RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Wednesday, May 8, 2013

Laksana air mengalir-dapatkah dibendung?



 Di Stadium Kelana Jaya
 Di Melbourne
 Di Singapura
Di Taipei

Himpunan malam tadi di Stadium Kelana Jaya adalah bagi menyatakan solidariti membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang hadir malam tadi bukan sahaja Cina, tetapi semua kaum termasuk Melayu, India, Dayak, Kadazan dan seluruh kaum di Malaysia yang bersatu menolak penipuan pilihan raya. Ini sekaligus menjawab soalan perkauman yang dimainkan Umno melalui medianya Utusan Malaysia yang bertanyakan "Apa lagi Cina mahu" dalam laporannya kelmarin.

Mereka berpakaian hitam sebagai tanda berkuburnya keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya kali ini.

"Cina mahu apa? ”

Bukan sahaja Cina, tetapi Melayu, India, Dayak, Kadazan, Murut, Malanau, Bajau dan semua rakyat Malaysia yang celik hati mahu pilihan raya adil. Mereka ingin memberikan mesej yang jelas, jangan rampas hak rakyat Malaysia !!!.

Diwaktu yang sama rakyat Malaysia, semua kaum di seluruh dunia berhimpun di beberapa lokasi bagi melahirkan bantahan yang sama. Sebagaimana yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya, mereka juga turut berpakaian hitam sebagai simbol bantahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.