RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Monday, September 13, 2010

Kita Agungkan-kah Allah ?

Pengertian takbir.

" Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, untukNya segala puji-pujian."

" Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya, Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Tiada tuhan melainkan Allah. kami tidak menyembah kecuali kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah. Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Yang benar janjiNya, yang memuliakan tentera-tenteraNya, yang menolong hambaNya dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan untukNya segala puji-pujian. "

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab Sabilal Muhtadin, bahawa sunat bagi lelaki dan perempuan bertakbir dengan suara nyaring. Namun bagi perempuan disunatkan dengan suara perlahan, dimulai dari masuk matahari pada malam hari raya baik dijalan, masjid, pasar, yang berkenderaan, mahupun yang berjalan kaki, diwaktu sedang duduk atau berdiri, terlebih muakkad pada saat berkumpul orang ramai, sehingga imam masuk dan dimulai mengerjakan sembahyang hari raya. Jika sembahyang bersendirian takbir berakhir sehingga mengangkat takbiratul ihram. Kesimpulannya disunatkan bertakbir dalam semua keadaan.

Perintah bertakbir pada malam hari raya fitri adalah berdasarkan firman Allah S. Al-Baqarah : 185" Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikanNya kepadamu..."

Ungkapan kalimat-kalimat dalam takbir, merupakan kalimat agung dan keramat. Ungkapan ucapan dan pengakuan seorang hamba dengan Tuhannya. Pengakuan rasa perhambaan yang maha hebat, rasa akur akan lemah dan kerdilnya kita sebagai hamba. Betapa kita fakir yang amat, sangat berhajat dengan Allah dalam semua perkara dan keadaan . Terasa KekuasaanNya, Keagungan, Kebesaran serta Kehebatan Allah.

Pada malam itu sehingga paginya seluruh angkasa raya terpenuh dengan laungan takbir yang tidak putus-putus. Segenap lapisan masyarakat bermula dari rakyat marhein sehingga kepada pimpinan tertinggi sesabuah negara tidak ketinggalan turut serta dalam bertakbir.

Persoalannya, benarkah ucapan dan laungan takbir kita ? Selarikah takbir kita dengan seluruh amal perbuatan kita ? Percakapan, perbuatan dan sikap kita ? Agungkah Allah dalam kehidupan kita ? Agungkah Allah dalam sistem bermasyarakat kita, dalam sistem bernegara kita ?

Benarkah kita tatkala kita mengucapkan " kami tidak menyembah kecuali kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan yang menyengutukan Allah ", atau kita sering mengatakan dan masih mengatakan bahawa negara kita terdiri dari masyarakat majmuk, dari itu Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan ?

Jika benar begitu, sebenarnya kita telah berbohong dalam ucapan takbir kita.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.