RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Monday, December 31, 2012

Kata-kata hati (38) Mudah-mudahan Allah.....


Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Memasuki asrama Yayasan Selangor, sewaktu tingkatan satu ketika usia anak mendekati 13 tahun. Ditakdirkan anak berkawan rapat dengan Ahmad (sekarang juga merupakan aktivis da'wah – pelajar kejuruteraan di UTM Skudai), mungkin sekarang sudah menamatkan pengajian ijazahnya. Berjinak-jinak dengan sedikit sebanyak program keagamaan, seumpama tazkirah, ceramah dan lain-lainnya.

Menyambung pelajaran ke MRSM Bandar Muadzam Shah, Pahang. Disana berkenalan rapat dan beroleh bimbingan serta mendapat inspirasi dari beberapa mujahid da’wah, antaranya Ustaz Irawan Ebit Liew Abdullah, (Tokoh penda’wah dan motivasi yang sering ke udara di radio Ikim.fm kini)

Semenjak itu seakan anak tidak bisa menoleh kebelakang lagi. Saban waktu terluang, cuti penggal, apatah lagi cuti panjang, anak habiskan dengan kerja-kerja da’wah.

Duit saku sedikit sebanyak yang anak dapat, disimpan untuk belanja da’wah. Begitu juga dengan sedikit gaji sebagai ‘cleaner’ hospital Tengku Ampuan Rahimah (sambilan semasa cuti), anak habiskan juga di jalan Allah.

Tiada waktu sanggang yang lama di rumah walaupun orang lain sewaktu cuti semester berehat dan bermanja serta berenak-enak dengan keluarga. Disamping berusaha memperbaiki upaya diri dengan Al-Qur’an, dalam ibadah dan mencari ilmu lainnya, menelusuri ceruk pendalaman, meredah jeram sungai yang panjang, mendaki bukit serta menuruni lurah lembah, mencari manusia, diajak kembali mencitai Allah, Tuhan Pencipta kita. Dalam serba payah serta serba kekurangan. Menghadapi tohmah dan cacian serta penghinaan manusia yang bukan sedikit dengan tekun dan sabar.

Namun pada penilaian abah, rupanya segala itu memantulkan jiwa cekal, kental, tabah, sabar, selain dapat mendidik nafsu serakah manusia serta menekan ego yang kerap bisa merosakkan.

Anak…..,

Mudah-mudahan Allah menerima segalanya sebagai amal soleh anak, meredhai anak dan mengganjari anak di sana.

Sabda Rasulullah saw;
“ Hai Abu Dzar, tiada seorang pemuda yang meninggalkan dunia, dan menghabiskan masa mudanya dalam ta’at kepada Allah, melainkan Allah akan memberi kepadanya pahala tujuh puluh dua (72) orang siddiq.”
(Tercatat dalam kitab Wasiat Nabi (saw) pada Abu Dzar (ra) Oleh H.Salim Bahreisy.

Sabda Rasulullah saw lagi;
“ Hai Abu Dzar, orang yang berzikir di tengah-tengah orang-orang yang lalai, bagaikan orang yang meneruskan jihad di tengah-tengah orang-orang yang melarikan diri.”
(Tercatat dalam kitab Wasiat Nabi (saw) pada Abu Dzar (ra) Oleh H.Salim Bahreisy.

Sunday, December 16, 2012

Hati-hati lidah kamu



Perkasa: Impossible for Malays to compete economically because of Islam

The Malaysian Insider – Sat, Dec 15, 2012
By Zurairi AR

KUALA LUMPUR, Dec 15 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali suggested today that the Malays are economically disadvantaged against the non-Malays because of certain limitations in Islam.

The outspoken conservative Malay leader, who was speaking today at Perkasa’s annual meet here, cited this as the reason to continue with affirmative action policies, arguing that this was the best way to address this shortcoming of the Malays.

