" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."
YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih
Thursday, April 3, 2014
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
Wednesday, August 14, 2013
Kata-kata hati (41) Hari Raya.
Anak….
Bukankah Baginda Ar-Rasul berpesan
Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?”
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (H.R Imam Ahmad)
Apatah lagi jika kita melihat peringatan Allah lewat ayat berikut ;
Thursday, May 30, 2013
Kata-kata hati (40) Luruskan hati..
Tuesday, January 8, 2013
Kata-kata hati (39) Mari peduli...
Sewaktu kita bermukim di Jalan Kalabakan, Sabak Bernam, syukur…, anak diberiNYA kekuatan dapat konsisten ke surau yang terletak di sebelah belakang pondok kita. Sebuah surau yang kukuh indah, dengan penduduk persekitaran yang boleh tahan padat. Seperti dikebanyakan tempat lain, yang hidup beragama tidak subur, surau hanya kelihatan meriah setiap kali ada jamuan kenduri tahlil pada malam Jumaat. Diwaktu-waktu lain, sembahyang berjamaah kerap kali gagal untuk didirikan. Waktu Subuh, Zohor dan Asar adalah waktu-waktu yang sangat kritikal.
Monday, December 31, 2012
Kata-kata hati (38) Mudah-mudahan Allah.....
Friday, May 4, 2012
Kata-kata hati (37) Dikejauhan
Barang-barang peninggalan anak masih banyak yang belum dapat abah teliti. Namun segalanya terasa masih segar dalam ingatan kami semuanya. Walaupun kami semuanya semakin kuat dan tabah, namun dalam beberapa siri cuti semester yang baru berlalu, setelah semua adik beradik anak pulang ke rumah, ketiadaan anak tetap juga sangat meruntun kalbu. Mujur ummi anak kuat, jadi semua kami terdorong untuk perlu lebih kuat.
Dalam pada itu, Abah, Ummi dan lainnya saban hari tidak pernah lupa, (dan mudah-mudah Allah lindungi kami dari sifat lupa) dari mengirimkan anak hadiah bacaan ayat-ayat suci, zikir dan sebagainya. Moga adalah kiranya diperkenankan Allah dan sampai pahala bacaan semuanya.
Kitab-kitab yang anak tinggalkan kerap juga menjadi bahan rujukan dan bacaan untuk kami yang tinggal, dan ada waktunya abah jadikan bahan tazkirah pada setiap pagi diwaktu perhimpunan pekerja ditempat kerja abah. Abah tetap pohonkan mudah-mudahan Allah berkenan terus mengalirkan pahala dan rahmat serta kasih sayangnNya kepada anak di sana, lantaran bahan yang anak tinggalkan itu.
Mungkin secara kebetulan atau memang rencana Allah Yang Maha Pengatur, Allah nak memujuk kesedihan kami, dalam waktu yang hampir-hampir dengan tarikh 4hb Mei 2012 ini, didalam siri-siri majlis ta’alim yang ummi buat, kami memilih kitab ‘Ziarah ke Alam Barzakh’ karya Al Imam Jalaluddin As Sayuti. Tak pasti tajuk apa yang hendak dibaca, namun dari senarai tajuk-tajuk yang banyak kami tertarik untuk memilih tajuk, ‘Langit dan Bumi Menangisi Kematian Seorang Mukmin’.
Antaranya Imam As Sayuti menukilkan seperti berikut:-
Thursday, December 29, 2011
Kata-kata hati (36) Sejuk mata kami..

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibu dan ayah) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah. Masa mengandung sampai bercerai susu selama tiga puluh bulan dan umurnya mencapai empat puluh tahun , dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu, yang telah Engkau redhai yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
Friday, October 7, 2011
Kata-kata hati (35) Kepada semua
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/ Masih banyak dari apa yang anak tinggalkan, yang masih tidak abah ummi dan lainnya dapat teliti. Insya Allah bila kami semakin tenang kami akan lihat apa-apa lagi yang perlu untuk kami kongsikan dengan yang lainnya, bersama teman-teman seusaha dan seperjuangan anak, kawan-kawan sekuliah, guru-guru dan sesiapa juga yang pernah mengenali anak.
