RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, May 2, 2013

Rayu & Doa



Dengarlah....

Shaariibuu Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

Dalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu berkata; kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun. Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.

Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu, anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

Begitu luahan Shaariibuu, minggu lalu ketika bertemu dengan Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri, sewaktu menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, ibunegara Mongolia. Beliau berharap kenyataan tersebut dapat dikeluarkan di Malaysia.

Keadilan apakah yang kita tidak berikan kepada mereka :

Mungkin persoalan berikut mampu merongkai persoalan keadilan dan kebenaran yang dibangkitkan Shaariibuu.

1. Apakah motif rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadamkan ?
2. Apakah tujuan kedatangan Altantuya ke Malaysia ?
3. Altantuya tidak pernah buat kesalahan terhadap dua orang yang disabitkan kesalahan bunuh itu. Kenapa mereka (orang disabitkan kesalahan membunuh), membunuh orang yang tidak mereka kenali (Altantuya) - suka-suka membunuh atau ada yang suruh?
4. Dari mana sumber bahan peledak C4 mereka diperolehi ?
5. Siapa yang beri izin pengambilan C4 ?
6. Segala persoalan yang menjadi tanda tanya/kemusykilan seluruh penduduk dunia ?

Hindari Doa Orang Yang Kena Zalim

Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW mengutus Muaz ke negeri Yaman (untuk menjadi Amir dan Qadhi), lalu beliau bersabda kepadanya: "Hindarilah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding." (Hadith Riwayat Tirmizi)

Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya'ala dan Dhiya Al-Maqdisi ada riwayat tambahan daripada hadis yang telah disebutkan di atas yang bermaksud: "Jauhi doa orang yang kena zalim, walaupun ia adalah seorang yang kafir, kerana doanya tidak terdinding." (lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu' 6 ms 155).

Apakah 6hb Mei 2013, akan lahir Malaysia baru, yang bakal tertegak didalamnya keadilan ?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.