RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, December 29, 2011

Kata-kata hati (36) Sejuk mata kami..


Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Waktu ini musim hujan. Di Selangor, walaupun bukan kawasan yang berisiko banjir, namun cuaca sama juga tidak menentu. Hujan turun saban hari. Ada waktu pagi, ada kalanya waktu petang. Jika malam tidak hujan, siang ada ketikanya hujan sepanjang hari. Hujan lebat atau renyai-renyai silih berganti. Suhu lembap, manakala bumi sentiasa basah. Halaman dan jalan ke pondok kita, becak.

Begitulah rencana dan ketentuanNYA. Semuanya berlaku dan berjalan mengikut kehendakNYA. Kita, hamba sepatutnya bersyukur terhadap apa jua keadaan, kerana semuanya (samada kita suka atau sebaliknya) adalah baik untuk kita. Cuma kita hamba tidak dapat memahami hakikat serta hikmah sebenar akan sesuatu kejadian, ciptaan Tuhan. Keimanan, keyakinan dan sudut pandang manusia juga, membezakan penafsiran terhadap semunya yang berlaku itu.

Dalam waktu begini, abah teringat suatu waktu dahulu, jika kebetulan anak berada di rumah, cuti semester atau waktu yang anak tiada program, anak sering menawarkan khidmat mencuci kenderaan (motor atau kereta) abah. Malah kerap juga sekembalinya abah dari tugas, abah sudah dapati kenderaan yang di tinggalkan di rumah sudah anak bersihkan, tanpa disuruh, apatah lagi upah.

Diwaktu-waktu yang lain memotong rumput, menjenguk dan memberi ayam serama kesayangan abah (yang cepat biak itu) makanan dan minuman. Hujung minggu anak dengan gembira sudi membantu abah membersih dusun buah-buahan kita yang sekangkang kera itu. Diwaktu ummi memasak anak juga tidak pernah berat tulang membantu. Ada waktu anak menawarkan resepi masakan yang kerap anak masak sewaktu berpergian dalam misi da’wah. Pastinya ‘simple’, tapi boleh tahan sedap. Kerap juga waktu ini kami masih merindui kari ayam masakan anak yang rasanya mengalahkan masakan kari Kassim Kader, restoran mamak ternama di Bandar daerah kita.

Apapun rasanya semua itu anak lakukan adalah untuk menyantuni dan menyenangkan hati kami, abah ummi. Setulusnya…., kami senang dan gembira.

Kepada Allah kami pohonkan setulusnya, moga anak mendapat ganjaran sebaiknya atas semua itu.

Firman Allah dalam Surah Al Israa’ : 24
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu dan ayah) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Firman Allah dalam Surah Al Ahqaaf : 15
“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah. Masa mengandung sampai bercerai susu selama tiga puluh bulan dan umurnya mencapai empat puluh tahun , dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu, yang telah Engkau redhai yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Thursday, December 22, 2011

B.E.R.S.Y.U.K.U.R.



Saban waktu dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik, sejak dilahirkan hinggalah penghujung nyawa, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lalu kita tidak perasan dan tidak mempedulikannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah anugerah dan kurniaan ALLAH kepada kita.
Setiap ulas nasi yang kita telan, setiap titis air yang kita minum, setiap tarikan nafas yang kita hela, apatah lagi dengan penglihatan yang dengannya kita dapat melihat sesuatu, semuanya adalah kurniaan Allah. Selagi kita bernyawa kurniaan Allah tidak putus-putusnya kita nikmati. Begitulah penyayangnya ALLAH ar-RAHMAN kepada kita, biarpun kita tidak ingat dan tidak taat kepadanya. Wajar Allah bertanya ; “Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”. (Ar-Rahman – 31 kali)
Hakikatnya, lumrah manusia hanya akan tahu nilai sesuatu, setelah sesuatu itu hilang darinya. Amat sedikit yang melahirkan rasa syukur kepadaNYA lantaran dia tidak tahu sebenarnya hakikat tanpa sesuatu anugerah itu.
“... Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.”
(Surah Saba’, 34: 13)
“... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”
(Surah al-Baqarah, 2: 243)

“Kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka itu bersyukur.”
(Surah al-A’raaf, 7: 17)

Begitulah saya, saat tersadai, kehilangan 50 % penglihatan, baru tersedar dan tahu apa erti sebenar nikmat mata dan penglihatan. Bertambah perasan bukan kita yang empunya. Yakin KehendakNYA mengatasi segalanya. Kita tiada kuasa melainkan KuasaNYA.



Akur bahawa……, “Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia”. (ar-Rahman 78)

Wednesday, December 21, 2011

H.A.R.A.P....?

Tak perlu memperincikan perihal tersadainya saya untuk beberapa minggu. Oleh kerana saya ada masalah darah tinggi, dan sejarah keluarga terdekat , emak serta abang yang masih muda, pergi menemui Tuhan, dengan asbab ‘stroke’, maka waktu-waktu terlantar itu tidak dapat tidak memperingatkan saya saat-saat akhir mereka (emak dan abang).

Kedatangan maut tidak dapat diduga, kerana ketentuannya ditanganNYA. Kedua mereka sehat pada hari sebelumnya serangan. Di ‘serang’, terlantar, dan masing-masing cuma mampu bertahan selama dua hari. Al-Fatihah…..

Di awal beberapa minggu terlantar itu, memang tekanan darah tinggi agak tidak menentu. Seakan ada gejala yang mengerikan itu. Diwaktu itu baru tercari-cari doa-doa dan zikir yang sesuai, tinggalan Junjungan saw. Tak tahu malunya diri. Bila terdesak baru mencari, padahal Ar-Rasul saw telah mempusakakannya sekian lama, tak pernah di endah dan ambil peduli.

Waktu itu baru rasa terdesak untuk mengamal sepenuh perkara yang tertinggal, atau sengaja di tinggal , dengan harapan jikapun ajal bertandang, harap-harap dalam keadaan mengamalkan sunnah. Dulu…kerap juga tertidur dalam keadaan ‘bontang’ tidak berbuat dan mengingat apa-apa sebelumnya. Namun rupanya ‘jentikan’ Tuhan itu, walaupun perit, rupanya menjadi ubat bagi saya yang lalai.

Saat sebelum terlelap, teringat juga mungkin inilah cuma beberapa tarikan nafas yang tinggal. Ngeri, kerana diri sememangnya belum bersedia. Sememangnya musibah besar yang menanti, andainya dijemput ketika itu. Perasaan bercampur baur. Takut, cemas namun berharap DIA tetap akan memberikan rahmatnya, walau sedikit, walaupun diri merasa tidak layak walau kadar sekelumit. Teringat janji Ar-Rasul saw;

Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."
(Tirmidzi, Janaa'iz, II ; Ibn Majah, Zuhd, 31)

Tapi harap yang bagaimana, kerana harap saya tidak menepati syarat. Seumpama seorang petani yang memilih dan menabur benih padi yang tidak baik, di atas tapak sawah yang belum disedia untuk ditabur benih. Tanahnya tidak subur, serta tidak pula berusaha untuk menyuburkannya dengan apa-apa jua baja. Sudahlah padi tumbuhnya tidak elok, rumput pula dibiar tumbuh melengkari anak dan pohon-pohon padi. Tidak diusahakan untuk merumput atau diracun. Sementara musuh perosak padi dibiar sewenangnya menyedut umbut pucuk padi dan batangnya yang mengandung bakal biji benih yang di cadang-cadang dituai. Dalam keadaan itu apakah yang dapat diharap dimusim tuainya nanti melainkan hampa.

Begitulah saya dengan iman yang tidak sihat, baja yang tidak cukup, musuh iman yang tidak sungguh diperangi, harapan apakah yang layak untuk saya harap. Kerana harapan waktu itu adalah merupakan mengharap redha, rahmat, kasih sayang, dan pengampunan Tuhan, yang balasannya tiada lain melainkan Syurga. Tapi wajarkah mengharap kalau segala syarat untuk mengharap tidak cukup?

Moga Allah akan berikan saya kekuatan untuk ‘bangkit’.

Bersambung…….

Monday, December 19, 2011

Tiada terkata....

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Q.S Ibrahim : 7

Tuesday, November 15, 2011

Wahai orang di atas sana (5) Kerling-kerlinglah...


