. Jika sembahyang bersendirian takbir berakhir sehingga mengangkat takbiratul ihram. Kesimpulannya disunatkan bertakbir dalam semua keadaan.

Perintah bertakbir pada malam hari raya fitri adalah berdasarkan firman Allah S. Al-Baqarah : 185" Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikanNya kepadamu..."

Ungkapan kalimat-kalimat dalam takbir, merupakan kalimat agung dan keramat. Ungkapan ucapan dan pengakuan seorang hamba dengan Tuhannya. Pengakuan rasa perhambaan yang maha hebat, rasa akur akan lemah dan kerdilnya kita sebagai hamba. Betapa kita fakir yang amat, sangat berhajat dengan Allah dalam semua perkara dan keadaan . Terasa KekuasaanNya, Keagungan, Kebesaran serta Kehebatan Allah.

Pada malam itu sehingga paginya seluruh angkasa raya terpenuh dengan laungan takbir yang tidak putus-putus. Segenap lapisan masyarakat bermula dari rakyat marhein sehingga kepada pimpinan tertinggi sesabuah negara tidak ketinggalan turut serta dalam bertakbir.

Persoalannya, benarkah ucapan dan laungan takbir kita ? Selarikah takbir kita dengan seluruh amal perbuatan kita ? Percakapan, perbuatan dan sikap kita ? Agungkah Allah dalam kehidupan kita ? Agungkah Allah dalam sistem bermasyarakat kita, dalam sistem bernegara kita ?

Benarkah kita tatkala kita mengucapkan " kami tidak menyembah kecuali kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah ", atau kita sering mengatakan dan masih mengatakan bahawa negara kita terdiri dari masyarakat majmuk, dari itu Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan ?

Jika benar begitu, sebenarnya kita telah berbohong dalam ucapan takbir kita.


Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran

Hati sayu bukan kepalang,
Ramadhan kan pergi meninggalkan semua,
Apakah kita akan berpeluang,
Menemui Ramadhan ditahun berikutnya.

Diucap syukur tiada terhingga,
Meraih manfaat yang tiada tepinya,
Bekalan Ramadhan dibawa bersama,
Moga kehidupan dipandu taqwa.

Penghargaan & ucapan salam lebaran khas buat :

1. sahabat yang sudi mengikuti blog ini - littleantzz, husnaizzati,
ABU HANIFAH SHAHRIL, Waniey, jUy, Hans, LABUCHEE,
lanz, lizatun, Julia Yacub, "amhanie' ", HH, anem.arnamee & muhammad hanafi .

2. yang sudi ziarah & meninggalkan pesan - jem roselle,
Tn Mohd Jasmin Bongkek, Pn Zaitun Sadri, Tn Shamsuddin Saadan,
Cikgu Kamaruddin Mohd, Tn Amirruddin Baba, erniyus, huraiyah
Farah, Minah salleh & semuanya yang tak pasti siapa.

Semoga kita sekalian sentiasa dalam pimpinanNya,
berbekalkan TAQWA,
yang dapat diraih dalam sepanjang RAMADHAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.