RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Wednesday, August 17, 2011

DISEBUAH PONDOK USANG, DIBULAN PUASA

Gambar diambil dari Berita Harian 7 Jun 2010

BATU PAHAT: Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri,
Mohd Yusof Alam, 55, dan Halimah Abdullah, 49, di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, Parit Sulong, di sini.



Di sebuah pondok usang di mamah usia,
Di Ulu sana dibulan puasa
Beratap rumbia, namun malam boleh saja terus mengharap cahaya bulan purnama
Cahaya neon masakan ada…
Kan letrik dan semua tu perlukan belanja
Apa nak kata mereka bukan sesiapa..
Rakyat marhein sahaja…harus terima, bersyukur lebih utama..
Itulah ujar pemimpin di atas sana..

Di sebuah pondok usang dimamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Bertiang perdu pohon dari belukar saja.
Apa nak kata mereka kan bukan sesiapa
Pokok balak dibelantara untuk habuan kroni sahaja.
Walau hasilnya entah dibolot siapa.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Berdinding, tapi berlubang di mana-mana.
Memang begitulah hidup orang desa…
Mana ada istana, harga berjuta-juta
Walaupun diperah dari keringat simiskin juga.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Terlantar anak kecil kerana sedang berpuasa
” Mak petang ni kita berbuka apa..? ”
” Nak…Apalah juadah yang kita ada..”
” Lempeng pisang je yang ada..”
Pada ibu tua …..itu sudah terlalu istimewa.
Mana ada lagi seumpama Saidina Umar yang peka
Derita rakyat dirasa sama
Dipikulnya gandum di atas pundaknya yang mulia
Untuk anak dan siibu, juga rakyatnya semua.

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Anak-anak kecil yang belum kenal dunia
Hidup menderita sudah terbiasa
Mengikat perut dan selera
Kan kita disuruh berhemat berbelanja…
Ujar orang di atas sana.
Padahal mereka berbelanja sesuka rasa
Asal terpadang mata….walau berjuta-juta peduli apa
Kan rakyat… kita boleh tutup mata mereka

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Sikecil tak sabar menanti saat takbir bergema
Saat orang lain sudah berpesta berbelanja
Pakaian serba baru aneka warna
“ Mak... Raya nanti pakai baju lama ?”
“ Yelah Nak.. kan baju raya tiga tahun dulu tu kubas warnanya belum ketara”
“ Kalau senteng pun sedikit sahaja”
“ Engkau bermain dan berlari-lari sentengnya tak nyata”

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Sikecil hanya diam menundukkan kepala
Dalam hati pasti hiba tak terkata
Padahal orang-orang besar di luar sana
Berbelanjanya saja diluar negara
Mengangkutnya saja guna beberapa kereta
Belum dinilai berapa harga
Sebentuk cincin mereka menelan juta
Gelang, tas tangan dan lain-lain eksesori belum dikira
Boleh tampung entah beratus atau ribuan rumah PPRT untuk rakyat gelandangan di kota dan desa

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Siibu tua memendam rasa mententeramkan sikecil manja
“ Nak… kita kan orang biasa ”
“ Usah meminta dan mengharap apa yang kita tiada ”
“Ayah engkau kan dah tak berupaya ”
“Sehari pencariannya hanya cukup untuk mengalas perut sahaja”
“ Tapi bersyukurlah Nak….kita masih boleh berbangga”
“ Kita bukan jenis yang menjual Agama”
“ Walau hanya dengan sehelai kain pelikat cuma”
“ Sekilo dua gula, atau sehelai wang kertas kelabu warnanya”
“ Kerna redha Allah-lah yang perlu di utama, diambil kira”
“InsyaAllah apa yang kita terlepas di dunia akan diganti di Syurga sana”

Di sebuah pondok usang di mamah usia
Di Ulu sana dibulan puasa
Siibu merenung sikecil yang sudah melelapkan mata
Didinihari disamping suami tua yang merengkut sejuk tanpa gebar tuala
Menanti esok yang entah bagaimana..
Akhirnya manik-manik air jernih tak terbendung jua
Melepasi kelopak kendur matanya….
Kepada Allah ia sujud, mengadu hiba…..
Wahai orang di atas sana, apa semua tu tidak diambil kira
Waktu dihitung kira bicara
Tertanggungkah nanti, tuan semuanya
Yang menunggu di sana hanya dua……
SYURGA atau NERAKA.

3 comments:

  1. Orang yang duduk di atas selalunya susah nak pandang bawah. Ye lah kan masakan tidak....kan pemimpin yang adil dijanjikan balasan naungan Allah di akhirat esok...Ganjaran besar memang jarang orang dapat buat.

    ReplyDelete
  2. Sabda Rasulullah saw.
    "Tidak ada seorang pemimpim atas kaum muslimin yang mati dalam keadaan dia telah menipu mereka (kaum muslimin) , kecuali Allah akan mengharamkan Syurga atasnya". (hadith riwayat Bukhari & Muslim)
    Kau orang tak nak masuk Syurga..?

    ReplyDelete
  3. Berapa banyak dia orang tipu kita eek.... Tak terhitung. Parah dia orang ni nanti !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.