RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, October 30, 2010

Kata-kata hati (24) Kami meredhaimu

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Anak..

Barangan yang pernah anak gunakan tidaklah mahal jika diukur dari sudut nilai wang ringgit. Namun disudut nilai yang tersirat ianya tidak dapat dihitung. Ia membawa seribu pengertian dan seribu makna. Pasti ia tiada akan dapat ditukar ganti. Begitulah…segalanya kami simpan rapi. Itulah juga yang menjadi pendorong kami untuk ke UMT, dan ke bekas rumah sewa anak yang terletak sekitar 5 minit perjalanan dari UMT.

Gambar paparan nama di dalam telefon bimbit anak di atas, adalah sebahagian kecil dari yang abah maksudkan. Anak, abah, ummi dan mereka yang pernah memiliki seorang buah hati seumpama anak, serta pernah merasakan indah dan bahagianya hidup dalam satu keluarga sahaja, yang sebenarnya mampu memahami serta menggambarkannya. Pun begitu, tidak mudah untuk melukiskannya melalui kata-kata.

Jika pernah di marah, teguran keras, atau seumpamanya bukan bererti benci. Marah, adalah lantaran sayang yang amat. Membiarkan anak lepas-laku, tanpa dipandu, terutama dalam hal yang tidak patut adalah sebenarnya tidak menyayangi anak.

Anak…

Sebagimana anak menyayangi kami, (ummi abah), tinggi lagi kasih sayang kami. Orang kata, ‘ kasih sayang ibu (terutamanya) tidak bertepi.’ Rasanya tidak kurang juga bapa. Cuma bapa terkadang tidak mempamerkan sayangnya sebagaimana ibu.

Bagaimanapun anak….

Kami semuanya meredhai anak, semuanya redha, halal dan maafkan. Moga dengan redha kami setulusnya, anak telah mendapat redha TUHAN di ‘sana’.

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
“ Barangsiapa yang membuat suka hati ibu-bapanya, maka sesungguhnya ia menyukakan Allah, dan barangsiapa yang membuat ibu-bapanya marah, maka sesungguhnya ia berarti membuat Allah murka.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan bapa, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan bapa.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.”

Wednesday, October 27, 2010

Mohon kepada yang tidak punya....?


Kita sering mengadu keperluan kita kepada makhluk, dalam berbagai ragam keadaan dan hajat tujuan. Maka diwaktu-waktu yang tersebut wajar kita menginsafi serta ingat dengan sebenar-benarnya bahawa hati makhluk tersebut berada dalam genggaman Allah. Seandainya Allah tidak menggerakkan serta tidak membukakannya untuk kita, maka pasti kita tidak akan memperoleh apa-apa yang kita hajatkan.

Oleh hal yang demikian, jika kita meminta kepada makhluk, ingatlah Allah. Jika kita mendatangi tempat bekerja kita, samada dengan sesiapa sahaja, ingatlah Allah, kerana Allah-lah yang Maha Memberi segala-galanya.

Ketika kita meminta kepada makhluk, ingatlah bahawa sebenarnya kita memohon kepada Allah. Kerana Allah-lah yang memiliki dan punya segala-galanya, makhluk tidak punya apa-apa. Jika kita tidak menyedari yang demikian itu, itu adalah pertanda bahawa kita jauh dariNYA
Syaikh Ibnu 'Atha'illah berujar;

" Dan permohonanmu kepada selain DIA (Allah) disebabkan engkau jauh dariNYA."

Berarti bukti kedekatan kita kepada Allah adalah kita memohon kepadaNYA, dan jika kita meminta kepada selain DIA, kita harus selalu mengingatNYA.

Syaikh Sa'id Hawwa mengatakan;

" Inilah makna ungkapan 'al-hamdu li-Illah'. Alif dan lam disini menunjukkan istighraq (meliputi keseluruhan). Maka dari itu, segala puji bagi Allah dan tidak ada satu macam pujian pun kecuali pada akhirnya bagi Allah, hingga ketika aku memuji makhluk, maka aku tidak memujinya kecuali kerana sesuatu yang kalau tidak kerana Allah, maka tidak akan ada."

Ya Allah anugerahkan kami keyakinan itu.....

Thursday, October 21, 2010

Lajak jangan terlalu jauh.

