RENUNG - RENUNGKAN
" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."
" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."
YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih
Showing posts with label Wahai orang di atas sana. Show all posts
Showing posts with label Wahai orang di atas sana. Show all posts
Thursday, May 16, 2013
Wahai orang di atas sana (7) ...Allah juga beri cabaran !
Apa pandangan tuan dengan cabaran Allah berikut :-
“ Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi selain daripada bumi Aku, carilah langit selain dari langit Aku. Dan carilah Tuhan selain daripada Aku. ” (Hadith Qudsi)
Antara kata kunci penting :
Tidak sabar - tidak rela/tidak ingin/tidak redha/tidak setuju/tidak yakin
Ujian - seperti umum maklum.
Ketentuan Aku - ketetapan Allah/perintah Allah/peraturan Allah/apa-apa yang termaktub dalam Al-Qur'an dan Hadith.
Carilah - nyah....engkau !!!
- berambus engkau !!!
Tuesday, May 14, 2013
Wahai orang di atas sana (6)...Awaslah
PRU 13 telah berakhir. Apa pun persoalan dan perkara yang berbangkit selepasnya, ketika ini masing-masing telah mengangkat sumpah dan telah berada dijabatan yang diperuntukkan. Sedar atau tidak dibahu kalian telah terpikul amanah yang bukan kepalang tanggung. Pastinya setiap perkara yang kalian perbuat akan ada perkiraannya di akhirat nanti.
Untuk itu elok jika kita perhatikan sebahagian contoh antara orang terbaik dalam urusan kepemimpinan, moga dapat dijadikan ianya sebagai pedoman dan panduan buat kalian.
Pada hari kedua dilantik menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz menyampaikan khutbah umum, yang antara lain beliau berkata;
Beliau kemudiannya duduk dan berkata, “ Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku ”.
Menakjubkan…..
Pastinya semua perlakuan khalifah Umar itu ada hubung kaitnya dengan peringatan-peringatan Allah berikut :-
"Ketika matahari telah digulung. Dan ketika bintang-bintang jatuh bertaburan. Ketika gunung-gunung telah dihilangkan. Dan ketika unta-unta betina telah ditinggalkan. Dan ketika binatang-binatang liar dikumpulkan. Dan ketika lautan bergelombang besar Dan ketika diri (manusia) dikumpulkan. Dan ketika ditanyai anak perempuan yang dikuburkan hidup-hidup: Karena dosa apakah dia dibunuh. Dan ketika buku-buku (Iembaran) disebarkan". (QS, At-Takwir: 1 – 10),
"Inilah kitab (catatan) Kami, yang mengatakan kepada kamu, menurut keadaan yang sebenarnya. Sesungguhnya Kami menyuruh menuliskan segala apa yang kamu kerjakan". [QS.AI-Jatsiyah, ayat 29.]
"Di hari itu, Kami kumpulkan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, sebagai menyambut perutusan. Dan Kami halau orang-orang yang berbuat kesalahan kedalam neraka secara kasar". [QS.Maryam, ayat 85 -86. ]
"Pada hari dibalik-balik muka mereka dalam neraka, (dan) mereka berkata: Wahai : Alangkah baik kiranya (hendaknya) kami patuh (tha'at) kepada Allah dan patuh kepada Rasul!". [QS.AI-Ahzab, ayat 66.]
"Pada waktu belenggu dan rantai telah (dipasang) di leher mereka, mereka akan dihela. Kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar di dalam api". [QS.AI-Mu'imin, ayat 71-72. ]
"Dan sesungguhnya neraka jahannam tempal yang telah dijanjikan buat mereka semuanya". [QS.AI-Hijr, ayat 43.] .
Juga peringatan Rasulullah saw;
“ Tidaklah daripada mana-mana pemimpin yang dilantik untuk memimpin rakyatnya dari kalangan orang Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu mereka, melainkan Allah akan haramkan baginya syurga ”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
” Barangsiapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian ia tidak mencurahkan kesetiaannya, maka Allah haramkan baginya surga” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim).
Dalam lafadh yang lain disebutkan : ” Ia mati dimana ketika matinya itu ia dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah haramkan baginya surga”.
Tuesday, November 15, 2011
Wahai orang di atas sana (5) Kerling-kerlinglah...