Terakhir, pada pagi Jumaat, 7hb Oktober 2011 abah cuba lagi menjenguk-jenguk dalam ‘pen-drive’ anak yang berwarna ‘purple’ itu. Ada kerja kursus, ada bahan kegunaan untuk kerja jamaah anak, dan tidak terkecuali satu ‘folder’ mengandungi koleksi nasyid (koleksi kegemaran anak mungkin). Biasalah sebagai anak remaja dan manusia biasa anak juga ada naluri untuk berhibur, sesuatu yang perlu diraikan, sebagaimana Rasulullah saw juga meraikan hal seumpama itu terhadap Sayyidatina Aishah ra. Abah belum sempat dengarkan satu persatu. Cuma sekilas pandang melihat tajuk-tajuk nasyid berkenaan, mata abah terpaut pada tajuk ‘Doa perpisahan’ nyanyian Kumpulan Brothers.
Abah ‘click’ buka …maka terpapar Classic Media Player, memainkan nasyid Kumpulan Brothers berkenaan dengan senikatanya juga tersiar sama. Menelitinya bait demi bait, abah rasa benar-benar menggambarkan perasaan anak. Persis itu juga yang mungkin anak akan katakan sekiranya anak mampu melontarkannya waktu ini. Lalu abah rasa seolah tercuit untuk menyampaikan’nya’ (salam, doa kudus, kata semangat “ Teruskan perjuangan……” dan… “ Kenangku di dalam doamu” kepada semua.
Kepada semua dengarkan dan terimalah kata-kata ini…
DOA PERPISAHAN (Kumpulan Brothers)
Pertemuan kita disuatu hari
Menitikkan ukhuwwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri ini
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini…….
“ Teman……
Betapa pilunya hati…..
Pahit manis perjuangan….
Telah kita rasa bersama….
Semoga Allah meredhai….
Persahabatan dan perpisahan ini….
Teruskan perjuangan.”
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga TUHAN BERKATIMU……
Ameeen…
Friday, September 9, 2011
Kata-kata hati (34) Ameen.....
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.comMaha beruntung mereka yang terlepas dari fitnah dan pancaroba alam kubur, manakala malapetaka dan maha malang bagi yang terpaksa mengharung siksaan yang entah akan berapa lama sebelum tibanya hari qiamat.
Dari Abdullah bin Amr r.huma, dari Rasulullah saw, beliau bersabda, “Tahukah kalian, siapakah yang pertama kali akan masuk syurga di antara makhluk-makhluk Allah?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Beliau bersabda, ”Yang pertama kali akan masuk syurga diantara makhluk Allah adalah orang-orang miskin dari kalangan muhajirin yang dengan sebab mereka perbatasan (wilayah Islam) bisa dipertahankan dan ketakutan dapat dihindari. Seseorang dari mereka meninggal, sedang keperluannya terpendam dalam dadanya, kerana ia tidak mampu memenuhinya. Allah swt berfirman kepada siapa yang dikehendaki dari para malaikat-Nya, ”Datanglah pada mereka dan berilah salam!” Para malaikat berkata (kehairanan), “Wahai Rabb kami! Kami adalah para penghuni langit dan makhluk pilihanMu, namun mengapa Engkau memerintahkan kami untuk pergi dan mengucapkan salam kepada mereka?” Allah berfirman, “Mereka adalah hamba-hambaKu yang menyembah Aku dan tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatu pun. Melalui mereka barisan depan (Wilayah perbatasan) dapat dipertahankan dan dengan sebab mereka ketakutan dapat dihindari. Seseorang dari mereka meninggal, sedangkan keperluannya masih terpendam dalam dadanya, kerana tidak mampu memenuhinya. Nabi saw meneruskan sabdanya, “Maka ketika itu para malaikat datang kepada mereka dari setiap pintu syurga sambil mengucapkan, ”Selamat bagi kalian atas kesabaran kalian. Maka inilah sebaik-baik tempat kesudahan.”