Sering kali terjadi pada sesaorang, sewaktu ia ingin menuju Allah, ia tersasar, gelincir melakukan kesalahan dosa, samada lisan, mahupun perbuatan, sedangkan dalam waktu yang sama ia menyedari bahawa kurnia Allah kepadanya terus mencurah, sehingga ia pun berterusan di dalam keadaan menyimpang dan beradab yang buruk itu.

Dalam keadaan lain sesaorang sudah sekian lama bergelumang dengan dosa. Persoalan dan batas-batas syara' bukan lagi jadi pertimbangan, sedang dalam waktu yang sama ia juga menyedari bahawa kurnia Allah kepadanya terus mencurah, sehingga ia pun berterusan di dalam keadaan menyimpang dan beradab yang buruk itu.

Lebih jauh, dalam keadaan tersebut,ada kalanya ia merasakan bahawa ia memiliki 'karamah' dari Allah, hingga ia tidak dihukum kerana kemaksiatan yang dilakukannya itu. Bahkan sampai kepada anggapan bahawa segala kesalahan dosanya itu bukan lagi kesalahan.

Namun hakikatnya hukuman bagi keterlanjuran maksiat dan dosa itu tetap ada, walaupun orang berkenaan tidak merasakannya, kerana salah satu sunnah Allah Yang Mahamulia adalah, tidak akan berlalu satu dosa, kecuali dengan satu hukuman, walaupun Allah kadang memaafkan. Allah menjanjikan keampunan kepada kita, jika kita benar-benar bertaubat. Meskipun begitu, walaupun kita sudah bertaubat, kadang dosa tidak juga dihapuskan kecuali dengan hukuman. Begitu pengajaran dari kisah Nabi Adam as, walaupun Baginda telah bertaubat, dan Allah pun sudah memberikan keampunan kepadanya, namun Nabi Adam tetap juga diberikan hukuman dengan diturunkan Baginda ke dunia.

Ada beberapa jenis hukuman yang tidak disedari oleh sesaorang. Dan inilah yang pernah di ingatkan oleh Syaikh Ibnu 'Atha'illah ;

" Hendaklah engkau takut jika Allah memberikan kebaikan kepadamu, sedang engkau selalu berbuat keburukan terhadapNYA, jangan-jangan hal itu merupakan istidraj bagimu. 'Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (istidraj) (kearah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.' (Al-Qalam:44) " Diantara kebodohan murid adalah, jika ia beradab buruk lalu ditunda hukuman dariNYA, sehingga ia berkata ; Andai (sikap/perbuatan/kesalahan) ini adalah adab yang buruk, nescaya diputuskanlah bantuan-bantuan (Allah), dan nescaya IA akan menjauhkan (diriku dariNYA).' Sesungguhnya bantuan itu telah diputuskan dariNYA, hanya saja dia tidak merasa, meski hal itu hanya berupa tercegahnya tambahan bantuan. Kadang pula ia diletakkan di tempat yang jauh yang tidak ia ketahui, meski hal itu hanya berupa ketidakpedulianNYA terhadapmu dan membiarkan apa saja yang engkau (dia) kehendaki."

Secara mudah, jika sesaorang berbuat kemungkaran, tapi kebaikan tetap diberikan kepadanya, boleh jadi itu merupakan istidraj, dan hal ini adalah suatu hukuman, kerana istidraj itu mendahului hukuman, samada hukuman dunia mahupun akhirat.

Sayugia, kerana itu kita harus sentiasa berawas, kerana walaupun hukuman itu hanya berupa ketidakpedulianNYA terhadap kita, dan membiarkan apa yang kita kehendaki, membiarkan kita dan menyerahkan segenap beban kapada diri kita, itu pun sebenarnya sudah terlalu berat bagi kita. Hal yang demikian kerana seorang Muslim berhajat senantiasa kepada Allah agar Allah menolongnya dalam segala urusan dan memohon agar Allah tidak membebankan kita kepada diri kita sendiri, sebagaimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud;

" Ya Allah, janganlah Engkau serahkan kami kepada diri-diri kami sendiri..."

Jika Allah menyerahkan kita, kepada diri kita sendiri, maka itu adalah suatu hukuman. Mari kita memperbaiki diri kita , mana tahu kita telah berbuat engkar terhadap Allah atau mahklukNYA.