Tuan…Cuba luangkan sedikit masa tuan untuk melihat keluar jendela tuan. Jika tuan tiada mampu, cuba berusaha lihat-lihat juga paparan beberapa rancangan Tv tempatan, jika tiada pasti bolehlah saya tolong sebutkan; seumpama rancangan ‘BersamaMu’. Kalau tiada berkesempatan cubalah lihat beberapa kepingan gambar di atas. Renung dalam-dalam akan wajah dua orang anak kecil dengan ibunya di samping rumahnya yang ‘sederhana’…?, Beratap rumbia, berlatai bumi, entah ada bilik , entahkan tidak… Ruang dapur adalah ruang tamu. Waktu malam berlabuh ruang itu adalah kamar tidur mereka. Bila fajar menyingsing lelangit kelambu mereka menjadi siling. Jangan ditanya akan kipas apatah lagi penghawa dingin, kerana mereka sudah saban malam dan dinihari dalam kedinginan. Usah fikir peti sejuk atau mikrowave, kerana tungku dapur kayu itu pun entah cuma berapa kali berasap untuk satu minggu. Punya penapis air 0.5 micron, kalis kuman…? Mana ada kerana semuanya cuma dari bumi dengan kedalaman telaga puluhan kaki. Tukang kebun, amah dan seumpamanya memang tiada pernah terlintas dalam otak mereka. Masakan terfikir tukang kebun kerana tanah atau ponduk mereka itupun atas ihsan orang lain atau di tanah rezab kerajaan. Banyak lagi yang tidak mampu untuk dicoretkan.
Tuan…
Pernahkah sang ibu berharap untuk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya di dalam rumah yang sangat tidak layak itu? Tapi itulah kenyataan, ia harus menjalani sepenggal kisah dari perjalanan kehidupannya, sambil terus berdo’a dan berusaha agar dapat merubah sepersekian perjalanan hidupnya.
Mereka adalah sebahagian dari manusia di bumi bertuah Malaysia ini. Walaupun mereka hidup dalam azab, hidup tanpa ada yang peduli, sanggup mengikat perut, namun hidup mereka mulia, mengeluarkan sebahagian ongkos yang mereka dapat, untuk tolong sama membinakan mahligai indah ini……..
kerana mereka adalah pembayar cukai........ Tapi ingatkah orang di atas sana akan mereka? Dan tiadakah yang Allah akan tanya tuan tentang mereka di akhirat sana?
Cuba-cubalah mengambil i'tibar dari keluhan Sayyidina Umar Al khattab ra ; " Andaikata seekor anak domba (lembu) mati lemas kerana tergelincir di tepi Sungai Furat, nescaya aku bimbang Allah akan menanyakanku di akhirat nanti."
Sunday, November 13, 2011
Wahai orang di atas sana (4) Lagi peringatan...
Sabda Rasulullah saw.“ Tidak seorangpun menjadi wali kaum muslimin, kemudian dia tidak berupaya dengan sungguh-sungguh dan tulus bagi kepentingan mereka, kecuali ia pasti tidak akan masuk Syurga bersama mereka.”
Hadith riwayat Imam Muslim, Kitab Al-Imarah, bab 5.
Sabda Rasulullah saw.
“ Hai Abu Dzar, engkau adalah seorang yang lemah, dan sesungguhnya jabatan sebagai pemimpin adalah amanah yang berat, dan kelak pada hari kiamat ia akan menjadi penyebab kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang telah mengambilnya dengan cara yang benar dan melunasi kewajiban-kewajiban yang harus dipikulnya.”
Kanzul Ummal, jilid 6, hadith 68,122
Berkata Sayyidina Abu bakar as Siddiq ra.
“Barangsiapa menjadi pemimpin, maka dia adalah orang yang paling panjang perhitungannya dihari kiamat dan paling besar azabnya, dan barangsiapa yang tidak menjadi pemimpin, maka dia adalah yang paling ringan perhitungannya dan paling sedikit azabnya. Sebab orang-orang yang menjadi pemimpin adalah orang paling dekat kemungkinannya untuk bertindak zalim terhadap kaum mukminin. Dan barangsiapa bertindak zalim terhadap kaum mukminin, maka sesungguhnya ia telah melanggar perjanjian dengan Allah dan mengkhianatinya.”
Saturday, November 5, 2011
Wahai orang di atas sana (3) Kami sahut....Ya Allah..
Wahai tuan yang di atas sana.Segal puji hanya bagi Allah yang telah menyampaikan tuan dengan segala rombongan, sampai dan memulakan amal dari rukun Islam kelima.
Saya pasti tuan sebagaimana orang Islam kebanyakan yang lain juga berhasrat untuk mendapatkan ganjaran haji yang mabrur, yang tiada lain balasannya melainkan Syurga Allah swt. Dan saya juga percaya tuan dan sekaliannya yang turut serta dalam rombongan tuan basah lidah dengan segala ucapan yang hanya mengakui keagungan Allah, akur dengan diri sebagai hamba, yang hanya patuh sepenuhnya, tanpa bantah terhadap segala perintah Allah.
Tidak terkecuali juga tuan sudah melafazkan talbiah yang memberi makna berikut :-
Tidak terkecuali juga tuan sudah melafazkan talbiah yang memberi makna berikut :-
“Saya penuhi dan sahut panggilanMU Ya Allah, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Tiada sekutu bagiMU, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMU, tiada sekutu bagiMU.”