(Hr. Ibnu Hibban. berkata pentahqiq, “Isnadnya shahih” XVI/438)
Tuesday, June 7, 2011
Kata-kata hati (33) Akur....
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/Pada pagi Jumaat 31hb Mei 2010 anak meminta bantuan cikgu Juswan untuk dikirimkan kepada kami, akan ‘WARKAH DAKWAH’ anak. Pada pagi yang sama urusan penghantarannya telah disempurnakan oleh cikgu Juswan… Terima kasih.
3hb Mei 2010, anak melakukan ziarah dakwah ke Perkampungan Cocos, Bluran Sandakan, sehingga lewat senja. Hari sebelumnya melakukan dakwah dengan pelajar-pelajar sekolah berhampiran.
Pada subuh 4hb Mei 2010, anak memberikan tazkirah subuh terakhir dengan berpesan pada yang mendengar, agar istiqamah dalam dakwah sehingga akhir hayat masing-masing. Syukur anak telah menunaikannya.
Pagi..4hb Mei 2010, sebelum lagi sarapan, dan rumput masih berembun, anak bersama rakan-rakan seusaha dakwah, ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian, kerana air disurau tempat anak bermukim hanya mencukupi untuk keperluan wudhu' dan minum. Pagi itu anak dipanggilNYA….
Pagi itu juga cikgu Juswan menghantar pesanan ringkas kepada Anip (Muhammad Hanif) memaklumkan berhubung dengan ‘ WARKAH DAKWAH ’ yang anak kirimkan.
Semenjak itu setiap kali posman sampai ke pejabat abah, pasti perasaan abah berdebar-debar. Debaran lantaran tertanya-tanya akan apa yang anak tuliskan, dan kerana kami semua sangat menantikannya.
Masa berlalu, hari ke hari, bertukar minggu, sehingga bulan.….., kini tahun. Perasaan kami bercampur baur…. Berharap, cemas, dan sebagainya.
Abah usahakan menghubungi pejabat pos Sandakan (beberapa kali), pejabat pos Sabak Bernam (beberapa kali), pejabat pos Sg Air Tawar (beberapa kali). ‘ WARKAH DAKWAH ’ tidak dapat dijejak. Menghubungi mana-mana bahagian yang dirasakan munasabah. Terakhir menghubungi pejabat pos Shah Alam, dan tidak ketinggalan Bahagian surat mati (bahagian dimana terkumpul surat yang tidak dapat disampaikan kepada penerimanya dengan berbagai sebab), Pos Malaysia Shah Alam.
Biasalah…. Kalau kita bukan sesiapa…. Layanan macam mana….!!! Beberapa panggilan abah ke situ dijawab dengan tidak sempurna. Bukan gambaran orang yang beramanah dalam bertugas. Tidak perlu abah perincikan kronologi perhubungan abah dengan bahagian itu. Terakhir abah dapat berhubung dengan seorang pengurus (wanita, tak ingat nama) bahagian berkenaan. Layanan baik dan beliau sedia membantu…..Terimakasih. Namun rasanya dah terlambat…. Mungkin sudah dibakar musnahkan.
Kini 8hb Jun 2011, genap satu tahun, satu bulan, beberapa hari…… penantian kami belum berakhir. Namun harapan untuk menerimanya sudah terlalu tipis. Jika kami menerimanya dalam waktu mendatang ini adalah satu 'keajaiban'. Jika benar-benar kami menerimanya nanti , itu adalah isyarat dan tanda kekuasaan Allah….. PadaNYA hal itu teramat mudah dan bukan mustahil.
Namun kami pasrah. Setiap sesuatu ada ketentuannya.
