RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Sunday, September 19, 2010

Kata-kata hati (22) Rayuan ku... Ya Allah

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak ......

Berikut adalah catatan puisi dari blog http://umu6point.blogspot.com/. (SUNDAY MAY 23, 2010)Terima kasih banyak-banyak puan.

- Syahid dalam berjuang -

Bismillahirrahmanirrahim......


Menitis air mataku di perdu pohon malam yang kelam
tika cerita mu gah di sebarkan rakan
kau tersenyum di samping bidadari idaman

Telah kau buktikan janji Tuhan itu benar
telah kau lalui jalan yang silam dengan kejayaan
telah kau sirami embun di hati2 yang kekeringan
juga dapat ku rasakan kau telah kecapi manisnya iman

kau tidak aku kenal
kerana kau bukanlah siapa2 padaku
namun aku ingin kau tahu
mati mu sangat di cemburui aku

Telah ku kira amalan ku
namun ku tahu, ianya jauh tak standing dengan amalan mu
namun begitu ku cuba melalui jalan2 yang kau telah lalui
agar kelak kita berada di dalam golongan yang di redhai

Berhari-hari sirah perjuangan mu ku baca
Subahanallah...terkesannya hati terlerai air mata
kecemburuan di hati yang tiada tara
melihat jasadmu tenang untuk bertemu Sang Pencipta.

Aku menagis lagi..
memikirkan jalan yang kau lalui
begitu berat untuk aku lalui
kerana itu aku sering berdoa
di tetapkan hati untuk berada di jalan yang sempurna

Tangisan ku tiada henti
dan aku menangis lagi
hingga bahagia itu turut aku miliki
sehingga itu tangisan tidak akan berhenti

Akan terus ku rayu
dengan doa dan tangisan
kerana aku ingin seperti engkau
syahid dalam perjuangan

*Luahan bicara buat Da'ie Illallah
Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Syahid pada 4 hb Mei 2010
ketika keluar dakwah di Sandakan Sabah.
Al Fatihah buat Allahyarham......

Anak.....

Tiada banyak juga bezanya kami dengan bait-bait puisi tersebut.....Ameen.

4 comments:

  1. salam...humm....bait2 puisi ini sgt mnyentuh qalbu.Mmg sgt sukar utk menempuh jalan yang arwah huzaifah tempuh.Demi Allah,sgt sukar dan menggerunkan.Diri ini cuba merasai sedikit jalan yg ditempuh arwah,ternyata amat memeritkan dan x semudah yg disangka.Arwah mmg sgt kuat hadapi keaadaan dakwah yang ditempuhnya.Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Rencana Allah. Kehidupan sukar kita sekeluarga waktu anak-anak masih kecil menjadi bekalan yang baik rupanya. Selalu kita lihat sejarah memaparkan orang-orang hebat lahir dalam suasana yang memeritkan, kemiskinan, serba tidak cukup, menempuh ujian yang berbagai. Moga kalian sekalian menjadi hebat juga. Ameen..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan..

    Allahuakhbar.. hari ini, entah kenapa saya tidak dapat melelapkan mata. Mungkin di tinggalkan keseorang oleh suami yang beriktikaf di masjid meraikan 10 malam terakhir Ramadhan.

    Saya selusuri catatan "kata-kata hati" tuan dari yang pertama sehinggalah sampai yang ke 22 ini dan menemui luahan rasa saya terhadap anak tuan di sini. Sungguh saya terharu tuan sudi meletakkannya di sini sebagai perkongsian buat yang lainnya. Jazakallah.

    Mohon doakan zuriat pertama yang saya kandung sekarang dapat saya didik seperti tuan mendidik anak-anak tuan mengikut acuan sunnah Nabi saw sehingga di masa hidup dan matinya mendapat kemuliaan yang di impikan semua orang.

    -umu anisah mohd nor-
    26/8/2011
    bersamaan 26 Ramadhan 1432 H

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wrt. wbt.
    Ameen....
    "Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."

    "Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.