RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Wednesday, August 17, 2011

DISEBUAH PONDOK USANG, DIBULAN PUASA

Gambar diambil dari Berita Harian 7 Jun 2010

BATU PAHAT: Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri,
Mohd Yusof Alam, 55, dan Halimah Abdullah, 49, di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, Parit Sulong, di sini.



Di sebuah pondok usang di mamah usia,
Di Ulu sana dibulan puasa
Beratap rumbia, namun malam boleh saja terus mengharap cahaya bulan purnama
Cahaya neon masakan ada…
Kan letrik dan semua tu perlukan belanja
Apa nak kata mereka bukan sesiapa..
Rakyat marhein sahaja…harus terima, bersyukur lebih utama..
Itulah ujar pemimpin di atas sana..

Di sebuah pondok usang dimamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Bertiang perdu pohon dari belukar saja.
Apa nak kata mereka kan bukan sesiapa
Pokok balak dibelantara untuk habuan kroni sahaja.
Walau hasilnya entah dibolot siapa.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Berdinding, tapi berlubang di mana-mana.
Memang begitulah hidup orang desa…
Mana ada istana, harga berjuta-juta
Walaupun diperah dari keringat simiskin juga.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Terlantar anak kecil kerana sedang berpuasa
” Mak petang ni kita berbuka apa..? ”
” Nak…Apalah juadah yang kita ada..”
” Lempeng pisang je yang ada..”
Pada ibu tua …..itu sudah terlalu istimewa.
Mana ada lagi seumpama Saidina Umar yang peka
Derita rakyat dirasa sama
Dipikulnya gandum di atas pundaknya yang mulia
Untuk anak dan siibu, juga rakyatnya semua.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Anak-anak kecil yang belum kenal dunia
Hidup menderita sudah terbiasa
Mengikat perut dan selera
Kan kita disuruh berhemat berbelanja…
Ujar orang di atas sana.
Padahal mereka berbelanja sesuka rasa
Asal terpadang mata….walau berjuta-juta peduli apa
Kan rakyat… kita boleh tutup mata mereka

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Sikecil tak sabar menanti saat takbir bergema
Saat orang lain sudah berpesta berbelanja
Pakaian serba baru aneka warna
“ Mak... Raya nanti pakai baju lama ?”
“ Yelah Nak.. kan baju raya tiga tahun dulu tu kubas warnanya belum ketara”
“ Kalau senteng pun sedikit sahaja”
“ Engkau bermain dan berlari-lari sentengnya tak nyata”

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Sikecil hanya diam menundukkan kepala
Dalam hati pasti hiba tak terkata
Padahal orang-orang besar di luar sana
Berbelanjanya saja diluar negara
Mengangkutnya saja guna beberapa kereta
Belum dinilai berapa harga
Sebentuk cincin mereka menelan juta
Gelang, tas tangan dan lain-lain eksesori belum dikira
Boleh tampung entah beratus atau ribuan rumah PPRT untuk rakyat gelandangan di kota dan desa

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Siibu tua memendam rasa mententeramkan sikecil manja
“ Nak… kita kan orang biasa ”
“ Usah meminta dan mengharap apa yang kita tiada ”
“Ayah engkau kan dah tak berupaya ”
“Sehari pencariannya hanya cukup untuk mengalas perut sahaja”
“ Tapi bersyukurlah Nak….kita masih boleh berbangga”
“ Kita bukan jenis yang menjual Agama”
“ Walau hanya dengan sehelai kain pelikat cuma”
“ Sekilo dua gula, atau sehelai wang kertas kelabu warnanya”
“ Kerna redha Allah-lah yang perlu di utama, diambil kira”
“InsyaAllah apa yang kita terlepas di dunia akan diganti di Syurga sana”

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Siibu merenung sikecil yang sudah melelapkan mata
Didinihari disamping suami tua yang merengkut sejuk tanpa gebar tuala
Menanti esok yang entah bagaimana..
Akhirnya manik-manik air jernih tak terbendung jua
Melepasi kelopak kendur matanya….
Kepada Allah ia sujud, mengadu hiba…..
Wahai orang di atas sana, apa semua tu tidak diambil kira
Waktu dihitung kira bicara
Tertanggungkah nanti, tuan semuanya
Yang menunggu di sana hanya dua……
SYURGA atau NERAKA.

