RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Sunday, July 10, 2011

Pengajaran dari BERSIH.2.0 (2) Kata cerdik pandai.





Berikut saya nukilkan kata-kata Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah , Pengasas Zentrum Future Studies, berkaitan dengan BERSIH 2.0

1. " Syor lapan perkara oleh Bersih bukanlah sesuatu yang seberat konflik perang saudara, atau krisis nuclear, atau sengketa sempadan yang memerlukan tindakan polis, tentera dan segala macam di peringkat keselamatan Negara ".
" Ianya hanyalah beberapa permintaan daripada Bersih untuk diteliti, dikaji, dinilai dan diselesaikan semata-mata bagi membolehkan amalan demokrasi di Malaysia menjadi lebih baik dan lebih sempurna”.
2. “ Apabila pemimpin mengerahkan jutaan rakyat untuk berkumpul bagi mendengar dia bercakap, maka rakyat akan menurut dengan rela dan baik hati; tetapi apabila hanya beberapa orang rakyat berkumpul memohon agar pemimpin datang mendengar mereka bersuara mengadu dan rakyat pun di anggap pemberontak…masa depan apakah yang akan ada, jika nasib hanya satu arah ? ”
3. “ Menangkap rakyat yang memakai baju BERSIH adalah satu peristiwa malang dalam sistem demokrasi di negara ini yang akan dikenang sebagai sebahagian daripada sikap-sikap anarkis pemerintah kepada rakyatnya…..”

Saturday, July 9, 2011

Pengajaran dari BERSIH 2.0 (1) ALLAH sebaik-baik perancang


Rakyat Malaysia, di Pert Australia.



Di pusat Bandaraya K. Lumpur



ALLAHU AKBAR !!!

ALLAHU AKBAR !!!

ALLAHU AKBAR !!!


Firman Allah ; Surah Al Anfal 30.


" Mereka menjalankan perancangan jahat, dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat ".



Firman Allah ; Surah Al Anfal 18.



" Demikianlah (cara pengurniaan ni'mat kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang yang kafir ".

Thursday, July 7, 2011

Wahai TUHAN YANG.....



Ya ALLAH.... Ya MUTAKABBIR...

Katakanlah : " Wahai Allah Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehedaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada siapa yang Engkau Kehendaki tanpa hisab".

(Qs Ali Imran (3) :26-27)

Wednesday, July 6, 2011

PERLUKAH BEGINI...?


Demikian adalah paparan gambar demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur. Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.


Latihan mereka berlatar belakangkan sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Persoalannya……
PERLUKAH SEHINGGA SEBEGITU..?
MERBAHAYA SANGATKAH BERSIH…
SALAHKAH MEREKA PADA SISI PERLEMBAGAAN (UNDANG-UNDANG TERTINGGI DI MALAYSIA), PADA SISI AGAMA, ATURAN TAMADDUN MANUSIA…..LEBIH LAGI PADA SISI DEMOKRASI ?


Aduhai MALAYSIA ku....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.