Sabda Rasulullah saw, dari Abu Darda ra;
‘ Bagi setiap sesuatu itu ada hakikatnya, dan tidak mencapai hakikat iman sesaorang hamba itu sehingga dia mengetahui bahawa setiap apa yang menimpanya itu ialah satu ketetapan, bukannya datang sendiri atau perkara yang belum terjadi itu tidak boleh berlaku.’ (hadith riwayat Tabrani, Ahmad)
Sabda Rasulullah saw, dari Abdullah Ibn Al Ash ra;
‘ Telah ditulis oleh Allah takdir seluruh makhluk 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.’ (hadith riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah saw, dari Amar Ibn Syuaib ra;
‘ Belum dikatakan beriman sesaorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan Allah), baik maupun buruk.’ (hadith riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah saw, dari Abu Hurairah ra;
‘ ……….Dan jikalau sesuatu (kerugian) menimpa kamu, janganlah kamu berkata; Kalau saya berbuat begini atau begitu, pastinya perkara itu tidak akan terjadi. Akan tetapi katakanlah; Ini kerana ketentuan Allah, maka apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan ‘kalau’ membuka pintu bagi syaitan bekerja.’ (hadith riwayat Muslim)
Kami akur…….
Bersambung……….
Wednesday, June 1, 2011
Kata-kata hati (32) Semua menanti...
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/Friday, May 27, 2011
Kata-kata hati (31) WARKAH DA'WAH
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/
Dari SMS yang diterima oleh Anip (Muhammad Hanif) pada 4hb Mei 2010, dari cikgu Juswan, dari Sandakan berbunyi ;
" Pd pagi arwah br sampai d Sandakan, beliau tlh mengirim sepucuk surat melalui sy. Pg tu jg sy poskan. Sy ingt lg dia kata " warkah dakwah utk mak dan ayah " dan dia mtk spy sy doa sama utk ksjahteraan ayah bondanya. tp mgkn surat tu blum sampai. Smoga rohnya dcucuri rahmatNYA. jenazah seakan2 senyum dan tenang ketika d bw kluar dr sungai."
Dan dari lapuran dalam beberapa buah blog berbunyi ;
" Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. "
Bersambung.....
Sunday, May 1, 2011
Kata-kata hati (30) Kembara mu
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/Diwaktu-waktu seperti ini pada tahun 2010 anak sudah berada dipendalaman Sabah untuk mengusahakan islah diri dan juga sebahagian manusia lain untuk benar-benar tunduk dan patuh kepadaNYA.
Terkenangkan semuanya dalam beberapa hari ini, abah tinjau-tinjau beberapa catatan @ lapuran yang berkaitan dengan anak dibeberapa laman web. Antaranya ;
DIPETIK DARI http://meit-habib.blogspot .com (minta izin tuan & terima kasih)
(**...syukran credited to blogger karkuzaridakwahiman, Anak Pendang Sekeluarga, and REVOLUSI PERJUANGAN!!! for info...)
Karkuzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham.
Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Arwah berasal dari Sabak Bernam, Selangor.
Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.
Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.
Detik-detik kematian Allahyarham
Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas sembahyang fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Mereka inilah yang membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemerikasanan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.
Rabu, 5hb Mei 2010
Selepas sembahyang subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ
Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan.Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.
Sedikit karkuzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT).
Arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar.
Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.
Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin...
Posted by ABU HANIFAH SHAHRIL at 3:13 AM
SEDIKIT CORETAN...
Arwah huzaifah dan Abg Wafi ada dtg ke bilik saya UMMU SULAIM 115(USM 115),di UDM Kampus KUSZA,arwah datang memberikan sedikit nasihat & berkongsi buah fikiran(terpancar ketenangan dan senyuman ketika arwah dtg menziarahi saya,&masih segar lagi dlm ingatan).Nasihat yg arwah berikan masih segar di ingatan saya..Insya Allah,segala nasihat dan pandangan yg arwah berikan kepada saya akan saya laksanakan sekaligus sama2 memikul amanat yg diberikan utk sama2 pjuangkan agama Allah yg Maha Suci ini.Mudah2an Allah berikan kekuatan utk sy laksanakan amanat tersebut.Saya agak terkejut dgn berita kematian arwah huzaifah,saya dpt tau berita kematian arwah pd 26/5/2010-Rabu,dpd salah seorg junior(HRM) sy di UDM.Mulanya agak kurang percaya namun,setelah di lihat bukti yg sgt kukuh,sy percaya..Dlm usia yg begitu muda arwah pergi dalam menegakkan agama Allah.Mudah2an di tempatkn di sisi para syuhada' & para solihin. Amin.........
