RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Monday, December 31, 2012

Kata-kata hati (38) Mudah-mudahan Allah.....


Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Memasuki asrama Yayasan Selangor, sewaktu tingkatan satu ketika usia anak mendekati 13 tahun. Ditakdirkan anak berkawan rapat dengan Ahmad (sekarang juga merupakan aktivis da'wah – pelajar kejuruteraan di UTM Skudai), mungkin sekarang sudah menamatkan pengajian ijazahnya. Berjinak-jinak dengan sedikit sebanyak program keagamaan, seumpama tazkirah, ceramah dan lain-lainnya.

Menyambung pelajaran ke MRSM Bandar Muadzam Shah, Pahang. Disana berkenalan rapat dan beroleh bimbingan serta mendapat inspirasi dari beberapa mujahid da’wah, antaranya Ustaz Irawan Ebit Liew Abdullah, (Tokoh penda’wah dan motivasi yang sering ke udara di radio Ikim.fm kini)

Semenjak itu seakan anak tidak bisa menoleh kebelakang lagi. Saban waktu terluang, cuti penggal, apatah lagi cuti panjang, anak habiskan dengan kerja-kerja da’wah.

Duit saku sedikit sebanyak yang anak dapat, disimpan untuk belanja da’wah. Begitu juga dengan sedikit gaji sebagai ‘cleaner’ hospital Tengku Ampuan Rahimah (sambilan semasa cuti), anak habiskan juga di jalan Allah.

Tiada waktu sanggang yang lama di rumah walaupun orang lain sewaktu cuti semester berehat dan bermanja serta berenak-enak dengan keluarga. Disamping berusaha memperbaiki upaya diri dengan Al-Qur’an, dalam ibadah dan mencari ilmu lainnya, menelusuri ceruk pendalaman, meredah jeram sungai yang panjang, mendaki bukit serta menuruni lurah lembah, mencari manusia, diajak kembali mencitai Allah, Tuhan Pencipta kita. Dalam serba payah serta serba kekurangan. Menghadapi tohmah dan cacian serta penghinaan manusia yang bukan sedikit dengan tekun dan sabar.

Namun pada penilaian abah, rupanya segala itu memantulkan jiwa cekal, kental, tabah, sabar, selain dapat mendidik nafsu serakah manusia serta menekan ego yang kerap bisa merosakkan.

Anak…..,

Mudah-mudahan Allah menerima segalanya sebagai amal soleh anak, meredhai anak dan mengganjari anak di sana.

Sabda Rasulullah saw;
“ Hai Abu Dzar, tiada seorang pemuda yang meninggalkan dunia, dan menghabiskan masa mudanya dalam ta’at kepada Allah, melainkan Allah akan memberi kepadanya pahala tujuh puluh dua (72) orang siddiq.”
(Tercatat dalam kitab Wasiat Nabi (saw) pada Abu Dzar (ra) Oleh H.Salim Bahreisy.

Sabda Rasulullah saw lagi;
“ Hai Abu Dzar, orang yang berzikir di tengah-tengah orang-orang yang lalai, bagaikan orang yang meneruskan jihad di tengah-tengah orang-orang yang melarikan diri.”
(Tercatat dalam kitab Wasiat Nabi (saw) pada Abu Dzar (ra) Oleh H.Salim Bahreisy.

7 comments:

  1. Allah! semoga Allah meredhai anak pakcik, semoga tergolong dalam yang dichentai olehNya.

    ReplyDelete
  2. doa ibu bapa kepada anaknya menembusi arasy Allah.

    ReplyDelete
  3. Insya Allah mudah mudahan...amin..

    setiap kali baca kata kata hati ni, sayu ja rasa...

    ReplyDelete
  4. assalamulaikum pak cik..

    tak silap saya si ahmad tu best student utk mekanikal engineering..
    tahun lepas dy grad sebaya dgn arwah huzaifah..

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Mungkin juga, saya kurang pasti. Memang dia sebaya dengan arwah. Arwah pun jangkanya akan menghabiskan pengajian pada waktu yang sama. Anak...boleh hubungi saya di talian 014 2345 100.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.