“Gambling, liquor, entertainment outlets ... how could Malays afford, be able to compete?” Ibrahim (picture) asked in his address.


He had claimed that millions of ringgit were denied to the Malays since those businesses are prohibited in Islam, while non-Muslim entrepreneurs had benefited a lot from them. “We urge the government to continue affirmative action to ensure the security of our nation,” he added.

The firebrand leader had earlier quoted from the book “World on Fire” by Amy Chua, which suggested that the free market breeds ethnic hatred and global instability. He gave examples of violence in the Philippines, Indonesia and South Africa, where shops owned by economically-dominant races had been burnt down after the natives felt threatened. “Free economy can never help the natives,” said Ibrahim.

Aduhai Pak Berahim;

Boleh tak saya bertanya satu soalan?

Salah seorang sahabat yang bernama Abdul Rahman bin Auf tu dulu dia berniaga judi nombor ekor ke ? atau berniaga arak ke? atau berniaga pusat hiburan dan rumah urut, sehingga lumpuh penguasaan Yahudi di pasar Madinah?

Usah cerita zaman sahabat pun, kalau Pak Berahim nak tau hari ini di Malaysia ramai sudah peniaga tulen Islam yang berjaya, malah bergelar jutawan walau tidak pernah terlibat dengan sebarang unsur yang haram. Tiada penipuan, tiada riba, tiada rasuah dan lain-lain.

Akhirnya, cuba Pak Berahim hayati serta fahami mahfum ayat berikut;
Surah Al-Talaaq : 2&3

" Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Pesan Rasulullah saw;
" Wahai Abu Dzar, Allah berfirman; ' Demi kemuliaan dan kebesaran Ku, tiada seorang yang mengutamakan perintahKu dari hawa nafsunya, melainkan Aku jadikan kekayaan dalam hatinya, dan kesibukannya dalam urusan akhiratnya, langit dan bumi akan menjamin rezekinya dan Aku hindarkan semua kesukarannya, bahkan Aku bantu dagangannya melebihi lain-lain pedagang.'
(lihat kitab karangan H.Salim Bahreisy-Wasiat Nabi saw pada Abu Dzar ra. no.121 ms 59)

Hati-hati lidah kamu
Bercakap biar guna akal, jangan ikut sedap mulut.

Friday, December 14, 2012

Riya' - Aduhai payahnya....


Anak ,


Guru-guru kita berujar; tunjang sesuatu amal adalah ikhlas kerana Allah. Allah hanya memandang pada amal yang bulat keranaNYA. Amal yang dilakukan bukan keranaNYA, akan Allah campakkan, tidak berguna, sia-sia.

Namun semua kita merasakan untuk senantiasa meluruskan hati, bukanlah sesuatu yang mudah. Hati kita selalu menyimpang, tergelincir, tidak lurus untukNYA. Tambahan pula nafsu dan syaitan berterusan mengusahakan agar amal kita hancur bagai debu, tidak dipandang Tuhan.

Firman Allah : Surah Hud, Ayat 15
"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya."

Firman Allah : Surah Asy Syuura : 20
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."

Sabda Rasulullah saw;
“ Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashgar(syirik kecil). Sahabat bertanya: “ Apakah sirik kecil itu? Baginda menjawab: Riya'
(Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Jadi bagaimana kita wahai anak?

Pesan Imam Ghazali ; Ketahuilah riya' itu sebenarnya lahir lantaran rasa membesarkan makhluk. Oleh itu untuk menghilangkannya, hendaklah kita melihat bahawa makhluk itu hanya diarahkan oleh takdir Tuhan. Mereka tidak ubahnya seperti lain-lain benda beku yang tidak punya sebarang upaya serta kemampuan untuk menyampaikan sebarang kerehatan, manfaat atau mudharat. Maka dengan itu perlu apa engkau mengambil kira pandangan mereka.

Anak,
Kita tiada punya daya. Mari kita pohon pertolonganNYA.