Tak mengapalah anak....
Friday, April 29, 2011
Kata-kata hati (29) Luruskan...
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/Pada 13hb April 2010, anak menghubungi abah meminta izin untuk turut serta dalam misi dakwah ke Sabah.
Pada 24hb April 2010, kita bertemu dan sama-sama iktikaf di Masjid Sri Petaling. Anak menyediakan hamparan untuk tidur abah, di sayap kanan masjid di bawah kipas nombor 16.
Selepas solat subuh kita sama-sama mengikuti tazkirah pagi. Anak berada disebelah kanan abah, bertepatan dengan tangga mimbar, diselangi oleh beberapa jemaah lain. Beberapa ketika semasa tazkirah yang panjang itu anak terlentok juga, mungkin keletihan perjalanan jauh dari Terengganu dan tidur lewat malamnya. Abah sempat mengusik anak sewaktu kita sama-sama berjalan menuju restoran mamak waktu ingin bersarapan pagi.
“ Hai Pah (nama timang-timangan sejak kecil/itulah panggilan kami sekeluarga kepadanya) khusyu’ masa bayan tadi….! “
Anak ketawa kecil , tak menjawab.
Pada 28hb April 2010, anak menghubungi Ummi, memaklumkan jadual berangkat ke Sabah.
“Assalamu’alaikum Ummi ”.
“ Wa’alaikum salam ”.
“Apa khabar Mi…. Ummi sihat ? ”.
“ Sihat....Engkau apa khabar Pah…? ”.
“ Sihat Mi….”. InsyaAllah Ipah akan bertolak ke Sabah petang ni… Penerbangan akan berlepas pada pukul 5.00 petang ….” “ Doakan Ipah Mi ye…..”
“ InsyaAllah….” Pah…Ipah kesana…betulkan niat Pah ye…..biar kerana Allah…..”
“ InsyaAllah Mi……..”
Demikian kata-kata terakhir anak dengan ummi, yang kebetulan sekitar satu semester lebih anak tak dapat berjumpa dengan ummi, (cuma sekadar berhubung melalui telefon) lantaran kuliah dan kerja-kerja jamaah di Terengganu.
Begitulah harapan ummi dan kami semuanya agar benar anak telah meluruskan hati dalam segala kerja dan amal anak sebelum dan selepas bertolak ke Sabah. Semoga dengan lurus hati (ikhlas) itu, sudi Allah melihat dan menerimanya sebagai sesuatu persembahan seorang hamba.
Firman Allah ; Al Bayyinah : 5
“ Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama, lurus, dan mendirikan sholat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.”
Firman Allah ; Ali Imran : 29
“ Katakanlah, Jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa yang di dalam dadamu itu, tetap diketahui oleh Allah.”
Sabda Rasulullah saw ; riwayat Imam Muslim.
Abu Hurairah ra.berkata , Rasulullah saw bersabda; “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh dan rupamu, tetapi melihat/memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.”
Wednesday, March 30, 2011
Kata-kata hati (28) "MOGA BAHAGIA DI SANA"
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/ Jika menggunakan kiraan kalender Masihi, pada hari ini , Rabu 30hb Mar 2011 adalah harijadi anak yang ke 22 tahun. Kebiasaannya, diwaktu ini jika anak tiada di sisi, anak pasti akan menerima doa dan ucapan daripada ummi. Ummi tidak akan pernah lupa untuk menghubungi anak untuk ucapan doa dan ucap selamat.
Hari ini kami seluruhnya masih teringatkan segalanya itu. Dan kami masih juga mengirim sesuatu sejak dari pagi tadi . Mudah-mudahan telah sampai, dan anak telah menerimanya.
Anak pergi dalam usia yang terlalu muda. Tidak sempat merasai usia tua. Namun, syukur kerana anak sehingga akhirnya telah mengupayakan semaksimanya usia muda anak dalam kerja-kerja yang baik. Dan minggu-minggu terakhir hidup anak dihabiskan pada jalan Allah, dijemputNYA ketika sedang berada di jalan Allah.
