RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, May 2, 2013

Rayu & Doa



Dengarlah....

Shaariibuu Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu berkata; kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun. Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.

Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

Begitu luahan Shaariibuu, minggu lalu ketika bertemu dengan Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri, sewaktu menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, ibunegara Mongolia. Beliau berharap kenyataan tersebut dapat dikeluarkan di Malaysia.

Keadilan apakah yang kita tidak berikan kepada mereka :

Mungkin persoalan berikut mampu merongkai persoalan keadilan dan kebenaran yang dibangkitkan Shaariibuu.

1. Apakah motif rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadamkan ?
2. Apakah tujuan kedatangan Altantuya ke Malaysia ?
3. Altantuya tidak pernah buat kesalahan terhadap dua orang yang disabitkan kesalahan bunuh itu. Kenapa mereka (orang disabitkan kesalahan membunuh), membunuh orang yang tidak mereka kenali (Altantuya) - suka-suka membunuh atau ada yang suruh?
4. Dari mana sumber bahan peledak C4 mereka diperolehi ?
5. Siapa yang beri izin pengambilan C4 ?
6. Segala persoalan yang menjadi tanda tanya/kemusykilan seluruh penduduk dunia ?

Hindari Doa Orang Yang Kena Zalim

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW mengutus Muaz ke negeri Yaman (untuk menjadi Amir dan Qadhi), lalu beliau bersabda kepadanya: "Hindarilah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding." (Hadith Riwayat Tirmizi)

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'ala dan Dhiya Al-Maqdisi ada riwayat tambahan daripada hadis yang telah disebutkan di atas yang bermaksud: "Jauhi doa orang yang kena zalim, walaupun ia adalah seorang yang kafir, kerana doanya tidak terdinding." (lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu' 6 ms 155).

Apakah 6hb Mei 2013, akan lahir Malaysia baru, yang bakal tertegak didalamnya keadilan ?



Tuesday, April 9, 2013

Ketidakadilan...merata.

Diantara keunggulan risalah yang di bawa oleh Islam ialah keadilan. Keadilan mendapat perhatian yang sangat penting sehinggakan di dalam Al-Quran, tercatat sekitar 56 ayat yang berbicara soal keadilan. Istilah adil berasal dari bahasa Arab yang bererti tengah atau seimbang. Dalam bahasa Arab juga, keadilan disebut sebagai al-'Adalah yang membawa pengertian keadilan dalam semua perkara. Keadilan ertinya mizan (kesimbangan), yakni suatu sikap tidak berlebih-lebihan yang berkaitan dengan sifat kearifan.

Diantara ayat-ayat Al-Quran yang menyeru pentingnya adil dan keadilan antara lain adalah "haruslah berlaku adil" (Surah An-Nisa [4]: 135, Al-Maidah [5]: 8, Al-An'am [6]: 152, An -Nahl [16]: 90); "wajib berlaku adil dalam perniagaan" (Surah al-Isra [17]: 35); "adil terhadap lawan" (An-Nisa [4]: 105, Al-Maidah [5]: 8) dan "pernyataan Allah tentang keadilan-Nya" (Ali Imran [3]: 18).

Umum memaklumi bahawa dalam etika pergaulan manusia, tiada prinsip yang didambakan umat sepanjang sejarah, seperti keadilan.

Prof Muhammad Abu Zahrah membahagi keadilan dalam tiga bahagian, iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial, dan keadilan global. Keadilan undang-undang adalah penguatkuasaan undang-undang secara merata kepada semua tahap sosial yang ada. Tidak membezakan yang kaya ataupun yang papa, yang mulia ataupun yang hina. Semua orang di sisi undang-undang dan perundangan adalah sama.

Keadilan sosial adalah sesuatu yang menuntut setiap individu dalam suatu kumpulan agar dapat hidup secara terhormat tanpa ada tekanan dan halangan serta mampu memanfaatkan kemampuan sesuai dengan apa yang berfaedah bagi diri dan orang lain sehingga boleh berkembang secara kolektif.

Manakala keadilan global pula ialah prinsip utama sebagai landasan tertegaknya hubungan antara kaum Muslim dan bukan-Muslim.

Hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia?
Ikuti paparan berikut:
                                                                        Kisah (I)
60 minit vs 10 minit
atas duit rakyat yang sama

Kisah (II)

Kesian anak ni.....sedangkan cuba kita halusi apa maksud 'diary'

Defination of a diary

A diary is a record (originally in handwritten format) with discrete entries arranged by date reporting on what has happened over the course of a day or other period. A personal diary may include a person's experiences, and/or thoughts or feelings, including comment on current events outside the writer's direct experience. It may provide information for a memoir, autobiography or biography

Schools or parents may teach or require children to keep diaries in order to encourage the expression of feelings and to promote thought

Dream diary

A dream diary (or Dream journal) is a diary in which dream experiences are recorded.

What do you include in a diary?

In a casual diary, it is completely up to you what you focus on. A common way to go about it is to simply write about the most significant things that occurred on the day of the entry and possibly mention your reactions to them.