Wednesday, October 20, 2010

Kata-kata hati (23) susahnya menyambung risalah Rasul saw

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak ,


Pada 16hb Oktober 2010 hingga 18hb Oktober 2010, abah ke UMT untuk menyelesaikan beberapa urusan anak. Nanti abah akan tulis beberapa hal yang perlu berkaitan dengannya. Cuma untuk permulaan berhubung dengannya, abah mulakan dengan data yang anak simpan di dalam pen drive anak yang berwarna 'purple', sebuah catatan seakan seloka. Penuh makna, pengajaran, dan peringatan.....

Darinya tergambar segala susur galur kehidupan anak dalam menempuh onak duri da'wah, menyambung risalah Rasulullah.... Hiba dan terharu.

.....ORANG TABLIGH.......

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga, Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita, Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada, Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2, Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!
“Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi (persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat, Fikir risau, camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2, tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat, Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.

Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
“Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,”I can’t go..sorry!
“Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
“Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi, Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!” Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah, x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2, Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja…

Orang Tabligh,
Seluruh dunia…naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje…
Ikhlas,..no sponsor….no subsidy…..passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja…nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru…sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut…kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye…
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M’sia ni…

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can’t blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah…Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism, M’sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..

Tak mengapalah anak....

Moga Allah terima 'amal anak semunya, diberikanNya ganjaran atas susah payah, penderitaan, kesabaran anak dan segala-galanya....

Ameen..

Saturday, October 9, 2010

UKHUWWAH


Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat : 10
" Sesungguhnya orang-orang Mu'min itu bersaudara ".

Firman Allah dalam Surah Ali Imran : 103
“ Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu ia jinakkan antara hati-hati kamu, lantas dengan nikmat Allah kamu jadi bersaudara.”

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal : 62
" Dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka (orang-orang yang beriman ). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara ( hati ) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ".

Firman Allah dalam Surah Al-Maidah : 3
"Dan tolong menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan ".

Pengajaran dari Sirah.

Diantara perkara terawal yang dilakukan oleh Ar-Rasul setelah peristiwa hijrah ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, sementara beberapa bangsa Arab yang terdiri dari pelbagai kaum dan kafilah telah juga bersatu dalam ikatan ukhuwwah tersebut. Mereka diikat diatas tunjang kekuatan aqidah Islam yang kukuh. Ia merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketaqwaan. Sesungguhnya tidak akan ada ukhuwwah tanpa iman dan taqwa dan begitu juga sebaliknya. Ukhuwwah tanpa iman dan taqwa tidak akan dapat bertahan dengan baik, lantaran persaudaraan yang terbina tanpa iman dan taqwa akan dihancurkan oleh kepentingan peribadi atau kepentingan kelompok tertentu, prasangka isi hati, hasad dengki dan sebagainya.

Dengannya terjelma perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama mereka. Semuanya terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini lahir keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya.

Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah riwayat At-Tirmidzi dari Abu Hurairah

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim lainnya. Dia tidak menganiaya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi pula keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan dan seorang Muslim suatu kesulitan, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dan kesulitan-kesulitan yang dihadapinya di hari kemudian. Barangsiapa yang menutup aibnya di hari kemudian”.

Kelebihan-kelebihan & ni'mat Ukhuwwah

Bagi mereka yang menghayati ukhuwwah dengan ikhlas, dijanjikan berbagai kelebihan dan ni’mat, antaranya;

1. Merasai manisnya iman

Sabda Rasulullah saw riwayat Bukhari & Muslim
“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api”.

2. Berada di bawah naungan Mahabbah Ilahi

Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim
“Bahawa apabila seseorang mengunjungi saudaranya di desa yang lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutnya. Ketika Malaikat bertanya: “Kau hendak ke mana?” Ia menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini”. Malaikat terus bertanya:”Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepadanya?” Dia menjawab: “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT". Malaikat berkata: “Sesunguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah mencintai orang tersebut kerana-Nya”.

3. Pengampunan dosa

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tabrani
“ Sesunguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa merekka berdua, meski sebanyak buih di laut.”

4. Pengurniaan wajah bercahaya

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud
"Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada', tetapi para Nabi dan Syuhada' mengingini keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka? " Rasulullah S.A.W menjawab : " Mereka adalah satu kaum yang cinta-mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tanpa hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita ketika orang lain berduka cita ".