Walaupun usaha kita selaku umat akhir zaman ini terlalu kecil , berbanding dengan apa yang telah dilakukan para pemuda-pemuda dahulu, (seumpama pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang merangkul kejap keimanan mereka kepada Allah, Saidina Ali yang telah mempertaruhkan nyawanya untuk mengganti Rasulullah saw di pembaringan, Usamah bin Zaid yang berjasa besar dalam misi hebat menghadapi tentera kuffar, Zubair bin Awwam yang mempertaruh nyawa untuk kebenaran, Saidina Hassan dan Saidina Hussein yang mengorbankan segalanya demi yang haq, Sultan Muhammad Al Fatih yang meninggalkan tinta emas kejayaan membuka Konstantinopel dan ribuan orang muda lain yang mencipta sejarah gemilang, semuanya untuk agama Allah yang suci, demi Allah yang Agung), namun mudah-mudahan Allah akan sudi juga menerima amal kita yang kecil dan sedikit itu sebagai satu persembahan ‘amal soleh.
Anak…
Semua nukilan sejarah itu memberi maksud bahawa orang muda yang masih bertenaga, semangat yang kuat, punya cita-cita yang tinggi, azam yang membara, aspirasi serta idealisma yang hebat, sebenarnya punya potensi yang amat besar untuk mencorak tamadun peradaban manusia. Dizaman moden kita telah saksikan bagaimana intifadah Palestine disemarakkan oleh orang-orang muda, hancur dan tumbangnya diktator-diktator dunia di beberapa negara kuku besi , didokong oleh generasi muda.
Maka maha benar firman Allah yang memberikan penghargaan khusus kepada seluruh orang muda lewat firmanya dalam Surah Al Kahfi, ayat : 13
“ Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.”
Dan begitu juga melalui lidah RasulNYA kita di dirangsang dengan ungkapan hadith baginda (saw) bermaksud begini:
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; " Terdapat 7 golongan orang yang mendapat lindungan arasNya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya..
Anak telah bersungguh untuk mengupayakannya. Maka tinggallah kami terutama anak-anak abah yang lain untuk menggunakan kesempatan usia muda kalian untuk berbuat yang semestinya sebagai pemuda-pemuda yang punya aqidah. Sekadar meminjam pesanan As Syahid Imam Hassan Al Banna yang mengatakan; “ kita, (tanpa mengira usia) ada terlalu banyak kerja (amanah dan tanggungjawab) yang wajib untuk dilaksanakan, sedang waktu yang kita ada terlalu sedikit.”
Maka bersungguhlah….
Friday, March 25, 2011
Kata-kata hati (27) Tiada surutnya
Selain itu rasa hiba atas pemergian anak masih juga tidak surut hingga kini. Rupanya hikmah disebalik tidak surutnya perasaan itu ialah tidak pernah lupanya kami untuk mengirimkan kepada anak (jika sekiranya ada pahala) bacaan selawat, zikir, bacaan Al-Qur’an dan sebagainya, saban waktu dan ketika.
Walau bagaimanapun, abah tetap rasa bangga kerana anak istiqamah, bersungguh walau payah hingga akhir hayat anak untuk tetap bersama dengan jemaah Islam yang sarat dengan misi inginkan kalimah tauhid dapat diwarisi dan dihayati oleh semua manusia di ‘alam ini. Hal yang demikian tidak akan abah sebut, melainkan anak telah membuktikannya dengan kata-kata serta perbuatan sehingga akhir hayat anak.
Hati kami (abah, ummi, abang dan adik-adik semuanya) bertambah lega bila kami ditemukan dengan beberapa hadith Rasulullah saw, antaranya;
Hadith riwayat riwayat Muslim & Tirmidzi
As Syaikh Sa’id Hawwa mengatakan; barangkali hadith ini sesuai sebagai fatwa pada zaman kita ini.
Hadith riwayat Bukhari.