Thursday, December 6, 2012

Kembali bertaubatlah...

First Gay Mosque to Open in Paris, Address to Be Secret
ABC News : November 28, 2012

Ludovic Mohammed Zahed, a gay Muslim, plans to open Europe’s first gay-friendly mosque in Paris. He himself is the first gay man to marry partner in a Muslim ceremony in France. He is an Algerian PhD student writing his thesis on Islam and homosexuality, a subject he also addressed in a book “The Koran and the Flesh.”
 
Berikut sebahagian dari kenyataannya:-

“We need to have a safe space for people who do not feel comfortable and at ease in normal mosques,”.
“There are transgender people who fear aggression, women who do not want to wear head scarf or sit in the back of the mosque. This project gives hope back to many believers in my community.”
“Common prayer, practiced in an egalitarian setting and without any form of gender-based discrimination, is one of the pillars supporting the proposed reforms of our progressive representation of Islam,”
“The Unity” mosque will initially operate in a Buddhist temple in a neighborhood in eastern Paris, and will emphasize “accepting everyone as equally God’s creation….I hope straight men will pray together with gay men and women, everyone,”
Zahed’s mosque will honor some Islamic traditions, like Friday prayers (Jumu’ah), and the Muslim marriage contract (Nikah) to bless same-sex marriage. It will also perform funeral rites (Janazah) for those who have been denied a traditional Islamic funeral based on Sharia law because of their sexual orientation.
“Current Islamic ethics may condemn this sexual orientation, but in fact nothing in Islam or the Koran forbids homosexuality. Indeed, for centuries, Muslims did not consider homosexuality to be the supreme abomination that they do today.”
“From the 10th to the 14th century, Muslim society used to be a far richer mix of the legal, the rational and the mystic. They looked at sexuality as one aspect of life’s many possibilities, and they saw in it the hope for spiritual insight.”
Zahed believes, if the Prophet Mohamad was alive today, he would marry gay couples.

Wahai saudara Ludovic Mohammed Zahed;

Anda mengatakan bahawa ..” Current Islamic ethics may condemn this sexual orientation, but in fact nothing in Islam or the Koran forbids homosexuality..” sedangkan anda sedang menyiapkan thesis PhD anda tentang Islam and homosexuality, isu yang anda juga utarakan dalam satu buku “The Koran and the Flesh.”

1. Mohon dipilih guru yang benar, jujur dengan Allah, RasulNya serta dengan ilmunya yang benar.
2. Ambil kefahaman yang betul tentang Al-Qur’an dan agama ini dari orang yang ahli, mahir dan benar serta amanah.
3. Akurlah bahawa kemampuan akal kita terbatas, justru jangan semudah itu merumus sesuatu tentang agama mengikut akal kita. Sementelah cukup ke asas agama kita untuk berbuat demikian?
4. Tolong beradap dengan Rasulullah saw. Lemparan fitnah kamu , (if the Prophet Mohamad was alive today, he would marry gay couples) sangat jijik, mengundang murka Tuhan. Segera bertaubat !
5. Kamu tidak perlu masjid yang berasingan. Pergi sahaja kemana-mana masjid, tidak perlu isytihar kamu siapa. Disitu bertaubatlah dan kembali kepada syariat dan panduan Allah.
6. Kamu mengatakan “ …but in fact nothing in Islam or the Koran forbids homosexuality..”

Harap rujuk kitab-kitab ulama’ muktabar silam, dan tanyakan ulama muktabar kontemporari tentang ayat di bawah ini, Surah Al-A’raf ; 80, 81, 82, 83 & 84.

“ Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?"
“ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”
“ Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri."
“ Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).”
“ Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.”