5. Berada di bawah naungan Arasy

Sabda Rasulullah saw riwayat Muslim:
“ Sesunguhnya Allah SWT pada hari Kiamat berfirman: “Di manakah orang yang cinta-mencinntai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku”.

6. Mendapat syurga dan keredhaanNya

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Tirmizi
“Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipangil oleh Allah: “Berbahagialah langkahmu, dan engkau telah menyediakan tempat tinggalmu di syurga”.

Jika begitu menakjubkannya ukhuwwah, kenapa tidak kita usahakan dia sesungguhnya dan seikhlasnya....?

Thursday, October 7, 2010

Apa kata mereka..? & bagaimana sikap kita..?

Ramai yang kenal mereka, namun tidak ramai mengetahui hasrat dan keazaman mereka. Perhatikan kata-kata mereka .......
Tulisan Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan

" Bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Ucapan Theodore Hertzel di Persidangan yahudi di Basle, Switzerland : 1897) - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895)

" Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran."

Ucapan William Ewart Gladstone (mantan Perdana Menteri Britain zaman Queen Victoria di dalam Parlimen Britain ( 1809 - 1898 )

" Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini ." ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Begitulah mereka. Dan manusia seakan mereka berterusan wujud pada setiap zaman dan dalam negara serta persekitaran negara Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 217

"...Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf : 202

" Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)."

Tuesday, October 5, 2010

Ya-Muktasimah ! Ya-Muktasimah ! Ya-Muktasimah !


Bermula dengan ingin mengetahui perihal saudara-saudara seagama di bumi terjajah Iraq, teterjah beberapa laman sesawang antaranya ;


http://www.asiantribune.com/news/2009/10/03/rape-iraqi-women-us-forces-weapon-war-photos-and-data-emerge
http://www.aztlan.net/iraqi_women_raped.htm
http://antiisgood.wordpress.com/2007/10/01/photos-show-rape-of-iraqi-women/
http://www.care2.com/news/member/736158251/924496
http://womensspace.wordpress.com/2006/07/08/the-rape-of-iraq-part-2-warning-may-trigger/

Tak perlu saya muat turun gambar-gambar dan semua paparan tu....(tuan-tuan boleh lawati sendiri). Juga tidak pasti akan kesahihannya. Namun jika dinilai pada semua rekod tentera penjajah dalam waktu yang panjang sebelum ini, ianya hampir sukar untuk dinafikan.

Tak tahu nak gambarkan perasaan. Tercari-cari apakah kalimah yang boleh diucapkan. Terkedu, geram, kesal, kecewa, rasa bersalah dan segala-galanya. Semuanya kerana paparan (gambar-gambar) dan kisah yang menyentap jantung dan emosi.

Terdetik di hati, dimana lagi kita dapat mencari Al Muktasim, khalifah yang berhati mulia, walau disaat lemah , demi agama dan maruah seorang muslimah, disahutnya dengan jihad.

Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah itu, seorang muslimah dimalukan dan dijatuhkan maruah di depan khalayak oleh Yahudi keparat...? Lalu ia menjerit memohon pertolongan. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang muslimah itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran bala tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina itu.

Lalu insaf betapa lekanya kita dengan sindiran Tuhan lewat firmanNYA dalam surah An-Nisaa’ : ayat 75

" Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini ( mekah ) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!. "

Dan tercari-cari dimana letaknya pesanan Rasulullah saw (hadith riwayat Bukhari) dalam diri ?

" Perbandingan orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka bagaikan sebatang tubuh yang satu, apabila mengadu sakit salah satu anggota, turut menderita seluruh anggota badan yang lain dan berjaga malam dan demam. "

Aduhai berdosanya aku.....

Ya..Allah berilah aku kekuatan dan wariskan aku dengan kekuatan jiwa dan Iman Al Muktasim itu...

Monday, October 4, 2010

JIHAD - Kewajipan yang diabaikan (8)


Keutamaan serta tempat para syuhada.

Al-Quran dan Al-Hadith telah menyatakan tentang keutamaan para syuhada . Allah telah menyediakan bagi mereka tempat yang sangat terhormat di dalam Syurga. Ruh-ruh mereka Allah tempatkan di dalam burung-burung yang hijau warnanya , yang berterbangan bebas sekehendaknya kian kemari di atas sungai-sungai , memakan buah-buahan Syurga.