Tuan…
Cuba luangkan sedikit masa tuan untuk melihat keluar jendela tuan. Jika tuan tiada mampu, cuba berusaha lihat-lihat juga paparan beberapa rancangan Tv tempatan, jika tiada pasti bolehlah saya tolong sebutkan; seumpama rancangan ‘BersamaMu’. Kalau tiada berkesempatan cubalah lihat beberapa kepingan gambar di atas. Renung dalam-dalam akan wajah dua orang anak kecil dengan ibunya di samping rumahnya yang ‘sederhana’…?, Beratap rumbia, berlatai bumi, entah ada bilik , entahkan tidak… Ruang dapur adalah ruang tamu. Waktu malam berlabuh ruang itu adalah kamar tidur mereka. Bila fajar menyingsing lelangit kelambu mereka menjadi siling. Jangan ditanya akan kipas apatah lagi penghawa dingin, kerana mereka sudah saban malam dan dinihari dalam kedinginan. Usah fikir peti sejuk atau mikrowave, kerana tungku dapur kayu itu pun entah cuma berapa kali berasap untuk satu minggu. Punya penapis air 0.5 micron, kalis kuman…? Mana ada kerana semuanya cuma dari bumi dengan kedalaman telaga puluhan kaki. Tukang kebun, amah dan seumpamanya memang tiada pernah terlintas dalam otak mereka. Masakan terfikir tukang kebun kerana tanah atau ponduk mereka itupun atas ihsan orang lain atau di tanah rezab kerajaan. Banyak lagi yang tidak mampu untuk dicoretkan.
Tuan…
Pernahkah sang ibu berharap untuk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya di dalam rumah yang sangat tidak layak itu? Tapi itulah kenyataan, ia harus menjalani sepenggal kisah dari perjalanan kehidupannya, sambil terus berdo’a dan berusaha agar dapat merubah sepersekian perjalanan hidupnya.
Mereka adalah sebahagian dari manusia di bumi bertuah Malaysia ini. Walaupun mereka hidup dalam azab, hidup tanpa ada yang peduli, sanggup mengikat perut, namun hidup mereka mulia, mengeluarkan sebahagian ongkos yang mereka dapat, untuk tolong sama membinakan mahligai indah ini……..
kerana mereka adalah pembayar cukai........



Tapi ingatkah orang di atas sana akan mereka? Dan tiadakah yang Allah akan tanya tuan tentang mereka di akhirat sana?


Cuba-cubalah mengambil i'tibar dari keluhan Sayyidina Umar Al khattab ra ; " Andaikata seekor anak domba (lembu) mati lemas kerana tergelincir di tepi Sungai Furat, nescaya aku bimbang Allah akan menanyakanku di akhirat nanti."

Sunday, November 13, 2011

Wahai orang di atas sana (4) Lagi peringatan...

Sabda Rasulullah saw.
“ Tidak seorangpun menjadi wali kaum muslimin, kemudian dia tidak berupaya dengan sungguh-sungguh dan tulus bagi kepentingan mereka, kecuali ia pasti tidak akan masuk Syurga bersama mereka.”
Hadith riwayat Imam Muslim, Kitab Al-Imarah, bab 5.

Sabda Rasulullah saw.
“ Hai Abu Dzar, engkau adalah seorang yang lemah, dan sesungguhnya jabatan sebagai pemimpin adalah amanah yang berat, dan kelak pada hari kiamat ia akan menjadi penyebab kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang telah mengambilnya dengan cara yang benar dan melunasi kewajiban-kewajiban yang harus dipikulnya.”
Kanzul Ummal, jilid 6, hadith 68,122

Berkata Sayyidina Abu bakar as Siddiq ra.
“Barangsiapa menjadi pemimpin, maka dia adalah orang yang paling panjang perhitungannya dihari kiamat dan paling besar azabnya, dan barangsiapa yang tidak menjadi pemimpin, maka dia adalah yang paling ringan perhitungannya dan paling sedikit azabnya. Sebab orang-orang yang menjadi pemimpin adalah orang paling dekat kemungkinannya untuk bertindak zalim terhadap kaum mukminin. Dan barangsiapa bertindak zalim terhadap kaum mukminin, maka sesungguhnya ia telah melanggar perjanjian dengan Allah dan mengkhianatinya.”

Saturday, November 5, 2011

Wahai orang di atas sana (3) Kami sahut....Ya Allah..

Wahai tuan yang di atas sana.
Segal puji hanya bagi Allah yang telah menyampaikan tuan dengan segala rombongan, sampai dan memulakan amal dari rukun Islam kelima.

Saya pasti tuan sebagaimana orang Islam kebanyakan yang lain juga berhasrat untuk mendapatkan ganjaran haji yang mabrur, yang tiada lain balasannya melainkan Syurga Allah swt. Dan saya juga percaya tuan dan sekaliannya yang turut serta dalam rombongan tuan basah lidah dengan segala ucapan yang hanya mengakui keagungan Allah, akur dengan diri sebagai hamba, yang hanya patuh sepenuhnya, tanpa bantah terhadap segala perintah Allah.
Tidak terkecuali juga tuan sudah melafazkan talbiah yang memberi makna berikut :-

“Saya penuhi dan sahut panggilanMU Ya Allah, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Tiada sekutu bagiMU, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMU, tiada sekutu bagiMU.”

Berikutnya tuan akan melontar Jamrah Aqabah (wajib haji) seusai berdoa :-

“Dengan nama Allah, Allah Maha Beasr, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya.”

Begitulah seterusnya, segala amal perbuatan berserta dengan doa, zikir, tasbih dan tahmid, semuanya tiada lain melainkan perakuan kita hamba kepada Allah Rabb kita. Ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt.

Moga tuan dan semuanya membenarkan juga kata-kata dan segala yang tuan ucapkan tatkala berada di sana, sekembalinya ke Negara tercinta Malaysia. Perakuan sebagai hamba kepada Allah, ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt, mestilah terjelma juga dalam tindakan tuan sewaktu mengurus Negara. Adalah ganjil jika di sana tuan tunduk patuh, sekembalinya ketanahair enggan…

Jika di sana melahirkan kebencian dan marah kepada syaitan, takkan sekembalinya ke Malaysia sanggup meraikan dan melakukan kerja-kerja yang syaitan suka.

Maaf tuan jika saya tersalah dan terkasar bahasa. Namun sifat ubat memang pahit rasanya, manakala racun pula sering membuka selera.

Thursday, November 3, 2011

Kembalilah....Patuhlah....!!!

Dalam bulan Julai 2011, Parlimen Taiwan telah meluluskan ‘draft bill ’, bagi membenarkan kewujudan daerah merah. Bill berkenaan akan membolehkan seks sah diperdagangkan secara terbuka, di 'special sex trade zones ‘. Ini bermakna aktiviti pelacuran akan diperakui sah dari segi undang-undang pada penghujung tahun ini, di daerah yang berkenaan. Manakala pelaku diluar kawasan zon berkenaan akan terpaksa menghadapi denda dan hukuman. Tujuannya mungkin 'murni'(?), bagi membantu Taiwan membersihkan industri seks mereka.

Walaupun tujuh puluh lima peratus penduduk Taiwan menyokong pendekatan yang liberal terhadap pelacuran, namun tiada sesiapa yang bersedia untuk mengizinkan diujudkan 'special sex trade zones ‘ dikawasan mereka. Kesemua 22 gebenor kerajaan tempatan telah menyuarakan bantahan bagi usaha memperkenalkan 'special sex trade zones ‘ yang sah di tempat mereka.

Begitulah hakikat bila manusia menolak peraturan dan hukum Allah, pasti berlaku kecelaruan dan malapetaka. Bila manusia mencari penyelesaian terhadap sesuatu kecelaruan dan malapetaka tersebut, panduan Allah tidak dipedulikan, pastilah tidak akan menemui jalan. Yang pasti kecelaruan akan membarah, melapetaka akan melampaui jangkaan dan perkiraan manusia.

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A’raaf 7:179)

Oleh itu kembalilah kepangkuan Tuhan, dan akurlah segala peraturanNYA. Tuhan pencipta kita manusia dan semuanya yang ada di alam ini.
“Pencipta Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, pasti Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kebaikan dan kesejahteraan kita semuanya.” Pengetahuan kita, dan kebijaksanaan kita terbatas….akurlah…!!!.

" Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. " (Ar Rum 10)

Marilah kita semuanya kembali kepada Rabb, Tuhan kita Allah….dan patuhlah…!!!

Allah jangan di cabar !!!

Dikisahkan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan individu, sedang giat memperomosi program “ Seksualiti Merdeka 2011 ”, bermula dari 2hb November 2011, sehingga 13hb November 2011, termasuk promosi melalui laman web www.seksualitimerdeka.org.

