RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, April 30, 2011

Bicara orang 'Arif (2) Hati-hati.

Diantara hal-hal samar yang menyebabkan terjerumusnya diri ialah jika ia cenderung untuk menikmati manisnya pujian, kerana sesungguhnya orang yang merasakan seteguk saja darinya, maka ia akan membawa langit dan bumi ke segala penjuru. Dan tandanya ialah jika ia tidak mereguknya lagi, maka keadaannya akan berubah menjadi malas dan lemah.

Friday, April 29, 2011

Kata-kata hati (29) Luruskan...

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/

Pada 13hb April 2010, anak menghubungi abah meminta izin untuk turut serta dalam misi dakwah ke Sabah.

Pada 24hb April 2010, kita bertemu dan sama-sama iktikaf di Masjid Sri Petaling. Anak menyediakan hamparan untuk tidur abah, di sayap kanan masjid di bawah kipas nombor 16.
Selepas solat subuh kita sama-sama mengikuti tazkirah pagi. Anak berada disebelah kanan abah, bertepatan dengan tangga mimbar, diselangi oleh beberapa jemaah lain. Beberapa ketika semasa tazkirah yang panjang itu anak terlentok juga, mungkin keletihan perjalanan jauh dari Terengganu dan tidur lewat malamnya. Abah sempat mengusik anak sewaktu kita sama-sama berjalan menuju restoran mamak waktu ingin bersarapan pagi.
“ Hai Pah (nama timang-timangan sejak kecil/itulah panggilan kami sekeluarga kepadanya) khusyu’ masa bayan tadi….! “
Anak ketawa kecil , tak menjawab.

Pada 28hb April 2010, anak menghubungi Ummi, memaklumkan jadual berangkat ke Sabah.
“Assalamu’alaikum Ummi ”.
“ Wa’alaikum salam ”.
“Apa khabar Mi…. Ummi sihat ? ”.
“ Sihat....Engkau apa khabar Pah…? ”.
“ Sihat Mi….”. InsyaAllah Ipah akan bertolak ke Sabah petang ni… Penerbangan akan berlepas pada pukul 5.00 petang ….” “ Doakan Ipah Mi ye…..”
“ InsyaAllah….” Pah…Ipah kesana…betulkan niat Pah ye…..biar kerana Allah…..”
“ InsyaAllah Mi……..”

Demikian kata-kata terakhir anak dengan ummi, yang kebetulan sekitar satu semester lebih anak tak dapat berjumpa dengan ummi, (cuma sekadar berhubung melalui telefon) lantaran kuliah dan kerja-kerja jamaah di Terengganu.

Begitulah harapan ummi dan kami semuanya agar benar anak telah meluruskan hati dalam segala kerja dan amal anak sebelum dan selepas bertolak ke Sabah. Semoga dengan lurus hati (ikhlas) itu, sudi Allah melihat dan menerimanya sebagai sesuatu persembahan seorang hamba.

Firman Allah ; Al Bayyinah : 5
“ Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama, lurus, dan mendirikan sholat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.”

Firman Allah ; Ali Imran : 29
“ Katakanlah, Jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa yang di dalam dadamu itu, tetap diketahui oleh Allah.”

Sabda Rasulullah saw ; riwayat Imam Muslim.
Abu Hurairah ra.berkata , Rasulullah saw bersabda; “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh dan rupamu, tetapi melihat/memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.”

Friday, April 1, 2011

Bicara orang 'Arif (1) Wara'

" Wara' dalam berbicara lebih tinggi nilainya dari wara' terhadap emas dan perak, dan zuhud dalam kekuasaan hendaklah lebih waspada dari pada zuhud dalam emas dan perak, sebab engkau mau mengorbankan emas dan perak demi meraih kekuasaan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.