Of course, its still a diary if you do not always stick to this form; you could just decide to write about something that has happened in the past which has nothing to do with the day at hand, but usually it is good for what you write about to bear some relevance with the time that you write it. I know someone who even decided to include some poems in their diary - so as I say, its up to you.

There is no oneproper way to keep a diary. Some people choose to utilise a diary as a means of recording day to day events, sometimes noting experiences that were out of ordinary. Other people choose to write in a diary only when something new and exciting occurs in their lives. While not a daily recitation of events, the dairy does provide a means of preserving memories associated with important happenings, such as births, deaths, marriages, promotion and other experiences that are likely to be of importance even after many years have passed.



Monday, April 1, 2013

Macamana ni...?

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib baru-baru ini, telah menamakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, berusia awal 50-an sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat

Kini beliau, (Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman) sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

" Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama.

Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis tersebut yang dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu, dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.

Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno, antaranya Datuk Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung Umno, dan Datuk Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno.



Wednesday, March 27, 2013

Lahad Datu : Penjelasan (I)

Berikut adalah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu (semalam), sekitar persoalan yang berkaitan dengan pertemuan beliau dengan Nur Misuari seperti paparan gambar di bawah.


Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Jelas Anwar lagi, Dr Mahathir Mohamad sendiri (pada tahun 1997) yang mengarahkannya, yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya mahu ceritakan sejarahnya. Ketika bersarapan dengan Presiden Fidel Ramos di (Istana) Malacanang, dia meminta tolong dari saya menyampaikan mesej kepada Nur Misuari untuk menyelesaikan perjanjian perdamaian antara Filipina dengan MNLF.

“Saya cakap kepada Nur (Misuari), sebaiknya cari jalan damai, kerana itu pendirian saya. Alhamdulillah dia setuju. Dia kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada himpunan tersebut.

Malah kata Anwar, pelan perdamaian turut diusahakannya melalui dialog termasuk di wilayah selatan Thailand dan Acheh.

Justeru, Anwar menyelar tindakan pihak yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar.

Dengan rasa berbaik sangka, dan atas kefahaman semua akur akan peringatan-peringatan Allah dan ar-Rasul saw berikut, kami terima pernyataan tersebut dan kita pulangkan kepada Allah untuk menentukannya. Tetapi kami masih juga ingin mengetahui akan penjelasan hal-hal yang berkaitan dari pihak yang bertentangan.


Firman Allah yang bermaksud…

"Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada padanya Malaikat pengawas yang selalu hadir "
[Surah Qaf : 18]

Allah berfirman lagi yang bermaksud…
" Dan sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat yang mengawasi (pekerjaanmu). Yang mulia (disisi Allah}) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan "
[Surah Al-Infithaar : 10-12].

Ibnu Abbas ada mengatakan bahawa, " Malaikat menulis semua perkataan manusia, baik perkataan yang baik maupun yang buruk. Malaikat mencatat perkataan, 'Aku makan,aku minum, aku pergi,aku datang,aku melihat dan sebagainya". Hal itu berlanjutan hingga hari khamis, ketika ucapan dan perbuatan itu ditayangkan."

Rasulullulah saw bersabda:
" Jika seseorang berbicara dengan keredaan Allah, maka Allah akan mencatatkan perkataan tersebut saat perhintungan kelak, meskipun ia tidak menyangka bahawa hal itu dicatat oleh Allah. Sebaliknya jika seseorang itu berbicara dengan kemurkaan Allah, maka Allah akan mencatat perkataan tersebut saat perhintungan kelak, walaupun ia tidak menyangka bahawa hal itu ditulis oleh Allah."
[Riwayat Imam Ahmad]



Friday, March 22, 2013

????????


Ditemukan dalam SENARAI KAKITANGAN 1975, PERKHIDMATAN AWAM SABAH (Dokumen di Jabatan Arkib Negara, Sabah) nama Datu Agbimuddin Kiram, sama seperti kita semua maklum nama pemimpin penceroboh  di Lahad Datu yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Agbimuddin @ Azzimuddie Kiram.

Dilantik pada 1 Mac 1974, sebagai Pegawai Pentadbir Muda, dengan gaji RM610 sebulan. Bertugas di Pejabat Daerah Kudat.

Diberitakan juga ramai penduduk sekitar Lahad Datu/Kudat mengenalinya, dan mengetahui dia pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

Semakin banyak persoalan yang perlukan penjelasan.
Semakin mendambakan kejujuran.

Betapapun semua mesti ingat di saat lidah dan mulut terkunci, sedang semua anggota lain berbicara di hadapan Allah Rabbul Jalil..... diwaktu itu tiada sebarang kilas yang kalian dapat upayakan. Andai kalian benar...., selamat. Jika dusta .....punah dan malapetaka untuk kalian.

Firman Allah;
" Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
(QS. Yasin : 65) (lihat juga surah Fushilat : 19-22)

Cuba-cubalah juga mengambil i'tibar dari keluhan Sayyidina Umar Al khattab ra ;
" Andaikata seekor anak domba (lembu) mati lemas kerana tergelincir di tepi Sungai Furat, nescaya aku bimbang Allah akan menanyakanku di akhirat nanti."
(Dalam buku Khilafah dan Kerajaan oleh : Sayyid Abul A'la Maududi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.