Adalah difahamkan bahawa istilah ‘seksualiti merdeka’ digunakan adalah untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenarnya.

Misi mereka jelas untuk mempertahankan hak golongan tersebut (golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), dan seumpamanya) agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Seruan saya, kepada mereka yang terlibat, menyokong, mengiyakan dan seumpamanya…..

1.Walaupun kalian tidak percaya akan apa yang kami yakini (iaitu perkhabaran dari Allah, Tuhan kami dan Pencipta kalian juga), tapi cuba lapangkan fikiran dengan dada terbuka buat kajian apa sebenarnya yang berlaku dalam pembentukan Laut Mati. Pasti kalian akan mengetahui akan kisahnya.

2. Cuba kalian lihat dan pandang-pandang (tidak perlu dengan pandangan mendalam) di sekeliling kalian. Perhatikan yang kerap hampir dengan kalian. Lihat anjing atau kucing atau apa-apa juga haiwan peliharaan kalian. Pernahkah mereka (haiwan-haiwan itu) tersilap memilih pasangan, atau sengaja menjadikan yang sejantina mereka sebagai lawan untuk berhubungan jenis?

3. Saya yakin juga agama kalian tidak mungkin merestui perlakuan yang menyalahi hukum fitrah manusia, yang hanya akan mengharu-birukan keharmonian institusi keluarga.

4. Kepada yang mungkin keliru, cuba renung-renung balik peringatan Tuhan berikut :-

Dalam Al Qur’an Allah melaknat dan akhirnya membinasakan kaum Luth yang melakukan homoseks dan lesbian.

“Ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu. Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki (homoseks), menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” (Surah Al 'Ankabuut 28-29)

" Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka " Mengapa kamu tidak bertaqwa? ". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir ". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ". ( Surah Asy-Syu’ara 160-168 ).

" Dan ( Kami juga telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya ). (Ingatlah ) tatkala dia berkata
kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah
dikerjakan oleh seorangpun (didunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki
untuk melampiaskan nafsumu ( kepada mereka), bukanka kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (Surah Al A'raaf 80-82).

“(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata:) “ Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat ? ” (Surah Hud 81)

“ Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (Surah Hud 82)

"Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing. Sebagai ni"mat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu. (Surah Al Qamar 33-36 )

Akibatnya Kota itu di tenggelamkan sedalam 418m dari aras laut, dengan kedalaman 330 meter, yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam. Berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar, terletak di antara Jordan dan Tebing Barat, dikenali sebagai Laut Mati

Friday, October 28, 2011

HUDUD (7) Astaghfirullah.......

Berikut saya ingin kongsikan dua maklumat (tulisan & ucapan) dari dua orang tokoh besar, ternama tanahair. Kedua-duanya punya pengaruh tersendiri, dan pengikut yang bukan sedikit. Oleh kerana mereka merupakan orang terpandang, maka setiap yang mereka lontarkan akan orang pandang dan mungkin di ikuti.

Selesai membacanya, hati nurani saya merasakan sesuatu yang janggal, pelik dan tidak kena berkaitannya. Terasa yang amat sangat untuk memberikan ‘respond’. Namun siapa saya? Itu bukan bidang kepakaran saya. Saya serahkan saja kepada yang lebih mengerti dan tahu. Untuk tujuan itu saya sudi menyediakan ruang (dalam blog saya) kepada sesiapa yang ingin memberikan penjelasan berkaitan dengannya. Buat sementara waktu saya hanya mampu beristighfar……Mohon Allah ampunkan saya.

(Nota : kirim kepada mhuzazi@yahoo.com.my)

Maklumat :1

SALAH FAHAM TENTANG HUKUM HUDUD

Tuesday, October 11, 2011
Oleh: Kassim Ahmad
Darul_hikmah33@yahoo.com.my

Sesetengah sarjana Islam sekarang mendesak supaya umat Islam tidak mempertikai apa yang dipanggil Hukum Hudud atas alasan ia disebut dalam Quran. Sarjana-sarjana Islam dulu bukan saja berbeza pendapat tentang bilangan kesalahan Hudud, tetapi juga berbeza pendapat tentang hukuman itu sendiri.
Ambil kes murtad, atau keluar dari Islam untuk menganut agama lain. Mereka memetik hadis untuk mengenakan hukuman bunuh, sedangkan kebebasan untuk beragama yang total diisytiharkan nyatakan dengan jelas dalam Quran (2: 256),1,316 tahun mendahului Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia! Dalam pada itu, harus dibezakan antara perbuatan murtad dengan pemberontakan terhadap unang-undang negara. Dalam zaman Khalifah Abu Bakr (632-34), berapa kabilah Arab enggan membayar zakat dan keluar dari Islam. Jadi, peperangan ini bersifat politik, bukan agama. Ia dilakukan untuk mencegah pemberontakan terhadap undang-undang negara.
Saya ingin mendatangkan bantahan terhadap Hukum Hudud, pertama, dari prinsip-prinsip asas dalam Islam, kedua, dari hukum logika, dan ketiga, dari analisis bahasa.
Ada dua prinsip asas yang harus diambil-kira. Pertama, Tuhan memerintahkan kita supaya berlaku adil kepada semua manusia. (Quran, 4: 135; 16: 90). Ini bermakna semua hukuman terhadap semua jenayah mestilah adil. Tiap-tiap jenayah mesti dilihat (1) dari segi beratnya jenayah itu, (2) dari segi sebabnya, dan (3) dari segi keadaan mental penjeyah itu. Ambil kes pembunuhan. Jenayah ini memang berat. Tetapi ia mungkin dilakukan untuk membalas dendam, umpamnya salah seorang ahli keluarga penjenayah itu telah dibunuh atau disakiti oleh pembunuh. Jadi, jarang sekali sesuatu jenayah itu sama dan boleh dikenakan hukuman yang sama.
Kedua, prinsip kerahiman Tuhan. Sifat utama Tuhan itu rahim. Tuhan memeperundang-undangkan ke atas Diri-Nya kerahiman. (Quran, 6: 12) Oleh yang demikian, tidak pantas Tuhan mengenakan hukuman-hukuman yang tetap kepada mana-mana penjenayah. Dia senantiasa membuka pintu taubat kepada semua penjenayah dan senantiasa meringankan hatta mengampuni semua penjenayah. Oleh itu, Hukum Hudud ini tidak logik.
Skeptisme terhadap Hukum Hudud ini telah juga disuarakan oleh Prof. Shad Faruqi. (Lihat The Star, 5 Oktober, 2011; hlm. 30)
Dari dua hujah dari prinsip-prinsip asas yang disebut dalam Quran, kita tidak ada jalan lain kecuali membuat kesimpulan bahawa apa yang dipanggil Hukum Hudud ini timbul dari salah tafsir tentang ayat-ayat yang berkenaan dalam Quran. Saya akan lakukan analisis bahasa ini sekarang.
Perkataan ‘hudud’ disebut sebanyak 14 kali dalam Quran. (2: 187, sekali tentang hubungan suami-isteri dalam bulan puasa; 2: 229, 4 kali tentang perceraian; 2: 230, 2 kali tentang perceraian; 4: 13, sekali tentang faraid; 4: 14, sekali, umum; 9: 97, sekali, umum; 9: 112, sekali, umum; 58: 4, sekali, tentang adat zihar orang Arab, yakni meboikot seks dengan isteri; dan 65: 1, 2 kali, tentang perceraian.) Tiada satu pun perkataan ini merujuk kepada kesalahan atau jenayah tetap, seperti yang dikatakan oleh ahli-ahli hukum klasik itu, iaitu mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak dan murtad (sesetengah sarjana menambah dua lagi kesalahan, iaitu meminum arak dan memberontak). (Lihat Kassim Ahmad, Kontroversi Hukum Hudud (Forum Iqra’, Pulau Pinang: 2002)). Bagaimana mereka boleh mengaitkan lima atau tujuh kesalahan itu (perhatikan murtad tidak dihukum dalm Quran kecuali hukuman kafir), tidaklah jelas.
Harus diingat bahawa Quran itu ada dua konteks. Pertama, konteks sejarah, yakni keterikatannya dengan sejarah Arab abad ke-7. Jadi, hukuman terhadap jenayah pada waktu itu, pada zaman manusia baru keluar dari barbarism di mana-mada kawasan budaya pun, memang amat keras. Salah satu hukuman untuk pencuri di England dalam abad ke-19 potong kepala! (Ibid., hlm. 3.)
Jadi, tiap generasi harus mengkaji semula apa yang mereka warisi dari generasi terdulu supaya ajaran yang silap bolek diperbetul. Malangnya, kecenderungan manusia untuk mendwa-dewakan pemimpin amat kuat.Apabila pemimpin didewa-dewakan, maka kesilapan generasi dulu akan terus kekal diwarisi turun-temurun. Sebagai contoh, oleh kerana umat Islam awal telah mendewa-dewakan Iman Shafi’e, maka kesilapan beliau mewajibkan Hadis/Sunnah Nabi bagi umat Islam (sedangkan ia hanya kebiasaan, ikutan, ‘precedent’) dibawa sampai ke hari ini!
Satu contoh lagi tentang kecenderungan mendewa-dewakan pemimpin kelihatan dari perbuatan Omar Ibni Khattab, mengikut riwayat, apabila Nabi Muhammad baru wafat, beliau berdiri di depan orang ramai mengatakan beliau akan membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi wafat. Apabila Abu Bakr datang dan mententeramkan beliau dengan membaca ayat tentang kewaafatan Nabi Muhammad, barulah beliau sedar dan menjadi tenang.
Quran menerangakan kepada kita bahawa kebanyakaan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman kecuali menyengutukan Tuhan (Quran,12: 106). Jadi, kita harus benar-benar berwaspada terhadap kecenderungan syirik ini. Dosa syirik tidak diampun oleh Tuhan kecuali melalui taubat yang dilakukan segera. Sebabnya kerana akibat pendewaan terhadap pemimpin membawa padah yang amat buruk kepada masyarakat.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/



