RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Wednesday, July 6, 2011

PERLUKAH BEGINI...?


Demikian adalah paparan gambar demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur. Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.


Latihan mereka berlatar belakangkan sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Persoalannya……
PERLUKAH SEHINGGA SEBEGITU..?
MERBAHAYA SANGATKAH BERSIH…
SALAHKAH MEREKA PADA SISI PERLEMBAGAAN (UNDANG-UNDANG TERTINGGI DI MALAYSIA), PADA SISI AGAMA, ATURAN TAMADDUN MANUSIA…..LEBIH LAGI PADA SISI DEMOKRASI ?


Aduhai MALAYSIA ku....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.