RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, November 5, 2010

Kata-kata hati (25) Semuanya untuk dakwah

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Gamam juga abah sewaktu kawan-kawan anak, Ranzi, Abd Wafi, Rizal, dan beberapa orang lagi (abah tidak ingat semuanya) memunggah barangan tinggalan anak kedalam kenderaan abah tempohari. Terdapat dua ' sleeping bag ', satu berwarna biru dan satu berwarna hijau. Dan teringat abah akan satu lagi ' sleeping bag ' anak yang bersaiz lebih besar yang sudah berada di rumah (' sleeping bag ' yang anak gunakan semasa misi dakwah anak di Bluran, Sandakan).

Abah tanyakan pada Ranzi, milik siapa ? Yelah masakan anak ada 3 ' sleeping bag '. Padahal anak bukan seorang yang mewah, berduit. Untuk keperluan iktikaf anak, dalam mana-mana misi dakwah, anak cuma perlukan satu ' sleeping bag ' .

" Memang Huzaifah punya pakcik....., dia beli untuk di gunakan semasa bawa junior keluar iktikaf atau semasa menyediakan tetamu @ mereka yang datang keluar dakwah ke sini ," ujar Ranzi, senior, 'abang', dan juga mentor anak.

MasyaAllah.....sedangkan abah dimaklumkan, bahawa anak sering bertahan untuk berbelanja, malah kerap mengikat perut, semata-mata ingin menabung buat simpanan guna keperluan dakwah anak.

Tahniah dan syabaslah anak. Moga anak memperoleh apa yang pernah dijanjikan oleh Junjungan Besar (saw) kita lewat hadith-hadith berikut;

Sabda Rasulullah saw riwayat Baihaqi;

" Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah, ataupun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar dijalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka."

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Thabari;

" Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang keluar dijalan Allah, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang keluar dijalan Allah. Dan barangsiapa yang mengambil berat terhadap ahli keluarga orang yang keluar dijalan Allah dan mengeluarkan belanja kepada mereka, dia juga akan mendapat pahala sama dengan orang yang keluar dijalan Allah,"

Saturday, October 30, 2010

Kata-kata hati (24) Kami meredhaimu

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Anak..

Barangan yang pernah anak gunakan tidaklah mahal jika diukur dari sudut nilai wang ringgit. Namun disudut nilai yang tersirat ianya tidak dapat dihitung. Ia membawa seribu pengertian dan seribu makna. Pasti ia tiada akan dapat ditukar ganti. Begitulah…segalanya kami simpan rapi. Itulah juga yang menjadi pendorong kami untuk ke UMT, dan ke bekas rumah sewa anak yang terletak sekitar 5 minit perjalanan dari UMT.

Gambar paparan nama di dalam telefon bimbit anak di atas, adalah sebahagian kecil dari yang abah maksudkan. Anak, abah, ummi dan mereka yang pernah memiliki seorang buah hati seumpama anak, serta pernah merasakan indah dan bahagianya hidup dalam satu keluarga sahaja, yang sebenarnya mampu memahami serta menggambarkannya. Pun begitu, tidak mudah untuk melukiskannya melalui kata-kata.

Jika pernah di marah, teguran keras, atau seumpamanya bukan bererti benci. Marah, adalah lantaran sayang yang amat. Membiarkan anak lepas-laku, tanpa dipandu, terutama dalam hal yang tidak patut adalah sebenarnya tidak menyayangi anak.

Anak…

Sebagimana anak menyayangi kami, (ummi abah), tinggi lagi kasih sayang kami. Orang kata, ‘ kasih sayang ibu (terutamanya) tidak bertepi.’ Rasanya tidak kurang juga bapa. Cuma bapa terkadang tidak mempamerkan sayangnya sebagaimana ibu.

Bagaimanapun anak….

Kami semuanya meredhai anak, semuanya redha, halal dan maafkan. Moga dengan redha kami setulusnya, anak telah mendapat redha TUHAN di ‘sana’.