Maklumat : 2



Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir
Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.
Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.
Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.
Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.
Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.
Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat .

Thursday, October 27, 2011

Wahai orang di atas sana (2) Takut-takutlah....

Bahagianya kalian jika...........

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Sesungguhnya orang-orang yang berbuat adil di sisi Allah berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, berada di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla. Yaitu mereka yang berbuat adil ketika menetapkan putusan hukum, dan adil terhadap pengikut dan rakyatnya.”
(H.R. Imam Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…”
(H.R. Imam Bukhari)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Sehari bersama imam yang adil lebih baik dari ibadah seorang lelaki selama 60 tahun. Dan hukum hudud yang ditegakkan di muka bumi dengan benar lebih bersih dari hujan yang turun selama 40 tahun”
H.R. At-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tiga kelompok yang tidak ditolak doanya: Imam adil, orang yang berpuasa sampai berbuka dan doa orang yang tertindas ”
H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tapi ingat juga ............

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang paling pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim".
(H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan al-Baihaqi)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tidak ada seorang pemimpin (wali) atas kaum Muslimin meninggal dunia dalam keadaan ia telah menipu mereka, kecuali Allah akan mengharamkan Syurga baginya.”
(H.R. Imam Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 25, 2011

Bicara orang 'Arif (5) Tenang-tenanglah...

Syeikh Ibnu ‘Atha’illah As Sakandari memesan;
“Hendaknya pengetahuanmu tentang ‘IA Yang Mahasuci Yang menurunkan cubaan kepadamu’ bisa meringankan pedihnya cubaan yang menimpamu. Kerana Dzat yang telah mendatangkan beragam takdir padamu adalah Dzat yang telah membiasakan pilihan terbaik untukmu. Barang siapa yang menganggap bahwa kelembutanNYA terlepas dari takdirNYA, hal itu kerana kesempitan pandangannya.”

Jika sesaorang mengetahi bahawa Allah yang mengujinya, maka kepedihan cubaan itu akan terasa lebih enteng.

Kelembutan Ilahi tidak akan lepas dari takdirNYA, kerana diantara asmaNYA adalah ‘al-Latiif ’ (Yang Mahalembut), maka kelembutanNYA selalu berhimpit dengan takdirNYA. Walaupun kita tahu bahawa Allah Mahakuasa, namun kita jangan lupa bahawa Allah juga Mahalembut, dan selanjutnya tidak ada keterpisahan antara kelembutanNYA dan kekuasaanNYA, sebab ‘al-Latiif ’ dan ‘al-Qadiir ‘ adalah sama-sama NamaNYA, dan DIAlah yang Mahamulia lagi Maha Menentukan.

Ibnu ‘Abbad mengatakan ; “Bila seorang hamba menginsafi bahawa Allah Ta’ala amat menyayanginya, mengasihi dan melihatnya, maka segala cubaan yang menerpanya tak pernah di sesalinya, kerana tiada yang datang dariNYA kecuali kebaikan untuknya. Keharusan baginya hanya berbaik sangka dan yakin bahawa itulah pilihan terbaik untuknya dan sangat mungkin menyimpan kemaslahatan tersembunyi yang hanya diketahui olehNYA."

Firman Allah ; Surah Al Baqarah :216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.”

Abu Thalib al Makki menafsirkan ayat ini dengan : “ Seorang hamba membenci kemiskinan, kefakiran, ketidakpopuleran dan penderitaan, padahal itu lebih baik baginya di akhirat. Kadang ia gemar akan kekayaan, kesehatan, dan populariti, padahal akibatnya lebih buruk baginya menurut Allah Ta’ala."

Bila seorang Muslim bisa menyelami hakikat ini, maka ia akan puas dan lega terhdap takdir Allah, dan merasa tenang dan damai dengan kenyataan takdir yang menimpa dirinya, saudara-saudaranya, dan seluruh kaum Muslimin.

Monday, October 24, 2011

Wahai orang di atas sana (1) Kamu akan ditanya..!

Dunia Islam khasnya kelihatan semakin celaru. Masyarakat amnya kelihatan keliru, dan pemimpin mereka khasnya seakan tidak tentu halatuju. Rakyat kebanyakan kehilangan jurupandu, manakala pemimpin di atas sana, bebas melakukan apa sahaja, persis bertuhan hawa nafsu. Sebahagian ‘ulama membisu, terpana kaku. Segelintir masih berpaut pada pada prinsip yang jitu, namun kepada pemimpin mereka dianggap musuh nombor satu…..

Oleh itu….apalah kiranya kita menoleh kembali kepada sumber Al-Qur’an yang satu, serta peninggalan Ar-Rasul saw yang pasti mampu menghilang buntu…


Firman Allah swt Surah An-Nisaa : 58
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hukum di antara manusia, supaya menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Sabda Rasulullah saw. Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
“ Ketahuilah bahawa kamu sekalian adalah gembala, dan kamu sekalian akan dimintai pertanggungjawaban mengenai gembalaannya. Seorang pemimpin tertinggi adalah gembala bagi rakyatnya dan dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai rakyatnya.”


Renung dan fikir-fikirkan wahai diriku saudara-saudaraku….
Bersambung…..

Thursday, October 20, 2011

Al-Aqsa menangis (8) Cermin diri kita.

Lima tahun yang lalu pejuang Islam Palestine melakukan serbuan, yang berakhir dengan tertawannya seorang tentera negara penjajah haram Israel, Gilad Shalit. Antara matlamat serbuan adalah untuk menjadikan tentera penjajah haram yang tertawan sebagai pertukaran pembebasan ribuan pejuang/rakyat Palestine yang berada di dalam penjara negara penjajah haram Israel.

Pertukaran pembebasan fasa pertama telah berlangsung pada hari Selasa 18hb Oktober 2011, menyaksikan 470 pejuang/rakyat Palestine sebagai pertukaran Gilad Shalit. Seramai 1,027 pejuang Palestine lagi akan mendapat pembebasan. Namun masih ada sekitar 5,000 pejuang/rakyat Palestine yang terpaksa merengkok dalam penjara negara penjajah haram Israel, yang entah bila akan mendapat hak pembebasan.

Semua pejuang/rakyat Palestine yang dibebaskan dan semuanya yang masih tertahan masing-masing punya cerita, memiliki ‘iktibar yang sangat besar buat kita semua. Berikut ikuti kisah singkat srikandi hebat Ahlam al Tamimi, antara tahanan yang mendapat pembebasan.

