Ditemukan dalam SENARAI KAKITANGAN 1975, PERKHIDMATAN AWAM SABAH (Dokumen di Jabatan Arkib Negara, Sabah) nama Datu Agbimuddin Kiram, sama seperti kita semua maklum nama pemimpin penceroboh di Lahad Datu yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Agbimuddin @ Azzimuddie Kiram.
Dilantik pada 1 Mac 1974, sebagai Pegawai Pentadbir Muda, dengan gaji RM610 sebulan. Bertugas di Pejabat Daerah Kudat.
Diberitakan juga ramai penduduk sekitar Lahad Datu/Kudat mengenalinya, dan mengetahui dia pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan.
Semakin banyak persoalan yang perlukan penjelasan.
Semakin mendambakan kejujuran.
Betapapun semua mesti ingat di saat lidah dan mulut terkunci, sedang semua anggota lain berbicara di hadapan Allah Rabbul Jalil..... diwaktu itu tiada sebarang kilas yang kalian dapat upayakan. Andai kalian benar...., selamat. Jika dusta .....punah dan malapetaka untuk kalian.
Firman Allah;
" Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
(QS. Yasin : 65) (lihat juga surah Fushilat : 19-22)Cuba-cubalah juga mengambil i'tibar dari keluhan Sayyidina Umar Al khattab ra ;
" Andaikata seekor anak domba (lembu) mati lemas kerana tergelincir di tepi Sungai Furat, nescaya aku bimbang Allah akan menanyakanku di akhirat nanti."
(Dalam buku Khilafah dan Kerajaan oleh : Sayyid Abul A'la Maududi)
No comments:
Post a Comment