Perhatikan walaupun tubuhnya sudah terkulai,
namun tangannya kukuh menggenggam Al Qur'an,
jari telunjuk memberikan isyarat seakan dalam bertasyahud
...Allahu Akbar !!
Cubaan bunuh dari pihak berkuasa Israel sudah bermula semenjak tahun 2004. Namun ketika itu Allah belum menganugerahkan SYAHID kepadanya, walaupun dalam serangan udara ketika itu, Mohammed, anak lelaki sulungnya gugur sebagai syuhada. Turut SYAHID adalah abangnya dan beberapa anak saudaranya.
Mengambil alih komandan Briged Izzad-Din al-Qassam kurang dari dua tahun sebelumnya, selepas komandan sebelumnya Mohammad Deif telah cedera parah, juga dalam satu serangan udara oleh pihak Israel. Sementara pimpinan sebelumnya Salah Shehadeh juga SYAHID dalam serangan roket pada awal 2002.
AS SYAHID Ahmed Jaabari bertemu Shehadeh dan beberapa pimpinan mujahideen lain antaranya, Abd al-Aziz Rantissi dan Nizar Rayyan, semasa menghabiskan 13 tahun di penjara. Dari situ bermula titik perjuangan jalanan bertukar kepada perjuangan bersenjata dengan strategi utama untuk menghadapi sebarang serangan dan melakukan serangan terhadap Israel durjana.
Berperanan besar bagi membolehkan Hamas menguasai Semenanjung Gaza, dan antara yang terlibat dalam penangkapan tentera Israel Gilad Shalit. Dibawah komandannya Briged Izzad-Din al-Qassam menjadi bertambah professional. Bertanggungjawab dalam memperkuat dan memajukan persenjataan Hamas sehingga berkeupayaan memiliki senjata roket yang mampu menembusi jauh ke dalam Israel. Terkenal kepada pendokong Hamas dan ‘ Gazan sympathisers ’ sebagai “the general” . Selain berkedudukan tinggi dalam kepimpinan Hamas, AS SYAHID juga pelopor kepada tertubuhnya Pertubuhan Nur, yang berperanan membantu ‘syuhada dan yang terpenjara’.
Kini jiwa perkasa ini telah dikurniakan SYAHID pada hari Rabu, 29 Zulhijjah 1433 bersamaan 14 November 2012 dalam operasi ‘Operation Pillar of Defense’, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan Shin Bet semasa memandu di Jalan Omar Mukhtar Street dalam bandar Gaza pada usia 52 tahun.
Ribuan mengiringi jenazah syuhada Ahmed Jaabari bermula dari Hospital Shifa sehinga disemadikan di tanah perkuburan Sheikh Radwan pada 15 November 2012.
Walaupun ribuan bersedih dan menitiskan air mata di atas pemergiannya, namun sebenarnya sekian banyak bidadari sudah lama bersiap dan tidak sabar untuk bertemu dengannya.
Allahu Akbar !!!
Allahu Akbar !!!
Allahu Akbar !!!
Kepada Israel,
Kamu usah ketawa terlalu gembira atas gugurnya Ahmed Jaabari seorang, kerana akan lahir lagi ratusan Ahmed Jaabari yang akan menghancurkan kamu.
Selamat berangkat keharibaan Rabb kita Yang Maha Penyayang dan nikmat kurniaNYA yang tiada bertepi. Kami insyaAllah akan menyusul tuan. Ameen....!
No comments:
Post a Comment