Ahlam al-Tamimi telah dilahirkan pada 20/10/1980 di kota al Zarqa, dari kalangan keluarga Palentine dari kerabat serta keturunan di perkampungan al Nabi Saleh, berhampiran Ramallah. Ahlam berjaya menamatkan pengajian peringkat elementari, rendah dan menengah di al-Zarqa, sebelum kembali menyambung pengajian ke Palestine, memasuki Jabatan Media dan Kewartamanan di Universiti Bir Zeit. Dengan hanya tinggal sepenggal sebelum menamatkan pengajian, meletus Intifada al Aqsa pada tahun 2001 [Kebangkitan kedua rakyat Palestine] mengakibatkan keganasan dan penindasan melampau yang belum pernah berlaku, dengan pembunuhan tanpa batas yang diketuai oleh penjenayah perang, Ehud Barak dan Ariel Sharon.

Ahlam berusaha menentang pendudukan dengan caranya sendiri, menumpukan tenaga pada program televisyen tempatan yang menyiarkan program 'Independence' yang memantau perlakuan amalan haram Pendudukan. Melalui kerja kewartawanan untuk program ini, Ahlam berhadapan dengan realiti pahit dan kisah-kisah tragik dan cerita-cerita dongeng kesusahan yang disebabkan oleh itu pendudukan haram Israel.

Ahlam telah ditahan pada 14/09/2001 dan dijatuhkan hukuman pada 13/10/2003 karena dituduh membantu Izzudin Al-Masri, anggota Brigade Qassam yang melakukan pengeboman di restoran Sparo di Yerusalem pada tahun 2001 dan menewaskan puluhan warga Israel, setelah hampir dua tahun selepas penahanan. Mahkamah Tentera Zionis Tentera menjatuhkan hukuman 1584 tahun penjara bersamaan, hukuman 16 kali penjara seumur hidup, dengan syor bahawa dia tidak harus dilepaskan dalam mana-mana pertukaran banduan.
Semenjak hari itu beliau kekal merengkuk di dalam jeriji besi. Ahli-ahli keluarganya dilarang daripada melawat beliau atas alasan bahawa mereka adalah warga Jordan dan tidak membawa kad pengenalan Palestin. Pada awal hukuman, Ahlam dikenakan tidak kurang dari 5 kali pengasingan sel penjara, yang ada waktu pengasingan berjalan diantara 25 hari ke bulan, dan dari bulan, menjangkau ke tahun.

Ahlam tidak terlepas daripada dipukul teruk dan penyeksaan yang berterusan, yang menyebabkan tangannya patah dan status kesihatan merosot. Dia mengalami masalah perut dan penyakit sendi akibat layanan buruk, kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh yang menjangkau lebih dari minggu. Pantauan Palang Merah dan doktor yang bertanggungjawab untuk menyelia rawatan perubatan dinafikan.

Kehidupan Ahlam selepas itu tidak pernah surut dari penyeksaan dan penderaan berterusan, sedang haknya sebagai manusia berterusan dinafikan, sehingalah saat akhir sebelum pembebasannya.


Pada hari pembebasannya keluarga Tamimi beserta ratusan warga Palestina, ratusan anggota Ikhwanul Muslimin dan organisasi serikat buruh menyambut kedatangan Tamimi di Bandaraya Ratu Alia dan Amman. Suasana penuh haru dan tetesan air mata mewarnai penyambutan itu. Bendera Palestina, spanduk Hamas, serta nasyid perjuangan menghiasi pertemuan itu.

"Pesan bagi rakyat Palestina adalah: Membebaskan Palestina dan membebaskan Masjid Al Aqsha," kata Tamimi dalam pidato singkatnya.

"Demi Allah, sungguh Ibrahim Hamid, Mahmud Isa, Hasan Salamah, Abul Haija dan Bargouthi lebih berhak dariku meraih kebebasan dan berada di tempat ini, Allah yang menjadi saksinya", tambahnya mengharapkan kebebasan teman-teman seperjuangan yang masih di penjara.


Allahu Akbar !!!

Friday, October 7, 2011

Kata-kata hati (35) Kepada semua

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/


Masih banyak dari apa yang anak tinggalkan, yang masih tidak abah ummi dan lainnya dapat teliti. Insya Allah bila kami semakin tenang kami akan lihat apa-apa lagi yang perlu untuk kami kongsikan dengan yang lainnya, bersama teman-teman seusaha dan seperjuangan anak, kawan-kawan sekuliah, guru-guru dan sesiapa juga yang pernah mengenali anak.

Terakhir, pada pagi Jumaat, 7hb Oktober 2011 abah cuba lagi menjenguk-jenguk dalam ‘pen-drive’ anak yang berwarna ‘purple’ itu. Ada kerja kursus, ada bahan kegunaan untuk kerja jamaah anak, dan tidak terkecuali satu ‘folder’ mengandungi koleksi nasyid (koleksi kegemaran anak mungkin). Biasalah sebagai anak remaja dan manusia biasa anak juga ada naluri untuk berhibur, sesuatu yang perlu diraikan, sebagaimana Rasulullah saw juga meraikan hal seumpama itu terhadap Sayyidatina Aishah ra. Abah belum sempat dengarkan satu persatu. Cuma sekilas pandang melihat tajuk-tajuk nasyid berkenaan, mata abah terpaut pada tajuk ‘Doa perpisahan’ nyanyian Kumpulan Brothers.

Abah ‘click’ buka …maka terpapar Classic Media Player, memainkan nasyid Kumpulan Brothers berkenaan dengan senikatanya juga tersiar sama. Menelitinya bait demi bait, abah rasa benar-benar menggambarkan perasaan anak. Persis itu juga yang mungkin anak akan katakan sekiranya anak mampu melontarkannya waktu ini. Lalu abah rasa seolah tercuit untuk menyampaikan’nya’ (salam, doa kudus, kata semangat “ Teruskan perjuangan……” dan… “ Kenangku di dalam doamu” kepada semua.

Kepada semua dengarkan dan terimalah kata-kata ini…

DOA PERPISAHAN (Kumpulan Brothers)

Pertemuan kita disuatu hari
Menitikkan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri ini
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini…….

“ Teman……
Betapa pilunya hati…..
Pahit manis perjuangan….
Telah kita rasa bersama….
Semoga Allah meredhai….
Persahabatan dan perpisahan ini….
Teruskan perjuangan.”


Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga TUHAN BERKATIMU……

Ameeen…

HUDUD (6) Perintah & Ancaman Allah

Berikut beberapa perintah dan peringatan Allah untuk renungan kita semua.


Surah Al Baqarah : 229
"Demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang-orang yang zalim. "

Surah Al Ahzab : 36
"Dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

Surah Al Maaidah : 49
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

Surah At Taubah : 63
"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar."

Surah An Nisa' : 56.
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah Al A'araf : 40 - 41.
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami, dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

Thursday, October 6, 2011

HUDUD (5) Kerana mulut...

Orang kata lidah tak bertulang. Dek kerana lembut dan tidak bertulang, maka mudah saja untuk menuturkan apa jua. Ada waktu jika kita tidak mengamalkan kebiasaan berfikir dahulu sebelum meluahkan kata-kata, akan mengakibatkan musibah dan malapetaka. Kerana itu orang cerdik pandai dahulu sering mengingatkan kita dengan kata-kata indah ini.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Kalau tak kena gaya……..@ sebab mulut iman binasa, bersiap masuk neraka.. ???

Berikut adalah ungkapan kata-kata yang dilontarkan oleh beberapa manusia. Ungkapan kata yang kiranya sangat berbahaya pada IMAN.

“ Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hudud.”
(Ucapan seorang pemimpin tertinggi Negara dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno,1994)

“ Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Ucapan seorang pemimpin tertinggi Negara dalam ucapannya di pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

“ Sukar dilaksanakan hukum syara’ kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.”
(Ucapan seorang pemimpin tertinggi Negara dalam ucapannya di pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

“ Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan ?”
(Ucapan seorang pemimpin tertinggi Negara dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri , Kelantan, 3 Mac 1994)

“ Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat, apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
(Ucapan Menteri Kanan kepada wartawan , 20 April 1992)

Akhirnya …berhati-hati bercakap. Ingat firman Allah ini.


Yang bermaksud : " Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina."

Surah Al-Nisa’, ayat 13-14

Wednesday, October 5, 2011

HUDUD (4) Jaminan Tuhan.

Sudah lama kita berhukum dengan hukum manusia. Manusia mengguna pakai hukum yang dicipta oleh kalangan manusia sendiri. Manusia memikirkan apa yang mereka rasa sesuai untuk mereka, walaupun mereka tahu keterbatasan akal mereka. Hakikatnya apa yang mereka fikirkan sesuai untuk mereka disesuatu daerah belum tentu sesuai bagi daerah yang lain. Belum dikira manusia yang hidup di zaman yang berlainan. Ada kalanya hukum dicipta secara tidak adil, seumpama bagi tujuan menzalimi dan mengekploitasi orang lain. Kebiasaan manusia terlepas pandang banyak perkara dalam membuat sesuatu perkara. Belum dikira kesilapan dalam menilai dan menentukan sesuatu.