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
“ Barangsiapa yang membuat suka hati ibu-bapanya, maka sesungguhnya ia menyukakan Allah, dan barangsiapa yang membuat ibu-bapanya marah, maka sesungguhnya ia berarti membuat Allah murka.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan bapa, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan bapa.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.”

Wednesday, October 27, 2010

Mohon kepada yang tidak punya....?


Kita sering mengadu keperluan kita kepada makhluk, dalam berbagai ragam keadaan dan hajat tujuan. Maka diwaktu-waktu yang tersebut wajar kita menginsafi serta ingat dengan sebenar-benarnya bahawa hati makhluk tersebut berada dalam genggaman Allah. Seandainya Allah tidak menggerakkan serta tidak membukakannya untuk kita, maka pasti kita tidak akan memperoleh apa-apa yang kita hajatkan.

Oleh hal yang demikian, jika kita meminta kepada makhluk, ingatlah Allah. Jika kita mendatangi tempat bekerja kita, samada dengan sesiapa sahaja, ingatlah Allah, kerana Allah-lah yang Maha Memberi segala-galanya.

Ketika kita meminta kepada makhluk, ingatlah bahawa sebenarnya kita memohon kepada Allah. Kerana Allah-lah yang memiliki dan punya segala-galanya, makhluk tidak punya apa-apa. Jika kita tidak menyedari yang demikian itu, itu adalah pertanda bahawa kita jauh dariNYA
Syaikh Ibnu 'Atha'illah berujar;

" Dan permohonanmu kepada selain DIA (Allah) disebabkan engkau jauh dariNYA."

Berarti bukti kedekatan kita kepada Allah adalah kita memohon kepadaNYA, dan jika kita meminta kepada selain DIA, kita harus selalu mengingatNYA.

Syaikh Sa'id Hawwa mengatakan;

" Inilah makna ungkapan 'al-hamdu li-Illah'. Alif dan lam disini menunjukkan istighraq (meliputi keseluruhan). Maka dari itu, segala puji bagi Allah dan tidak ada satu macam pujian pun kecuali pada akhirnya bagi Allah, hingga ketika aku memuji makhluk, maka aku tidak memujinya kecuali kerana sesuatu yang kalau tidak kerana Allah, maka tidak akan ada."

Ya Allah anugerahkan kami keyakinan itu.....

Thursday, October 21, 2010

Lajak jangan terlalu jauh.

Sering kali terjadi pada sesaorang, sewaktu ia ingin menuju Allah, ia tersasar, gelincir melakukan kesalahan dosa, samada lisan, mahupun perbuatan, sedangkan dalam waktu yang sama ia menyedari bahawa kurnia Allah kepadanya terus mencurah, sehingga ia pun berterusan di dalam keadaan menyimpang dan beradab yang buruk itu.

Dalam keadaan lain sesaorang sudah sekian lama bergelumang dengan dosa. Persoalan dan batas-batas syara' bukan lagi jadi pertimbangan, sedang dalam waktu yang sama ia juga menyedari bahawa kurnia Allah kepadanya terus mencurah, sehingga ia pun berterusan di dalam keadaan menyimpang dan beradab yang buruk itu.

Lebih jauh, dalam keadaan tersebut,ada kalanya ia merasakan bahawa ia memiliki 'karamah' dari Allah, hingga ia tidak dihukum kerana kemaksiatan yang dilakukannya itu. Bahkan sampai kepada anggapan bahawa segala kesalahan dosanya itu bukan lagi kesalahan.

Namun hakikatnya hukuman bagi keterlanjuran maksiat dan dosa itu tetap ada, walaupun orang berkenaan tidak merasakannya, kerana salah satu sunnah Allah Yang Mahamulia adalah, tidak akan berlalu satu dosa, kecuali dengan satu hukuman, walaupun Allah kadang memaafkan. Allah menjanjikan keampunan kepada kita, jika kita benar-benar bertaubat. Meskipun begitu, walaupun kita sudah bertaubat, kadang dosa tidak juga dihapuskan kecuali dengan hukuman. Begitu pengajaran dari kisah Nabi Adam as, walaupun Baginda telah bertaubat, dan Allah pun sudah memberikan keampunan kepadanya, namun Nabi Adam tetap juga diberikan hukuman dengan diturunkan Baginda ke dunia.