7. Akhirnya renung-renungkan peristiwa kaum Nabi Luth ini dalam-dalam. Jika tiada dilarang, mengapa dibinasakan Tuhan….berfikirlah


Tuesday, December 4, 2012

Mari kami pimpin tangan kalian


Most Britons want assisted suicide legalised


By Indo Asian News Service
IANS India Private Limited – Sat, Dec 1, 2012

London, Dec 1 (IANS) A majority of Britons are in favour of of legalising assisted suicide, according to a new poll which has reflected strong support for a change in the law across Europe.

According to the poll, conducted on behalf of the Swiss Medical Lawyers Association (SMLA), nearly three quarters of Britons are in favour of legalising assisted suicide, the Daily Mail reported. The survey found large majorities in the 12 west European countries involved supported the right of people to choose when and how they die.

According to two-thirds to three-quarters of the respondents, they could imagine opting for assisted suicide themselves, in case of suffering from an incurable illness, serious disability or uncontrollable pain.

In Britain, 71 percent said they might seek assisted suicide while Greece was the most reluctant with 56 percent saying they might do so. In Germany, most were in favour of the right to decide when and how one dies, with 87 percent supporting the idea. The practice is now allowed in only four countries on the continent -- Belgium, Luxembourg, the Netherlands and Switzerland.

Germany has proposed legalising the practice as long as no profit is involved while France is debating whether to allow it or not at all.



Wahai saudara saudari warga Britain, Jerman, Belgium, Luxemberg, Belanda Switzerland Perancis, Greece dan semua warga dunia lainnya. Jika kalian terbaca tulisan ini, dengarlah;

1. Nyawa kita bukan mutlak milik kita. Nyawa adalah amanah untuk kita jaga. Ia (nyawa) adalah urusan mutlak Tuhan pencipta kita. Hanya Tuhan yang berhak menentukan jangka masa dan mengakhirinya.

2. Kenapa hingga ketahap itu sikap berputus asa kalian.

3. Kenapa kalian tidak cuba mencari panduan bagaimana kami, Muslim (orang-orang Islam) insyaAllah gembira dan tetap bahagia walaupun menghadapi ujian-ujian sebagaimana kalian, atau ada waktu lebih berat dari kalian.

Oleh itu mari kami pimpin tangan kalian, kita cari petunjuk itu, moga kalian juga gembira dan bahagia walaupun kalian berada dalam musibah bala yang maha hebat.

Cuma seperkara penting sebagai prasyarat untuk menemuinya ialah;

1. Benar-benar kosongkan hati kalian dari sikap prejudis, ego, sombong dan seumpamanya.
2. Buka dan tuluskan hati kalian untuk mencari kebenaran.
3. Pasrah dan bersedia untuk diberi tunjuk jalan serta menerima kebenaran.

Untuk menemuinya mudah.

1. Kalian cuma perlu bertemu dengan orang Islam yang benar dengan agamanya.
2. Membuat sedikit carian dalam laman-laman web Islam atau mana-mana media Islam, tentang hal kehidupan, nyawa, ujian, sabar sakit dan kematian.

Huraiannya luas dan panjang jika kalian ingin mendalaminya. Cuma untuk sekadar pengetahuan sekilas pandang saya cuba kemukakan sedikit dari persoalan bagaimana kami Muslim (orang Islam) menghadapi sebarang masalah kehidupan terutama hal-hal yang bagi kalian sudah ketahap perlu diakhiri kehidupan kalian.

Kami diajar, bahawa sebarang musibah yang menimpa manusia adalah satu sunnatullah (aturan Tuhan) yang pasti terjadi. Dengan musibah itu Allah hendak menguji kita hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar Allah akan merahmati dan mengangkat derajatnya.

Allah berfirman: “Kami sungguh-sungguh akan menguji kalian dengan sedikit dari rasa takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (kematian seseorang), dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un’. Mereka itulah yang mendapat pujian dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Al Baqarah: 155-157)

Allah berfirman: "Dia lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Al Mulk : 2)

Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah berikan musibah kepadanya.” (Hadith riwayat Imam Bukhari no. 5645)

Kami juga diajar bahawa bunuh diri adalah satu kesalahan besar.