Hasilnya masalah manusia tidak selesai. Keadilan tidak tercapai, kezaliman bermaharajalela, kehidupan manusia dan ‘alam seluruhnya berkecamuk, tidak terurus sempurna.

Sedang hukum Allah, adalah hukum yang paling sempurna, sesuai datangnya dari Yang Maha Sempurna. Allah Maha Mengetahui akan keperluan manusia dan ‘alam seluruhnya disetiap masa, zaman dan ketika. Hukum yang datang dari Yang Maha Bijaksana, Maha Arif dengan dengan kehendak tabiie manusia itu sendiri. Hukum dari Pentadbir sekalian ‘alam yang pasti dapat mengatur kehidupan sempurna ‘alam sebagaimana sempurnanya perjalanan seluruh planet serta berbilion-bilion cekerawala yang dapat berjalan sempurna di orbit masing-masing tanpa sedikit cacat cela dan kesilapan.

Oleh itu mengapa kita tidak percaya dan yakin dengan hukum Tuhan ?

Firman Allah swt.
“Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka hukumannya,potonglah tangan mereka sebagai satu balasan atas apa yang mereka kerjakan (juga sebagai) hukuman PENCEGAH DARI ALLAH. Dan ingatlah Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.”
Al-Maidah : 38

Maksud & pentafsirannya sila rujuk kitab-kitab tafsir yang mu’tabar serta ulama’-ulama yang jujur serta ikhlas dengan ilmunya).

Kenapa banyak soal? Buat dan laksanakan sahaja hukum Tuhan. Kesan dan natijahnya serahkan kepadaNYA. Bukankah Allah sudah memberi jaminan bahawa ia “(juga sebagai) hukuman PENCEGAH DARI ALLAH ” ?

Allah yang menurunkan hukum, Allah juga yang menciptakan semua manusia. Pasti DIA Maha Mengetahui semua perkara tentang ciptaanNYA.

Tuesday, October 4, 2011

HUDUD (3) ' iNcONsIsTEnt '

Firman Allah swt ,
Artinya : Wahai segala orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa.”
Surah al-Baqarah ayat 18 .

Maka dengan perintah itu kita pun berpuasa dengan rela hati. Anak-anak kecil kita suruh juga mencuba berpuasa semampunya. Malah kita sanggup memberikan ganjaran kepada anak-anak kecil kita, kadang-kadang mengikut hari yang dia berjaya berpuasa. Dimana-mana dianjurkan majlis berbuka puasa. Di kebanyakan masjid seluruh negara di sediakan dana besar untuk bubur lambuk. Persekitaran berubah, termasuk kedai dan pasar-pasar, terserlah suasana yang menggambarkan kehadiran bulan puasa @ Ramadhan, dan berbagai lagi. Majoroti umat Islam bergembira dengannya, manakala masyarakat bukan Islam tidak pula menolak atau menentang.
Namun berlainan pula dalam hal firman Allah swt, daripada surah yang sama yang bermaksud;

Artinya : Wahai segala orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu hukum qisas pada pembunuhan, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat satu pemaafan daripada saudaranya hendaklah yang memaafkan mengikut dengan baik dan mereka yang diberi kemaafan membayar diat .”
Surah al- Baqarah ayat 178

Dengan perintah ayat ini manusia sama yang yakin puasa itu perintah Allah, dan wajib baginya menunaikannya, berkata atau berbuat seolah-olah hukum-hukum Allah seumpama qisas itu tidak wajib, serta tidak berdosa ditinggalkan. Bila umat Islam jadi seperti itu, maka tidak menghairankan, jika masyarakat bukan Islam menolak atau menentang….(sementelah mungkin kerana mereka tidak faham).

Persoalannya, mengapakah sesetengah umat Islam yang beriman dengan ayat al-Quran yang mewajibkan puasa di Bulan Ramadhan, tetapi tidak beriman dengan kewajipan tuntutan menegakkan Hukum Islam seperti Qisas ?. Adakah dibolehkan kita beriman dengan sebahagian ayat al- Quran dan engkar dengan sebahagiannya yang lain ? Sedangkan jika seseorang menolak salah satu atau sebahagian Rukun Iman atau Islam, maka yang lainnya akan tertolak juga . Ataupun mereka ini termasuk di dalam golongan yang dinyatakan Allah di dalam kitab sucinya,
Artinya ; Adakah kamu beriman dengan sebahagia kitab dan kamu engkar dengan sebahagian yang lain

Monday, October 3, 2011

HUDUD (2) Hati-hati.

Akur.....kita adalah hamba.

Mana ada pilihan bagi hamba, melainkan patuh.



Izinkan saya mencelah lagi berkaitan isu HUDUD.


Mahu tidak mahu, kita wajib memperakui bahawa hukum HUDUD adalah hukum Allah, termaktub didalam Al-Qur’an, sedang Al-Qur’an adalah dari Allah. Maka persoalan sikap manusia berkaitan dengan HUDUD itu juga, pasti dapat juga dinilai dari Al-Qur’an seumpama 3 ayat yang berikut;


Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”
(Al-Maidah: 44)
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang dzalim.”
(Al-Maidah: 45)
“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.”
(Al-Maidah: 47)


Sila dapatkan pentafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang mu’tabar, serta pandangan para ‘ulama yang ikhlas serta jujur dengan ilmunya.


Jadi …..dimana kita ?

Sunday, October 2, 2011

HUDUD (1) Cakap biar serupa bikin

Mohon maaf.
Mohon keizinan saya mencelah berkaitan isu terkini, HUDUD

Pada 2hb Oktober 2011, 1,809 perwakilan MCA meluluskan enam resolusi utama, keputusan Jawatankuasa Pusat parti itu, pada Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Diantaranya, mereka menolak pelaksanaan hukum hudud, dengan hujjah ia bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu.

Wahai tuan-tuan dan puan-puan sidang perwakilan sekalian dan mereka yang sependapat dengan kalian. Kalian menolak perlaksanaan hukum hudud atas alasan ia dikatakan bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu.

Jika itu alasan dan hujjahnya, sebenarnya penolakan kalian tidak berpegang pada prinsip kebebasan beragama yang kalian laungkan. Hukum hudud adalah perintah Allah, dan ianya menjadi kewajipan kami untuk melaksanaannya. Melaksanakannya adalah amalan agama, mendapat pahala. Sedang meninggalkannya, satu kesalahan pada sisi agama, serta mendapat dosa.

Itupun juga merupakan hak asasi individu kami dalam beragama.

Kalian menentang…… dimana kebebasan kami ummat Islam dalam beragama? Kebebasan kami untuk melakukan segala amal dalam agama kami ? Hak asasi individu kami sebagai orang Islam ?

Lagi pula hukum hudud yang dicadangkan hanya bagi kami orang Islam. Tiada kena mengena dengan kalian. Kenapa sibuk…?

Wednesday, September 28, 2011

Ayuh .....!!!

Pembinaan rancak 1,100 unit perumahan baru di atas tanah yang dirampas.

Terkini, Israel telah mengumumkan rancangan pembinaan 1,100 unit perumahan baru di atas kawasan yang diduduki Gilo di Tenggara Jurusalem. Ia telah di umumkan secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri, penjajah haram Israel.

Menurut Kementerian Dalam Negeri penjajah haram berkenaan , pembinaan boleh dimulakan selepas masa 60 hari, waktu wajib tempoh pendengaran awam, sebagai satu formaliti

Namun menurut Cal Perry, wartawan dari Al Jazeera, yang melapurkan dari Jerusalem, mengatakan bahawa pembinaan penempatan haram itu telah bermula di Gilo. “ Ia dianggarkan Cuma mengambil masa sekitar 2 tahun untuk projek itu disiapkan , dan sedia untuk diduduki.”

Kuasa-kuasa besar dunia seperti biasa berlakun menjerit di atas tindakan tidak bertamadun Israel itu.

Pertubuhan Negara-negara Islam pula, sudah lama jadi bisu, buta dan tuli, seumpama sudah hilang fungsi. Apa lagi yang dapat diharap dari pertubuhan-pertubuhan dunia yang lain, yang selamanya tidak akan berpihak pada Islam, atau sekurang-kurangnya memberikan keadilan walau dalam aspek kemanusiaan, bila bertembung kepentingan antara umat Islam dan bukan Islam.