As Syaikh Sa’id Hawwa berpendapat bahawa hadith ini merupakan fatwa untuk zaman kita sekarang. Tambah beliau lagi seorang Muslim hendaknya berada di dalam jamaah Islam, ia tidak boleh berada di dalam jamaah/kumpulan lain kecuali untuk kepentingan Islam dan berdasarkan fatwa. Berkenaan dengan jamaah Islam tersebut, hendaklah ia mengambil yang ma’ruf dan meninggalkan yang mungkar. Hendaklah ia mendatangi orang-orang tertentu dan meninggalkan kebanyakan dari mereka.
Saturday, December 11, 2010
Kata-kata hati (26) Jangan seperti mereka yang....
Diantara barangan anak yang siap tersimpan dalam kotak yang diserahkan kawan-kawan UMT anak tempohari, yang tidak kurang menyentuh perasaan kami adalah beberapa kitab. Dalam sibuk dan beratnya menghadapi sekian banyak mata pelajaran semester ke empat tempohari, mungkin anak sempat-sempatkan juga menekuni beberapa kitab bagi bekalan kehidupan sebagai seorang hamba Allah, yang ingin meraih redhaNYA. Apa nak dikata, sistem pembelajaran yang ada memisahkan keperluan dunia dari agama, sedang tuntutan untuk umat Islam menguasai ilmu-ilmu yang disediakan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah juga fardhu.
Sebenarnya abah teringatkan beberapa waktu dahulu, abah sering mengingatkan anak akan hal-hal yang berkait rapat dengan dakwah ini. Abah tidak mahu memaksakan anak berada dalam uslub dakwah yang abah-ummi bergabung di dalamnya. Anak lebih selesa dengan uslub dakwah yang sedikit berbeza. Tak mengapa…. berlapang dadalah, asalkan semuanya masih dalam batas yang diizinkan syara’ dan masih utuh berpegang pada prinsip pokok agama. Perbezaan dalam pendekatan dakwah abah-ummi dan anak adalah juga hasil perbezaan ulama’-ulama’ dalam menanggapi persoalan dakwah dan dalam hal-hal yang bersangkut paut dengannya. Kita pengikut sewajarnya memiliki sikap terbuka, dan sentiasa beranggapan semuanya bersifat saling lengkap-melengkapi, serta perlu memerlukan.
Cuma apa yang sering abah peringatkan, walaupun kadang kala dalam nada yang sedikit keras, (gambaran betapa ‘serious’nya abah dalam hal itu), ialah peringatan abah agar anak menjadi ahli, anggota jamaah yang berilmu. Agar segenap gerakan, perkataan dan tindakan biarlah sedapatnya bertunjangkan dari ilmu. Ilmu yang diambil dari sumber ambilan yang sahih dan mantap. Tidaklah sebagaimana sebahagian orang yang telah puluhan tahun bergelumang dengan gerakan dakwah, tetapi semuanya berdalil dengan kata-kata seumpama ini…. “ Orang ‘alim kata……. ”, atau yang seumpamanya. Andai ditanyakan siapa orang ‘alim tu…. mereka pun tidak tahu. Malah ada sebahagiannya membawa cerita-cerita yang disisi agama batal dan tidak benar, bagi menyokong atau untuk membenarkan hujah perbicaraan dan tindakan mereka. ‘Amal ikut-ikutan, begitu juga dakwah ikut-ikutan tanpa didasari dan dipandu dengan ilmu…abah kira sangat berbahaya lagi merosakkan. Sifat Islam yang agung ini, begitu juga dakwah yang dibawa oleh Baginda ar-Rasul saw, semuanya bertunjang pada asas yang sangat kokoh dan kuat. Tidak atas asas rasa-rasa.
Namun melihatkan himpunan kitab, yang abah kira anak sedang cuba menekuninya (walaupun semunya itu mungkin belum memadai), abah merasa lega dan gembira. Anak akur, dan cuba semampunya mencedok sedapatnya ilmu di dalamnya, dipandu oleh beberapa ustaz yang ikhlas dari Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
Firman Allah Surah az-Zumar : 9
“ Katakanlah; Tiadalah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.”
“ ….Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dari kamu dan juga orang-orang yang dikurniai ilmu dengan beberapa darjat.”