Monday, August 15, 2011

BAGAIMANA..?

Ramai....bukan seorang...
Semakin kerap......bukan jarang-jarang…
Sumpah seakan satu trend untuk membela, membersih dan menyucikan,

membenarkan diri rupanya sekarang…

Wahai orang-orang agama tersayang, ulama’-ulama’ terbilang….
Moga hal demikian tidak dilepas pandang….
Jelaskanlah secara terang….
Usah peduli sesiapa memandang….
Peduli sahaja Allah yang memandang….

Kami orang kebanyakan sudah keliru bukan kepalang….
Masyarakat lintang-pukang….
Tiada cahaya walau siang….
Sebelum dihitung di Mahsyar luas yang tiada terjangkau mata memandang….


" Mereka menjadikan SUMPAH-SUMPAH mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah; kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan. "
(Al-Mujaadilah : 16)

" Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan SUMPAH-SUMPAH(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. "
(An-Nahl :91)

Kenapa dibezakan ?

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa [Al- Baqarah : 183]


Berbetulan dengan kita berada dalam bulan Ramadhan ini, dimana-mana kita akan dihidangkan dengan ayat yang menjadi dalil kewajipan berpuasa, yang membawa maksud seperti di atas. Oleh kerana kerapnya, kita pun menjadi hafal, faham dan akur akan hukumnya. Semua orang merasakan kehadirannya. Semunya bersedia dengan cara yang berbagai. Diraikan, disambut dan sebahagian besarnya menunjukkan kesungguhan untuk menepati maksud kehendak puasa itu, yakni agar dapat mencapai darjat TAQWA.


Tetapi bagaimana pula bila disebutkan, dibacakan, di serukan ayat yang berbunyi hampir sama........;


“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.”[Al- Baqarah : 178]


“ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al- Baqarah : 216]


.....sebahagian manusia bermuka masam. Tidak sedikit menolak tuntutannya. Tidak terbilang mencemuh dan mempersenda. Direkakan alasan yang berbagai rupa.


Aduhai manusia…..Semuanya dari Qur’an yang sama, dari Allah Yang Satu, Pencipta yang sama, kenapa penerimaan kita terhadap semuanya boleh berbeza ?

Sunday, August 14, 2011

Inginkan Syurga .....

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
“Wahai orang yang beriman!, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA”.


Kenapa berpuasa ?
Supaya kita mencapai TAQWA...

Apa itu TAQWA ?
Saidina Umar aL-Khattab r.a ketika ditanya oleh seseorang apakah itu TAQWA... jawabnya,
"taqwa itu umpama kamu berjalan di atas satu jalan yang penuh dengan onak dan duri...pastinya kamu akan berhati-hati agar tidak tercedera dengan duri tersebut"

....TAQWA itu ialah berhati-hati dari segala segi....
Kenapa perlu TAQWA ?


Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133:
Maksudnya: “ Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang berTAQWA.”

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 73:
Maksudnya: “Dan orang yang berTAQWA kepada Tuhan mereka dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga itu dibuka pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan kekal.”


Akhirnya bolehlah kita bertanya kepada diri kita masing-masing.

Cerahkah harapan kita tentang Syurga itu?

Jawapannya masing-masing kita mengetahuinya, kerana belum pasti kita mampu mencapai TAQWA.

Jadi tahulah kita nilai puasa kita....

Saturday, July 30, 2011

Pengajaran dari BERSIH 2.0 (8) Jujurlah....

Jutaan melontar batu, manifestasi rasa benci yang amat kepada syaitan laknatullah

Berarak di atas jalanraya, puluhan kilometer sambil melaungkan ucapan rasa perhambaan & pengabdian sesungguhnya kepada Allah swt.
Jutaan berhimpun menunjukkan, melahirkan serta meluahkan rasa ketundukan, perhambaan, pengabdian sesungguhnya kepada Allah swt.