Begitulah sebenarnya hakikat Yahudi Israel. Berbohong, enggan patuh pada resolusi, tidak menghormati hak orang lain, tidak setia dengan perjanjian dan segala onar yang lain.

Namun apa yang nak dihairankan, kebanyakan Nabi dan Rasul telah dibohongi dan dikhianati oleh datuk nenek mereka dahulu. Sebahagian besar kisah kedurjanaan bangsa mereka Allah rakamkan dalam Al-Qur’an al-Karim. Rasulullah saw juga mereka khianati dalam peristiwa Khandak. Apalagi dengan manusia biasa seperti kita.

Jadi apakah jawapannya terhadap semua ini?
Tiada lain melainkan….JIHAD !!!

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim

Monday, September 19, 2011

Kata mutiara sipemburu syahid (3)

Asy Syahid Syed Qutb, lahir pada 9 Oktober 1906. Mendapat pendidikan pertama di rumah orang tuanya, yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun, Asy Syahid Syed Qutb di hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an, dan akhirnya berjaya menghafal seluruh Al-Qur`an. Diperakui sebagai intelektual Mesir, pendidik, aktivis Islam, penyair, penulis revolusioner dan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Hasan Al-Banna. Salah satu arkitek utama dalam kebangkitan Islam terkini, bersama Abul A'la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan.


Asy Syahid Syed Qutb sebenarnya adalah sumber inspirasi, pencetus buah fikiran, motivasi bagi jutaan pendokong Islam seluruh dunia bagi kembali menghayati sebenar-benarnya ajaran Islam dalam kehidupan, merubah teras politik dan sosial, mencerminkan prinsip-prinsip Islam hakiki. Beliau adalah tokoh sebenar yang bulat berjuang untuk agama, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah, seorang Mukmin yang begitu kuat keyakinannya, sehingga berupaya mempersembahkan nyawanya kepada keyakinan dan akidah yang diyakininya.

Karya tulisannya masih di hirup segar hingga kini, sedia diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di dunia. Antara tulisannya yang terkenal awalnya berjudul 'Keadilan Sosial Dalam Islam', 'Masyahidul Qiamah Fil Qur'an', 'Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam',. Beberapa karya Asy Syahid Syed Qutb lainnya adalah: 'Haaza ad Din', 'Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-diin', 'Khashaish Tashawwur Al-Islami', 'Ma'alim Fi Thariq', dan tafsir 'Fii Zilalil-Qur`a'n'.

Asy Syahid Syed Qutb menghabiskan bertahun tahun usia terakhirnya dalam penjara. Mencurahkan seluruh jiwa dan fikirannya yang luar biasa dalam tulisan- tulisannya dengan ungkapan kata indah, penuh makna dengan nilai sastra yang tinggi. Semua yang membacanya, dapat merasakan semangat hebat , lantunan fikiran serta getar rohaninya yang segar bertenga, tercantum hebat dalam karya-karya tulisannya. Semuanya berputar dan berhubungkait dengan konsep al-Tauhid Uluhiyyah, yakni hak Allah dari sudut Al-Hakimiyyah dan Al-Tasyri' (pembuatan peraturan). Kerananya,( ikrar 'Lailaha ilalLah') adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.

Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan Al-Ikhwan Muslimun dan pimpinannya ditangkap, difitnah merancang rampasan kuasa. Tanpa bukti yang jelas, 7 orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Tetapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Asy Syahid Syed Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Asy Syahid Syed Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tetapi Pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Asy Syahid Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Alasannya adalah kerana Asy Syahid Syed Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Asy Syahid Syed Qutb terutama Maalim Fit Thariq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.
Asy Syahid Syed Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Asy Syahid Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Asy Syahid Syed Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar beliau dibebaskan. Tetapi Asy Syahid Syed Qutb dengan tegas menjawab;
" Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa Tiada ILah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. "

Beliau juga mengatakan; " Ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat La Illaha illa Allah, sementara engkau mencari makan dengan La Ilaha illa Allah!," ketika agamawan suruhan pemerintah Mesir meminta beliau mengingati Allah s.w.t sementara menunggu untuk dihukum gantung.

Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Asy Syahid Syed Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail.

Sungguh dunia Islam telah kehilangan sebuah permata, pejuang yang telah mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid. Menjual harta dan dirinya kerana Allah, jual beli yang pasti untung, sebagaimana janjiNYA.

Firman Allah swt bermaksud;
" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah SWT dan berjihad pada jalan-Nya dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(Surah As-Shaf ayat 10)
Untuk kita Asy Syahid Syed Qutb memesan;

SAUDARA!
SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,
DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMU
MAKA DI ATAS TULANG-TULANGKU
YANG HANCUR LULUH,
NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........
TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA

SAUDARA!
KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANAN
MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU
TAMAN-TAMAN DI SYURGA
TUHANKU BANGGA MENERIMAKU
BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU
BAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI

SAUDARA!
PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR
DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI
BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYA
JANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADI
NUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........

Allahu Akbar !

Sunday, September 18, 2011

Berterusan mencabar Tuhan





Mass nude photo shoot in Dead Sea


Dawn over the lowest spot on earth illuminated a Dead Sea very much alive on Saturday, as more than 1,000 floating nude Israelis posed for a mass shoot by US photographer Spencer Tunick.

The project, Tunick's first in the Middle East, is part of a bid to boost Israel's campaign to have the salt-saturated feature recognised as one of the world's seven natural wonders in a global online vote in November.

Experts warn that the Dead Sea could dry out by 2050 unless urgent steps are taken to halt its demise. The Dead Sea's surface level is plunging by about a metre (39 inches) each year, and the shoreline has receded by more than a kilometre (0.6 mile) in places, according to some estimates.

For Tunick, a Jewish American who has arranged naked human bodies over prominent landscapes and landmarks ranging from a Swiss glacier to the Sydney Opera House, a nude installation is an indicator of a host country's openness.

"In some places the work is a little bit more controversial, and then in other places the works are accepted as a litmus test for how free a country is, or how open a country is, and how full of rights a country is," he told a pre-shoot press briefing.

But organisers kept the location secret until the last moment to secure it, and there were no hitches to the two-hour session at the Mineral Beach complex, not far from where tradition says the biblical cities of Sodom and Gomorrah, irreparably overrun by sin, were destroyed by God along with their inhabitants. Tunick, who grew up in the largely Hassidic community of South Fallsburg, NY, said in the briefing that he could understand how religious people could find his work offensive.

"That's why I've decided to do the work on Saturday (the Jewish Sabbath), so no-one would be walking by and see a naked person half a mile away and be offended," he said.

(Walaupun mereka sedar dan tahu bagaimana Allah telah binasakan kaum mereka yang terdahulu dalam peristiwa ‘Sodom dan Gomorrah’ dan peristiwa hari Sabtu).


"I'm glad I was able to take part in an event aimed at saving the Dead Sea," he said as the shoot wrapped. "You can really see how the waterline recedes every year."


(Rasa gembira dan bangga.?)


"If you love freedom in New York, freedom in London, freedom in Italy... there's freedom in Israel, and I think this is very important for people to understand."


(Bebas dari ikatan agama.?)

Friday, September 16, 2011

Bicara orang 'Arif (4) Ikhlas-lah...

Syaikh Ibnu “Atha’illah berpesan;
Aneka ragam amal itu disebabkan berlimpahnya ahwal yang datang menyelinap kedalam kalbu. Amal adalah potret (tubuh) yang berdiri, sedangkan rohnya adalah keikhlasan yang ada di dalamnya.”



Ulasan Syaikh Sa’id Hawwa dalam hal ini:
Sebenarnya pada sisi Allah ada amal soleh yang hidup, ada pula amal soleh yang mati. Yang hidup adalah amal yang dibungkus keikhlasan. Inilah perkara yang paling signifikan terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan seruan menuju Allah. Seumpama mereka yang sibuk di bidang dakwah menuju Allah, samada menuntut ilmu mahupun mengajar, jika ikhlas, maka amal-amal mereka itu hidup.



Faktor inilah yang mewarnai suasana dunia, dan menjana nafas kehidupan bagi umat manusia. Orang yang menyerukan agama Allah dengan ikhlas, maka dakwah yang keluar dari mulutnya akan terasa lebih hidup, lebih mengesankan, lebih besar impaknya dan lebih jernih pengaruhnya dalam kalbu. Pada umumnya, tidak ada nafas kehidupan dalam suatu amal, kecuali kalau di dalamnya terdapat keikhlasan kerana Allah.