Firman Allah Surah ar-Ra’ad : 19
“ Adakah orang yang mengerti perihal apa yang diturunkan dari Tuhan padamu yakni agama yang hak itu, dapat disamakan dengan orang buta. Hal ini hanya dapat dijadikan peringatan untuk orang-orang yang berakal.”
Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Dunia ini terlaknat dan seisinya pun terlaknat pula, kecuali berzikir kepada Allah serta yang mengikutinya, juga orang yang berpengetahuan dan orang yang menuntut pengetahuan.”
Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut satu bab dari ilmu pengetahuan, maka ia adalah fi-sabilillah sampai ia kembali lagi ke rumah.”
Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud & Tirmizi.
“ Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya Malaikat itu sama meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana sangat rela terhadap apa yang dilakukan. Bahawasanya kaum ‘alim-ulama adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham (perak) atau dinar (emas), tetapi yang diwariskannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah memperoleh bahagian pusaka yang banyak sekali.”
Tahniahlah anak…….
Friday, November 5, 2010
Kata-kata hati (25) Semuanya untuk dakwah
Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com
Gamam juga abah sewaktu kawan-kawan anak, Ranzi, Abd Wafi, Rizal, dan beberapa orang lagi (abah tidak ingat semuanya) memunggah barangan tinggalan anak kedalam kenderaan abah tempohari. Terdapat dua ' sleeping bag ', satu berwarna biru dan satu berwarna hijau. Dan teringat abah akan satu lagi ' sleeping bag ' anak yang bersaiz lebih besar yang sudah berada di rumah (' sleeping bag ' yang anak gunakan semasa misi dakwah anak di Bluran, Sandakan).
Sabda Rasulullah saw riwayat Baihaqi;
" Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah, ataupun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar dijalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka."
Sabda Rasulullah saw riwayat At-Thabari;
" Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang keluar dijalan Allah, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang keluar dijalan Allah. Dan barangsiapa yang mengambil berat terhadap ahli keluarga orang yang keluar dijalan Allah dan mengeluarkan belanja kepada mereka, dia juga akan mendapat pahala sama dengan orang yang keluar dijalan Allah,"
Saturday, October 30, 2010
Kata-kata hati (24) Kami meredhaimu
Anak..
Barangan yang pernah anak gunakan tidaklah mahal jika diukur dari sudut nilai wang ringgit. Namun disudut nilai yang tersirat ianya tidak dapat dihitung. Ia membawa seribu pengertian dan seribu makna. Pasti ia tiada akan dapat ditukar ganti. Begitulah…segalanya kami simpan rapi. Itulah juga yang menjadi pendorong kami untuk ke UMT, dan ke bekas rumah sewa anak yang terletak sekitar 5 minit perjalanan dari UMT.
Gambar paparan nama di dalam telefon bimbit anak di atas, adalah sebahagian kecil dari yang abah maksudkan. Anak, abah, ummi dan mereka yang pernah memiliki seorang buah hati seumpama anak, serta pernah merasakan indah dan bahagianya hidup dalam satu keluarga sahaja, yang sebenarnya mampu memahami serta menggambarkannya. Pun begitu, tidak mudah untuk melukiskannya melalui kata-kata.
Jika pernah di marah, teguran keras, atau seumpamanya bukan bererti benci. Marah, adalah lantaran sayang yang amat. Membiarkan anak lepas-laku, tanpa dipandu, terutama dalam hal yang tidak patut adalah sebenarnya tidak menyayangi anak.
Anak…
Sebagimana anak menyayangi kami, (ummi abah), tinggi lagi kasih sayang kami. Orang kata, ‘ kasih sayang ibu (terutamanya) tidak bertepi.’ Rasanya tidak kurang juga bapa. Cuma bapa terkadang tidak mempamerkan sayangnya sebagaimana ibu.
Bagaimanapun anak….
Kami semuanya meredhai anak, semuanya redha, halal dan maafkan. Moga dengan redha kami setulusnya, anak telah mendapat redha TUHAN di ‘sana’.
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.”