Tatkala akan berlangsungnya BERSIH 2.0, fikiran sebahagian umat Islam pastinya jadi rancu bercelaru. Betapa tidak, diluar sana dikeluarkan ‘fatwa-fatwa’ yang berbagai berkaitan haramnya himpunan BERSIH 2.0 pada sisi agama. Bahkan dikhutbahkan di mimbar-mimbar Jumaat akan ‘munkarnya’. Dikatakan demontrasi tiada dalam Islam. Persekongkolan dalam himpunan BERSIH 2.0, yang diketuai oleh wanita bukan Islam itu tidak syaraie, dan berbagai.

Namun dalam keserabutan itu, rupanya masih ada juga di luar sana ulama-ulama yang masih jujur, amanah dan ikhlas dengan ilmu mereka. Dari mereka dikemukakan hujah bagi menyanggah ‘fatwa-fatwa’ pengharamannya.

Sekadar mengutip dan menghimpun kembali hujah-hujah mereka berikut saya nukilkannya.

1. Demontrasi haram, tiada dalam Islam.
Benarkah demontrasi haram, dan tiada dalam Islam?
Hujah (I) Apakah maksud demontrasi?
Menurut berbagai versi kamus, demo/demontrasi bermaksud tunjuk perasaan atau melahirkan atau menzahirkan atau mempamerkan perasaan atau unjuk rasa.

Jika itulah maksud demontrasi, maka sebenarnya kita telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sejak ribuan tahun yang lalu. Bukankah telah berdemontrasi, meluahkan perasaan ratusan ribu sahabat-sahabat, juga Rasulullah saw sewaktu wukuf di Arafah? Demontrasi sebagai seorang hamba Allah, sebagai tanda perakuan perhambaan, pengabdian mutlak kepada Sang Pencipta? Bukankah lafaz-lafaz talbiah yang mereka laungkan memenuhi udara, juga dilakukan oleh umat Islam yang menunaikan Haji saban tahun sebagai demontrasi, meluahkan perasaan manusia kepada Tuhannya?

Apa pula yang dapat kita katakan sewaktu kita berarak diseluruh negara, siap dengan sepanduk, serta laungan kata-kata selawat dan pujian dalam sambutan maulidur Rasul saw?

Haram jugakah perhimpunan dan perarakan raksaksa yang kita lakukan saban tahun sewaktu sambutan hari kebangsaan, tanggal 31 Ogos setiap tahun?

Hujah (II) Rasulullah saw dan para sahabat tidak pernah berdemontrasi ?
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad; bahawa setelah Saidina Umar r.a masuk Islam, beliau mengatakan kepada Rasulullah saw. “ Ya Rasulullah saw, bukankah kita berada di pihak yang benar jika kita mati dan jika kita hidup?” Rasulullah saw menjawab: “ Benar. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sesungguhnya kamu berada di pihak yang benar jika kamu mati dan jika kamu hidup.”

Umar berkata : “ Kemudian mengapa dakwah Islam kita lakukan secara sembunyi-sembunyi ? Demi Zat yang mengutus engkau dengan kebenaran, kami semua akan keluar dari rumah ini.”

Maka Rasulullah saw pun mengizinkan mereka keluar. Rasulullah saw keluar dari Darul Arqam bersama kaum muslimin dengan membentuk dua barisan. Satu barisan dipimpin oleh Sayyidina Umar bin Khattab dan satu barisan lagi dipimpin oleh Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib. Tatkala orang-orang Quraisy melihat Umar dan Hamzah memimpin barisan kaum muslimin, mereka tertimpa kesedihan yang belum pernah mereka alami selama ini. Dengan itu Rasulullah member Umar gelaran Al-Faruq.

Dalam riwayat lain dikatakan; Shuhaib bin Sinan berkata: “ Tatkala Umar bin Khattab masuk Islam, beliau menzahirkan keIslamannya dan mengajak untuk berdakwah secara terbuka. Kami duduk di sekitar Ka’abah dengan membentuk halaqah (lingkaran), melakukan tawaf di Ka’abah, dan berjalan dengan membentuk barisan menghadapi orang yang berlaku kasar kepada kami.”

Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah saw pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Mungulas berkaitan dengan hadith ini, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (mantan mufti Perlis) mengatakan bahawa hadith ini menunjukkan’ mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak Negara.

2. Persekongkolan dalam himpunan BERSIH 2.0, yang diketuai oleh wanita bukan Islam itu tidak syaraie ?
Berikut saya salinkan satu kisah yang senisbah dengan persoalan ini, dari kitab Fiqhus Sirah, tulisan Syeikh Muhammad Al Ghazali.

Hilful-Fudhul.
“ Hilful-Fudhul adalah suatu petunjuk bagi kita, bahawa betapapun hitamnya lembaran sejarah, betapapun bermaharajalelanya kejahatan, namun kehidupan dunia ini tidak kosong samasekali dari manusia-manusia yang hidup digerakkan oleh nilai-nilai luhur yang mendorong mereka berusaha menyelamatkan keadaan dan memulihkan kebajikan.”

“ Didalam suasana kejahilan yang berlarutan itu, bangkitlah sejumlah orang Arab yang sangat menginginkan kebajikan. Mereka saling bersepakat untuk berusaha menegakkan keadilan dan memerangi setiap bentuk kezaliman serta meratakan berlakunya kebajikan di tanah suci.”

Ibnul-Atsir mengatakan: “……………..kemudian beberapa anak suku kabilah Quraisy tertarik oleh ajakan membentuk persekutuan itu. Mereka lalu bersepakat membentuk persekutuan itu di rumah Abdullah bin Jad’an, mengingat usianya serta kedudukannya yang terpandang. Beberapa anak suku kabilah quraisy itu ialah; Bani Hasyim, Bani Al-Muthalib, Bani Asad bin Abdul ‘uzza, Bani Zuhrah bin Kilab, dan Bani Taim bin Murrah. Mereka bersepakat dan saling berjanji akan mencegah terjadinya kezaliman yang dilakukan oleh orang di Makkah terhadap salah seorang penduduknya atau terhadap orang dari mana pun juga yang berada di dalam kota itu. Mereka merasa berkewajipan menolak dan menentang setiap kezaliman yang hendak dilakukan orang. Persekutuan itu kemundian oleh orang-orang Quraisy dinamakan “Hilful-Fudhul”. Ketika itu Muhammad saw. turut serta sebagai saksi.

Di kemudian hari, setelah Baginda saw diangkat sebagai Nabi dan Rasul, Baginda berkata:
“ Ketika itu aku bersama para pamanku turut sebagai saksi dalam persekutuan di rumah Abdullah bin Jad’an. Betapa senang hatiku menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang aku diajak mengadakan Persekutuan seperti itu, pasti kusambut dengan baik”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq di dalam “As-Sirah”, juga oleh Ibnu Hisyam di dalam “Tarikh”nya (1/92) cetakan “Jamaliyyah”. Diketengahkan juga oleh Imam Ahmad bin Hambal hadis nombor (1655,1676) dari hadis Abdurrahman bin Auf tanpa menyebut kalimat “Seandainya setelah Islam datang aku di ajak mengadakan Persekutuan itu, pasti kusambut dengan baik.” sanadnya sahih.)

Tanda-tanda kegembiraan, menjadi saksi dalam persekutuan tersebut tampak pada kata-kata pujian yang diucapkan Rasul Allah saw itu. Sebab tekad melawan orang yang berbuat zalim, betapapun kuatnya orang itu, dan tekad melindungi orang yang diperlakukan secara zalim, betapapun lemahnya orang ini, adalah sejiwa dengan ajaran islam yang memerintahkan amal kebajikan dan mencegah kemungkaran serta memerintahkan orang supaya jangan melakukan perbuatan melampaui batas-batas peraturan yang telah ditetapkan Allah. Lagi pula, sudah menjadi tugas agama Islam sendiri untuk selalu menentang kejahatan dan kesewenang-wenangan, baik yang dilakukan oleh suatu bangsa maupun oleh individu di dalam masyarakat.

Wahai orang-orang agama diluar sana, jangan kelirukan serta sesatkan kami dengan lidah tuan-tuan. Bersikap jujurlah dengan ilmu dan agama tuan-tuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.