Salah satu cara untuk memancangkan keikhlasan dalam jiwa kita adalah bahwa sebelum beramal hendaknya masing-masing dari kita bertanya pada diri sendiri, apakah ia melakukan suatu amal kerana menginginkan redha dan balasan dari Allah, kerana keinginan peribadi atau kerana perihal duniawi. Dari sinilah hendaknya ia mula-mula membetulkan niatnya, lalu berangkat, dan seyogianya waspada agar tidak menanggalkan amal tersebut. Ini adalah masalah yang urgen, kerana banyak orang yang lantaran khuatir terhadap riya’, mereka lantas tidak melakukan apa-apa. Ini adalah salah satu pintu masuk syaitan kepada manusia untuk mencegah mereka dari melakukan amal yang soleh.


Kerana itu sebahagian dari mereka kalangan sufi, menganggap bahawa meninggalkan suatu amal kerana manusia adalah riya’ dan melakukan amal kerana manusia adalah syirik.


Tidak syak lagi adalah diwajibkan untuk beramal dengan ikhlas, kerana itu bekerjalah dan berusahalah dengan segala kesungguhan untuk merealisasikan keikhlasan, kerana amalmulah yang membimbingmu menuju keikhlasan. Sekiranya hati redup, dan nur keikhlasan yang ada di dalamnya pun lemah, lantas apakah yang bisa membuat keikhlasan menjadi besar? Tiada lain melainkan amal soleh.

Wednesday, September 14, 2011

Kata mutiara sipemburu syahid (2)

Dalam misi ke Mu’tah itu Abdullah bin Rawahah memacu kuda, dan di belakangnya ditumpangi oleh Zaid bin Arqam. Pada satu malam, di perjalanan itu Zaid terdengar Abdullah bin Rawahah berpuisi seolah-olah ditujukan kepada kudanya:

Bila tujuanku telah engkau dekatkan
Dan pelanaku telah engkau bawa
Sejauh empat hari berjalan
Setelah meninggalkan desa Hisa’
Disana bahagiaku nanti
Aku tidak akan kembali lagi
Ke tanah tempat lahirku

Para Mujahidin Mu’minin
Datang dan pulang kembali
Aku mereka tinggalkan
Di tanah Syam yang subur
Dan dalam waktu yang dekat
Engkaupun akan berangkat
Menghadap Malikurrahman….

Di sana nanti….
Aku tidak peduli lagi
Pucuk muda yang segar
Atau korma tua yang layu
Kerana hakikatnya sama.

Mendengarnya Zaid menangis teresak-esak.
Abdullah berkata : “ Mengapa engkau berduka, kalau Allah akan menghadiahkan kepadaku syahid……..”

Sewaktu kedua pasukan berhadapan dengan jumlah bilangan yang tidak seimbang, hampir saja menggoncangkan keutuhan tentera Muslimin, Abdullah Bin Rawahah tampil bangkit berpidato membakar kembali semangat seluruh tentera Muslimin.

“ Saudara-saudara kita kemari, adalah untuk memburu syahid, lalu mengapa kini kita takut menyongsong apa yang kita idamkan? Ingat, saudara-saudara, bahawa kita tidak berperang dengan jumlah yang banyak dan tidak pula dengan kekuatan kebendaan, tetapi kita memerangi mereka dengan kekuatan agama yang kita yakini, yang dengannya kita mulia di sisi Allah. Ayuh kita teruskan dengan hati yang tabah, pasti nanti kita akan mencapai satu diantara dua kebaikan; SYAHID atau MENANG.”

Benar sebagaimana pesan Rasulullah saw, setelah kedua-dua Panglima Besar Zaid bin Haritsah dan Ja’far bin Abu Thalib gugur syahid, Abdullah bin Rawahah bergegas tampil mengomandan tentera Muslimin seraya bersajak:

Wahai diriku yang bimbang
Kalau tidak membunuh, engkau dibunuh
Ini telaga kematian
Sedang menanti mangsanya….

Kecintaan ku selama ini
Kini telah berwujud
Jika jejak Zaid dan Ja’far
Kau turuti, pasti bahagia.

Kalau kau mengundur diri
Kecelakaan telah menanti….

Wahai diriku yang celaka
Mengapa engkau tak suka kan Syurga ?
Berjanjilah dengan nama Ilahi
Bahwa engkau akan menuju Firdausi

Dengan sukarela engkau ke Syurga
Atau engkau tak ingin menempatinya?
Ah… alangkah lamanya
Engkau tenang bahagia….

Bukankah engkau hanya
Segumpal darah yang hina
Yang telah mengajak manusia
Menyembunyikan genderang perang ?

Maka menerpalah beliau ke tengah-tengah lautan musuh, menghayunkan pedang dan tombaknya, memberikan pukulan kematian yang bukan sedikit kepada tentera musuh. Namun akhirnya cita-cita Abdullah bin Rawahah di sampaikan Allah jua.

Setelah berita perang Mu’tah sampai kepada Junjungan Rasulullah saw, Baginda berujar antaranya ; “ …….Setelah itu mereka bertiga dibawa ke hadapanku dalam Syurga di atas geta emas tempawan…….”

Allahu Akbar !

Monday, September 12, 2011

Kata mutiara sipemburu syahid (1)

Wahai……..,
Syurga nan ni’mat sudah mendekat…..,
Minuman segar, tercium harum…..,
Tetapi….., engkau Rom…..! Rom…..! menghampiri siksa,
Dimalam gelap gelita, jauh dari keluarga !
Tugasku…………… menggempurmu……!




Pada tahun ke 8 Hijrah, Rasulullah saw menyiapkan satu pasukan tentera untuk menghadapi tentera kuffar Rom di Mu’tah. Zaid bin Haritsah Baginda saw angkat sebagai komandan, meminpin sekitar 3000 orang tentera Muslimin.


Disaat pasukan hampir berangkat Rasulullah saw berpesan; “Seandainya Zaid tewas, atau tercedera, maka komandan hendaklah digantikan oleh Ja’far bin Abi Thalib. Sekiranya Ja’far gugur atau cedera, dia digantikan oleh ’Abdullah bin Rawahah. Apabila ‘Abdullah bin Rawahah cedera atau gugur, maka hendaklah kaum muslimin memilih seorang komandan diantara mereka.”


Setibanya pasukan di Mu’tah, sedia menanti mereka pasukan Rom dengan kekuatan 100 ribu tentera berpengalaman yang terlatih, dengan persenjataan yang lengkap, ditambah dengan 100 ribu tentera militia, terdiri dari beberapa kabilah Arab Nasrani.


Dengan kedua pasukan yang tidak seimbang, pertempuran segera berkobar dengan hebatnya. Saat desingan dan percikan api pertembungan senjata memuncak Zaid bin Haritsah gugur sebagai syuhada’ kala sedang merempuh ke tengah-tengah musuh. Ja’far segera menyambar panji komando Rasulullah saw, dari tangan Zaid, sebelum sempat menyentuh bumi atau di musnahkan musuh. Dijulangnya tinggi-tinggi sebagai tanda kepimpinan kini sudah beralih ke tangannya. Barisan musuh dirempuhnya, sedang pedangnya menari kekiri kanan meroboh benteng musuh durjana. Entah berapa ratus kepala tentera Rom tercabut dibantainya, menerpa musuh seumpama singa yang lapar. Namun akhirnya musuh berjaya mengepungnya.
Ja’far berputar-putar dengan pedang pantas menemui sasaran, sambil dia bersenandung dengan bait-bait mutiara indah;


Wahai……..,
Syurga nan ni’mat sudah mendekat…..,
Minuman segar, tercium harum…..,
Tetapi….., engkau Rom…..! Rom…..! menghampiri siksa,
Dimalam gelap gelita, jauh dari keluarga !
Tugasku…………… menggempurmu……!

Suatu ketika tangan kanannya putus dilibas musuh, tangan kirinya pantas menyambar panji komando Rasulullah saw. Waktu tangan kirinya terkulai di rentap pedang musuh, dipeluknya panji komando Rasulullah saw dengan kedua lengannya yang putus.

Akhirnya komandan agung Ja’far bin Abi Thalib gugur, sebagai syuhada’.

Lantaran itu Rasulullah saw berujar;
“ Aku melihat sungguh Ja’far berada di dalam Syurga. Dia mempunyai dua sayap berlumuran darah dan bertanda di kakinya.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.