Ada beberapa jenis hukuman yang tidak disedari oleh sesaorang. Dan inilah yang pernah di ingatkan oleh Syaikh Ibnu 'Atha'illah ;

" Hendaklah engkau takut jika Allah memberikan kebaikan kepadamu, sedang engkau selalu berbuat keburukan terhadapNYA, jangan-jangan hal itu merupakan istidraj bagimu. 'Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (istidraj) (kearah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.' (Al-Qalam:44) " Diantara kebodohan murid adalah, jika ia beradab buruk lalu ditunda hukuman dariNYA, sehingga ia berkata ; Andai (sikap/perbuatan/kesalahan) ini adalah adab yang buruk, nescaya diputuskanlah bantuan-bantuan (Allah), dan nescaya IA akan menjauhkan (diriku dariNYA).' Sesungguhnya bantuan itu telah diputuskan dariNYA, hanya saja dia tidak merasa, meski hal itu hanya berupa tercegahnya tambahan bantuan. Kadang pula ia diletakkan di tempat yang jauh yang tidak ia ketahui, meski hal itu hanya berupa ketidakpedulianNYA terhadapmu dan membiarkan apa saja yang engkau (dia) kehendaki."

Secara mudah, jika sesaorang berbuat kemungkaran, tapi kebaikan tetap diberikan kepadanya, boleh jadi itu merupakan istidraj, dan hal ini adalah suatu hukuman, kerana istidraj itu mendahului hukuman, samada hukuman dunia mahupun akhirat.

Sayugia, kerana itu kita harus sentiasa berawas, kerana walaupun hukuman itu hanya berupa ketidakpedulianNYA terhadap kita, dan membiarkan apa yang kita kehendaki, membiarkan kita dan menyerahkan segenap beban kapada diri kita, itu pun sebenarnya sudah terlalu berat bagi kita. Hal yang demikian kerana seorang Muslim berhajat senantiasa kepada Allah agar Allah menolongnya dalam segala urusan dan memohon agar Allah tidak membebankan kita kepada diri kita sendiri, sebagaimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud;

" Ya Allah, janganlah Engkau serahkan kami kepada diri-diri kami sendiri..."

Jika Allah menyerahkan kita, kepada diri kita sendiri, maka itu adalah suatu hukuman. Mari kita memperbaiki diri kita , mana tahu kita telah berbuat engkar terhadap Allah atau mahklukNYA.

Wednesday, October 20, 2010

Kata-kata hati (23) susahnya menyambung risalah Rasul saw

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak ,


Pada 16hb Oktober 2010 hingga 18hb Oktober 2010, abah ke UMT untuk menyelesaikan beberapa urusan anak. Nanti abah akan tulis beberapa hal yang perlu berkaitan dengannya. Cuma untuk permulaan berhubung dengannya, abah mulakan dengan data yang anak simpan di dalam pen drive anak yang berwarna 'purple', sebuah catatan seakan seloka. Penuh makna, pengajaran, dan peringatan.....

Darinya tergambar segala susur galur kehidupan anak dalam menempuh onak duri da'wah, menyambung risalah Rasulullah.... Hiba dan terharu.

.....ORANG TABLIGH.......

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita, Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada, Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2, Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!
“Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi (persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat, Fikir risau, camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2, tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat, Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.

Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
“Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,”I can’t go..sorry!
“Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
“Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi, Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!” Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah, x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2, Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja…

Orang Tabligh,
Seluruh dunia…naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje…
Ikhlas,..no sponsor….no subsidy…..passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja…nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru…sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut…kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye…
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M’sia ni…

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can’t blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah…Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism, M’sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..

Tak mengapalah anak....

Moga Allah terima 'amal anak semunya, diberikanNya ganjaran atas susah payah, penderitaan, kesabaran anak dan segala-galanya....

Ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.