Rasullulah s.a.w bersabda; (hadith riwayat Muslim)

" Roh para syuhada berada di dalam burung berwarna hijau, bagi mereka lampu-lampu yang tergantung pada al-Arsy, mereka bersiar-siar di dalam syurga ke mana sahaja mereka mahu dan kemudian kembali kepada lampu-lampu tersebut.”

Rasulullah saw bersabda; (hadith riwayat Bukhari)

“ Sesungguhnya di Syurga itu terdapat 100 tingkatan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk para syahid fi sabilillah. Jarak diantara satu tingkat ke tingkat yang lainnya seperti jarak antara bumi dan langit. Jika kamu minta pada Allah mintalah Syurga Firdaus, kerana ia merupakan pusatnya Syurga dan merupakan Syurga yang paling mulia. Di atas Firdaus itulah bersemayamnya Arasy. Dan dari Firdaus jugalah mengalirnya sungai-sungai Syurga.”

Firman Allah Surah An-Nisa’ : 69-67

“ Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang di anugerahi ni’mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para Shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang sholeh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui.”

Begitulah Allah menjelaskan tentang posisi para syuhada. Allah menjadikan para syuhada sebagai sahabat-sahabat para Nabi, kerana para syuhada itu telah menunaikan tugas dengan taat dan serius dalam memperjuangkan kebenaran dan telah mengorbankan semua kemampuan yang mereka miliki kerana semata-mata li i’la’I kalimatillah (semata-mata mencari keridhaan Allah). Oleh itu mereka , para syuhada berada di syurga bersama-sama dengan para Nabi.

Kelebiham para syuhada'


Daripada al-Miqdam bin Ma’di Kariba r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (hadith riwayat Ibn Majah)

“Orang Syahid di sisi ALLAH mempunyai lima perkara: Ia diberi keampunan pada permulaan pancaran darahnya, ia melihat tempat tinggalnya dari bahagian Syurga, ia diselamatkan dari azab kubur, ia selamat dari kejutan maha besar (Qiamat), ia dipakaikan dengan pakaian iman, ia dikahwinkan dengan bidadari dan diterima pemberian Sya’faatnya pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.”

RasuluLLah saw bersabda;(hadith riwayat Bukhari)

Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keeahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.

Bersambung.............

Friday, October 1, 2010

JIHAD - Kewajipan yang diabaikan (7)

SYAHID

Syahid menurut bahasa bermaksud hadhir, yakni lawan dari ghaib. As-Syahid bererti orang yang menyaksikan apa yang dilihat dan didengarnya. Sementara menurut istilah agama syahid membawa pengertian orang yang terbunuh di jalan Allah kerana membela agama dan menolak permusuhan terhadap Islam dan kaum muslimin dengan niat semata-mata li'i'la'ikalimatillah.

Secara umumnya syahid terbahagi kepada 3 peringkat

1. Syahid dunia dan akhirat.
2. Syahid dunia
3. Syahid akhirat

Dalam perbincangan ini kita hanya akan menghuraikan syahid dalam konteks jihad fi sabilillah, dan itulah yang di istilahkan oleh ulama sebagai syahid dunia dan akhirat. Ia bermaksud, orang Islam yang terbunuh dalam perjuangan, 'perang sabil' atau fi-sabilillah dengan orang-orang kafir untuk mempertahankan dan menegakkan agama Allah, agama Islam, samada matinya dalam perjuangan tersebut lantaran dibunuh oleh orang kafir, atau kerana terkena senjata rakan seperjuangan, tanpa sengaja, atau pun kerana ia terbunuh lantaran terkena senjatanya sendiri.

Kelebihan orang yang gugur Syahid.

Firman Allah Surah At-Taubah ; 111

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain daripada Allah); Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan. Dan itulah kemenangan yang besar."

Firman Allah Surah Al-Baqarah ; 154

" Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu (bahwa mereka itu mati) bahkan sebenarnya mereka itu hidup, tapi kamu tidak menyedarinya."