Allah berfirman: “ Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisa : 29-30)

Dari Abu Hurairah ra, bersabda Rasulullah saw : “ Barangsiapa yang bunuh diri dengan besi di tangannya, dia (akan) menikam perutnya di dalam neraka jahannam yang kekal (nantinya), (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia (akan) meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam neraka jahannam yang kekal (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Dari Tsabit bin Dhahhak ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka dia disiksa dengan (alat tersebut) pada hari kiamat.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Kami bersama Rasulullah saw pada perang Khaibar. Kemudian beliau berkata pada seseorang yang mengaku dirinya muslim: “Orang ini dari penduduk neraka.” Ketika terjadi pertempuran, orang tersebut bertempur dengan sengitnya lalu terluka. Dikatakan kepada beliau: “Wahai Rasulullah, yang engkau katakan bahwa dia dari penduduk neraka, sesungguhnya pada hari ini dia ikut bertempur dengan sengitnya, dan dia telah mati.” Jawab Rasulullah saw: “(Ia) masuk neraka.” Hampir saja sebagian manusia ragu (dengan ucapan tersebut). Ketika mereka dalam keadaan demikian, lalu mereka dikabari bahwa dia belum mati akan tetapi terluka dengan luka yang sangat parah. Ketika malam hari dia tidak sabar lagi dan bunuh diri. Lalu dikabarkan kepada Nabi saw tentang hal tersebut, lalu beliau berkata: “Allahu Akbar, aku bersaksi bahwa sesungguhnya aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Beliau memerintahkan Bilal untuk berteriak di hadapan manusia:
Sesungguhnya tidaklah ada yang masuk surga kecuali jiwa yang muslim, dan sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan laki-laki yang fajir (berbuat dosa ).”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Syeikh Abdurrahman Al Barrak berfatwa bahawa bunuh diri itu merupakan kejahatan besar. Orang yang bunuh diri untuk lari dari musibah, kesulitan, kemiskinan, atau karena gejolak perasaan dan rasa marah, semua itu menyiapkan dirinya untuk menerima siksa Allah.

Demikianlah ternyata bunuh diri bukan jalan keluar yang menyelamatkan namun justru ia mengantarkan kepada kesengsaraan.

Kalian juga maklum bahawa kami juga tidak terlepas dari menghadapi musibah sebagaimana kalian, cacat yang bersangatan, sakit yang seakan tak tertanggung, sehingga kadang-kadang diperakui oleh doktor sebagai tiada harapan sembuh, atau apa-apa musibah yang ada kalanya lebih dahsyat dari yang kalian alami. Namun ketahuilah kami diajar untuk bersabar, melalui firman Tuhan kami dan Tuhan kamu juga. Juga melalui pesanan Nabi kami, Rasulullah saw.

Allah berfirman; " Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Al-Baqarah : 177)

“ (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An Nahli : 96)

" Wahai orang-orang yang beriman. Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 153)

“ Dan Allah mengasihi orang yang sabar”. (Ali Imran : 146)

“ Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ".(Az-Zumar :10)

Rasulullah saw mengkhabarkan kepada kami bahawa kesabaran kami atas apa-apa juga kesusahan dan musibah yang kami lalui, semuanya akan dibalasi dengan balasan yang setimpal oleh Allah, Tuhan kami Yang Maha Penyayang.

Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata : “ Rasulullah saw menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata. ‘ Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahan, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak ”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud).

Dari Sa’id bin Abi Waqqash ra. dia berkata. “Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ?. Beliau menjawab. Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya ”. (Hadith riwayat Imam Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Imam Ahmad).

