RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, November 5, 2010

Kata-kata hati (25) Semuanya untuk dakwah

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Gamam juga abah sewaktu kawan-kawan anak, Ranzi, Abd Wafi, Rizal, dan beberapa orang lagi (abah tidak ingat semuanya) memunggah barangan tinggalan anak kedalam kenderaan abah tempohari. Terdapat dua ' sleeping bag ', satu berwarna biru dan satu berwarna hijau. Dan teringat abah akan satu lagi ' sleeping bag ' anak yang bersaiz lebih besar yang sudah berada di rumah (' sleeping bag ' yang anak gunakan semasa misi dakwah anak di Bluran, Sandakan).

Abah tanyakan pada Ranzi, milik siapa ? Yelah masakan anak ada 3 ' sleeping bag '. Padahal anak bukan seorang yang mewah, berduit. Untuk keperluan iktikaf anak, dalam mana-mana misi dakwah, anak cuma perlukan satu ' sleeping bag ' .

" Memang Huzaifah punya pakcik....., dia beli untuk di gunakan semasa bawa junior keluar iktikaf atau semasa menyediakan tetamu @ mereka yang datang keluar dakwah ke sini ," ujar Ranzi, senior, 'abang', dan juga mentor anak.

MasyaAllah.....sedangkan abah dimaklumkan, bahawa anak sering bertahan untuk berbelanja, malah kerap mengikat perut, semata-mata ingin menabung buat simpanan guna keperluan dakwah anak.

Tahniah dan syabaslah anak. Moga anak memperoleh apa yang pernah dijanjikan oleh Junjungan Besar (saw) kita lewat hadith-hadith berikut;

Sabda Rasulullah saw riwayat Baihaqi;

" Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah, ataupun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar dijalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka."

Sabda Rasulullah saw riwayat At-Thabari;

" Barangsiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang keluar dijalan Allah, dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang keluar dijalan Allah. Dan barangsiapa yang mengambil berat terhadap ahli keluarga orang yang keluar dijalan Allah dan mengeluarkan belanja kepada mereka, dia juga akan mendapat pahala sama dengan orang yang keluar dijalan Allah,"

3 comments:

  1. Allahuakbar! Allahuakbar!

    Ini bukan lagi main2 punya perjuangan.Ini betul2 luar biasa hal ni.Tidak mmpu diungkapkn ngn kate2 akan pengorbnn anak muda ini dlm dakwah.

    Insyaallah die sebaris dgn saf2 para mujahid,syuhada',auliya,dan seluruh yang telah terkorbn di jalan Allah ini dkepalai oleh Rasulullah saw.

    Perjuangn anak muda ini sgguh benar2 tulus dan bukan omong kosong.Jalan menempuh dakwah bukan jalan yg sukar dan utk terpilih mati di jalanNYa juga ada kriteria2 pentg yang mesti dilepasi oleh individu itu yg mana anatara kriteria yg majoriti para syuhada lepasi ialah sifat melbhkan harta,masa,tenga di jalan Allah lbh dari hal ehwal dunia mereka sndiri.Ini sukar punya kriteria yg ramai pejuang arini tidak dapat lepasi lagi.

    Tahniah dan syukur pada Allah dikurniakan di muka bumi ini tenteraNya yang x cukup dgambrkan kualitinya melalui penulisn ini.

    ReplyDelete
  2. salam...
    masyallah, memang hati itulah yang benar2 berjuang!!!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    masyaAllah...kena tambah korban khidmat utk suami kluar jln Allah lg nih. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.