RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, December 14, 2012

Riya' - Aduhai payahnya....


Anak ,


Guru-guru kita berujar; tunjang sesuatu amal adalah ikhlas kerana Allah. Allah hanya memandang pada amal yang bulat keranaNYA. Amal yang dilakukan bukan keranaNYA, akan Allah campakkan, tidak berguna, sia-sia.

Namun semua kita merasakan untuk senantiasa meluruskan hati, bukanlah sesuatu yang mudah. Hati kita selalu menyimpang, tergelincir, tidak lurus untukNYA. Tambahan pula nafsu dan syaitan berterusan mengusahakan agar amal kita hancur bagai debu, tidak dipandang Tuhan.

Firman Allah : Surah Hud, Ayat 15
"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya."

Firman Allah : Surah Asy Syuura : 20
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."

Sabda Rasulullah saw;
“ Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashgar(syirik kecil). Sahabat bertanya: “ Apakah sirik kecil itu? Baginda menjawab: Riya'
(Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Jadi bagaimana kita wahai anak?

Pesan Imam Ghazali ; Ketahuilah riya' itu sebenarnya lahir lantaran rasa membesarkan makhluk. Oleh itu untuk menghilangkannya, hendaklah kita melihat bahawa makhluk itu hanya diarahkan oleh takdir Tuhan. Mereka tidak ubahnya seperti lain-lain benda beku yang tidak punya sebarang upaya serta kemampuan untuk menyampaikan sebarang kerehatan, manfaat atau mudharat. Maka dengan itu perlu apa engkau mengambil kira pandangan mereka.

Anak,
Kita tiada punya daya. Mari kita pohon pertolonganNYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.