Dari Abu Sa’id Al-Khudry ra. dia berkata. “Aku memasuki tempat Rasulullah saw, dan beliau sedang demam. Lalu kuletakkan tanganku di badan beliau. Maka aku merasakan panas ditanganku di atas selimut. Lalu aku berkata. “ Wahai Rasulullah, alangkah kerasnya sakit ini pada dirimu ”. Beliau berkata : “ Begitulah kami (para nabi). Cobaan dilipatkan kepada kami dan pahala juga ditingkatkan bagi kami ”. Aku bertanya. “ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cobaannya ? ”. Beliau menjawab. “ Para nabi ”. Aku bertanya. “ Wahai Rasulullah, kemudian siapa lagi? ”. Beliau menjawab. “ Kemudian orang-orang shalih. Apabila salah seorang di antara mereka diuji dengan kemiskinan, sampai-sampai salah seorang diantara mereka tidak mendapatkan kecuali (tambalan) mantel yang dia himpun. Dan, apabila salah seorang diantara mereka sungguh merasa senang karena cobaan, sebagaimana salah seorang diantara kamu yang senang karena kemewahan”. (Hadith riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata : “ Cobaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahanpun”. (Hadith riwayat Imam At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Al-Hakim).

Abdullah bin Mas’ud pernah berkata. “ Aku memasuki tempat Nabi saw dan beliau sedang demam, lalu aku berkata. “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau sungguh menderita demam yang sangat keras’. Rasulullah saw berkata. “ Benar. Sesungguhnya aku demam layaknya dua orang diantara kamu yang sedang demam”. Abdullah bin Mas’ud berkata. “ Dengan begitu berarti ada dua pahala bagi engkau ? ”

Beliau menjawab. “ Benar ”. Kemudian beliau berkata. “ Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya ”. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Dari Abi Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah ra, keduanya pernah mendengar Rasulullah saw berkata. “Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhawatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya ”. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Dari Atha’ bin Abu Rabbah, dia berkata. “ Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku. “ Mahukah kutunjukkan kepadamu seorang wanita penghuni sorga ?”. Aku menjawab. “Ya”. Dia (Ibnu Abbas) berkata. “Wanita berkulit hitam itu pernah mendatangi Nabi saw, seraya berkata. “ Sesungguhnya aku sakit buta dan (auratku) terbuka. Maka berdoalah bagi diriku. Beliau berkata. “ Apabila engkau menghendaki, maka engkau bisa bersabar dan bagimu adalah sorga. Dan, apabila engkau menghendaki bisa berdo’a sendiri kepada Allah hingga Dia memberimu afiat ”. Lalu wanita itu berkata. “ Aku akan bersabar ”. Wanita itu berkata lagi. “ Sesungguhnya (auratku) terbuka. Maka berdo’alah kepada Allah bagi diriku agar (auratku) tidak terbuka ”. Maka beliau pun berdoa bagi wanita tersebut. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Dari Anas bin Malik, dia berkata.”Aku pernah mendengar Rasulullah saw berkata. “ Sesungguhnya Allah berfirman; ‘Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan sorga”. (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dengannya menjadikan kami mampu bertahan. Sukacita ingin kami maklumkan tidak sedikit dikalangan kami yang masih bahagia dengan musibah demikian dengan izin Allah, Tuhan kami, Tuhan kamu juga. Gambaran mudah keadaan kami baik dalam apa jua keadaan adalah sebagaimana yang di ujarkan oleh Nabi kami, Rasulullah saw.

Dari Abdurrahman bin Abi Laila dari Shuhaib, ia berkata, “ Rasulullah saw bersabda: “ Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusan baik baginya dan kebaikan ini tidak dimiliki oleh selain seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya.” ( Hadith riwayat Imam Muslim).

Oleh itu terimalah jalan yang dapat menyelamatkan kalian dunia dan akhirat. Pastinya kalian akan terlepas dari kegelisahan, kesedihan, kegoncangan jiwa, putus asa, apatah lagi sehingga ketahap untuk mengakhiri jiwa kalian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.