Firman Allah Surah Ali Imran ; 169

" Janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

Firman Allah Surah Muhammad ; 4-6

" Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. sehingga apabila kamu dapat mengalahkan mereka, maka tawanlah mereka dan sesudah itu bolehlah kamu membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah apabila Allah menghendaki, nescaya Allah akan membinasakan mereka, tapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka."

Rasulullah saw bersabda (hadith riwayat Bukhari & Muslim

" Tidak ada orang yang sudah masuk Syurga, kemudian berangan-angan ingin kembali lagi kedunia, kecuali orang yang mati syahid. Ia berangan-angan dapat kembali kedunia lagi, lalu mati syahid lagi sehingga sepuluh kali."

Rasulullah saw bersabda (hadith riwayat Bukhari & Muslim)

" Tiada jiwa yang telah meninggalkan jasadnya yang menginginkan kembali lagi ke dunia, kecuali jiwanya orang yang syahid. Setelah ia merasakan betapa ni'matnya pahala syahid, maka jiwanya berangan-angan ingin kembali lagi ke dunia dan terbunuh sekali lagi."

" Andaikata aku ingin memberatkan ummatku, nescaya aku tidak akan duduk-duduk saja dibelakang pasukan perang yang aku kirim (sariyah) berperang di jalan Allah. Tapi aku tidak punya perbekalan untuk mereka berperang dan mereka juga tidak mempunyai perbekalan itu. Dan mereka menjadi berat kalau tidak turut berperang. Dan sungguh aku ingin sekiranya aku dibunuh dalam perang di jalan Allah, lalu aku dibunuh sekali lagi, seterusnya aku hidup lagi, lalu dibunuh sekali lagi."

Rasulullah saw bersabda (hadith riwayat Ahmad & Ibnu Majah)

" Tidak akan kering-kering tanah-tanah yang tersiram darah syahid sebelum dua orang bidadari datang, tergopoh-gapah seumpama dua ekor kijang yang kehilangan anaknya di padang yang luas. Dan di tangan setiap bidadari itu pakaian yang sangat bagus, melebihi indahnya dunia dan segala isinya."

Rasulullah saw bersabda (hadith riwayat Abu Daud)

" Pada waktu saudara-saudara kamu gugur dalam perang Uhud, Allah memasukkan ruh-ruh mereka ke dalam burung-burung yang hujau warnanya, yang berterbangan kesana kemari di atas sungai-sungai, memakan buah-buahan syurga dan tinggal dalam temaramnya lampu-lampu emas di bawah naungan Arsy. setelah mereka merasakan betapa ni'matnya makanan Syurga dan melihat-lihat tempat kediaman mereka yang indah-indah, mereka berkata ; Andaikata saudara-saudara kita mengetahui tentang penghormatan yang diberikan Allah kepada kami dan mengetahui keadaan kami , nescaya mereka (saudara-saudara kita itu) tidak akan merasa takut berjihad dan tidak akan lari dari pertempuran. Allah berfirman; Akan Aku beritahukan keadaan kalian kepada mereka, lalu turun ayat: " Janganlah kamu mengira orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

Rasulullah saw bersabda (hadith riwayat At-Tirmizi & Ad-Darimi)

" Laki-laki yang mati terbunuh itu ada tiga jenis. Pertama ialah laki-laki yang mu'min yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya, sampai ia terbunuh di medan pertempuran, itulah yang dinamakan mati syahid pilihan, kelak akan berada dalam naungan Allah di bawah ArasyNya. Allah akan menempatkan orang tersebut pada derjat kenabian. Kedua orang mu'min yang pada dirinya penuh dosa dan kesalahan, tapi ia berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya sampai ia terbunuh di medan pertempuran. demikian itu adalah orang yang bersih dan hapus segala dosa dan kesalahannya, kerana pedang dapat menghapus segala dosa dan kesalahannya. Dan akan masuk Syurga dari pintu mana sahaja. Dan sesungguhnya Syurga itu mempunyai 8 pintu dan Neraka Jahannam mempunyai 7 pintu, dan satu pintu dari satu pintu lainnya lebih rendah. Ketiga adalah laki-laki munafik yang turut berjuang dengan harta dan jiwanya di jalan Allah, sampai ia mati terbunuh di medan pertempuran. tapi ia akan dimasukkan ke Neraka, kerana pedang tidak dapat menghapus kemunafikan."

Bersambung......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.