Berikutnya tuan akan melontar Jamrah Aqabah (wajib haji) seusai berdoa :-
“Dengan nama Allah, Allah Maha Beasr, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya.”
Begitulah seterusnya, segala amal perbuatan berserta dengan doa, zikir, tasbih dan tahmid, semuanya tiada lain melainkan perakuan kita hamba kepada Allah Rabb kita. Ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt.
Moga tuan dan semuanya membenarkan juga kata-kata dan segala yang tuan ucapkan tatkala berada di sana, sekembalinya ke Negara tercinta Malaysia. Perakuan sebagai hamba kepada Allah, ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt, mestilah terjelma juga dalam tindakan tuan sewaktu mengurus Negara. Adalah ganjil jika di sana tuan tunduk patuh, sekembalinya ketanahair enggan…
Jika di sana melahirkan kebencian dan marah kepada syaitan, takkan sekembalinya ke Malaysia sanggup meraikan dan melakukan kerja-kerja yang syaitan suka.
Maaf tuan jika saya tersalah dan terkasar bahasa. Namun sifat ubat memang pahit rasanya, manakala racun pula sering membuka selera.
Moga tuan dan semuanya membenarkan juga kata-kata dan segala yang tuan ucapkan tatkala berada di sana, sekembalinya ke Negara tercinta Malaysia. Perakuan sebagai hamba kepada Allah, ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt, mestilah terjelma juga dalam tindakan tuan sewaktu mengurus Negara. Adalah ganjil jika di sana tuan tunduk patuh, sekembalinya ketanahair enggan…
Jika di sana melahirkan kebencian dan marah kepada syaitan, takkan sekembalinya ke Malaysia sanggup meraikan dan melakukan kerja-kerja yang syaitan suka.
Maaf tuan jika saya tersalah dan terkasar bahasa. Namun sifat ubat memang pahit rasanya, manakala racun pula sering membuka selera.
Thursday, October 27, 2011
Wahai orang di atas sana (2) Takut-takutlah....
Bahagianya kalian jika...........Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Sesungguhnya orang-orang yang berbuat adil di sisi Allah berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, berada di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla. Yaitu mereka yang berbuat adil ketika menetapkan putusan hukum, dan adil terhadap pengikut dan rakyatnya.”
(H.R. Imam Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…”
(H.R. Imam Bukhari)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Sehari bersama imam yang adil lebih baik dari ibadah seorang lelaki selama 60 tahun. Dan hukum hudud yang ditegakkan di muka bumi dengan benar lebih bersih dari hujan yang turun selama 40 tahun”
H.R. At-Thabrani dan Al-Baihaqi)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tiga kelompok yang tidak ditolak doanya: Imam adil, orang yang berpuasa sampai berbuka dan doa orang yang tertindas ”
H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Tapi ingat juga ............
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang paling pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim".
(H.R. Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan al-Baihaqi)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“ Tidak ada seorang pemimpin (wali) atas kaum Muslimin meninggal dunia dalam keadaan ia telah menipu mereka, kecuali Allah akan mengharamkan Syurga baginya.”
(H.R. Imam Bukhari dan Muslim)
Monday, October 24, 2011
Wahai orang di atas sana (1) Kamu akan ditanya..!
Dunia Islam khasnya kelihatan semakin celaru. Masyarakat amnya kelihatan keliru, dan pemimpin mereka khasnya seakan tidak tentu halatuju. Rakyat kebanyakan kehilangan jurupandu, manakala pemimpin di atas sana, bebas melakukan apa sahaja, persis bertuhan hawa nafsu. Sebahagian ‘ulama membisu, terpana kaku. Segelintir masih berpaut pada pada prinsip yang jitu, namun kepada pemimpin mereka dianggap musuh nombor satu…..Oleh itu….apalah kiranya kita menoleh kembali kepada sumber Al-Qur’an yang satu, serta peninggalan Ar-Rasul saw yang pasti mampu menghilang buntu…
Firman Allah swt Surah An-Nisaa : 58
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hukum di antara manusia, supaya menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
“ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu, apabila menetapkan hukum di antara manusia, supaya menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Sabda Rasulullah saw. Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
“ Ketahuilah bahawa kamu sekalian adalah gembala, dan kamu sekalian akan dimintai pertanggungjawaban mengenai gembalaannya. Seorang pemimpin tertinggi adalah gembala bagi rakyatnya dan dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai rakyatnya.”
“ Ketahuilah bahawa kamu sekalian adalah gembala, dan kamu sekalian akan dimintai pertanggungjawaban mengenai gembalaannya. Seorang pemimpin tertinggi adalah gembala bagi rakyatnya dan dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai rakyatnya.”
Renung dan fikir-fikirkan wahai diriku saudara-saudaraku….
Bersambung…..
Bersambung…..
Subscribe to:
Posts (Atom)


