RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Sunday, August 14, 2011

Inginkan Syurga .....

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
“Wahai orang yang beriman!, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA”.


Kenapa berpuasa ?
Supaya kita mencapai TAQWA...

Apa itu TAQWA ?
Saidina Umar aL-Khattab r.a ketika ditanya oleh seseorang apakah itu TAQWA... jawabnya,
"taqwa itu umpama kamu berjalan di atas satu jalan yang penuh dengan onak dan duri...pastinya kamu akan berhati-hati agar tidak tercedera dengan duri tersebut"

....TAQWA itu ialah berhati-hati dari segala segi....
Kenapa perlu TAQWA ?


Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 133:
Maksudnya: “ Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang berTAQWA.”

Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 73:
Maksudnya: “Dan orang yang berTAQWA kepada Tuhan mereka dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga itu dibuka pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan kekal.”


Akhirnya bolehlah kita bertanya kepada diri kita masing-masing.

Cerahkah harapan kita tentang Syurga itu?

Jawapannya masing-masing kita mengetahuinya, kerana belum pasti kita mampu mencapai TAQWA.

Jadi tahulah kita nilai puasa kita....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.