RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, October 7, 2010

Apa kata mereka..? & bagaimana sikap kita..?

Ramai yang kenal mereka, namun tidak ramai mengetahui hasrat dan keazaman mereka. Perhatikan kata-kata mereka .......
Tulisan Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan

" Bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Ucapan Theodore Hertzel di Persidangan yahudi di Basle, Switzerland : 1897) - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895)

" Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran."

Ucapan William Ewart Gladstone (mantan Perdana Menteri Britain zaman Queen Victoria di dalam Parlimen Britain ( 1809 - 1898 )

" Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini ." ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Begitulah mereka. Dan manusia seakan mereka berterusan wujud pada setiap zaman dan dalam negara serta persekitaran negara Islam.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 217

"...Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf : 202

" Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)."

3 comments:

  1. Sabdaan:“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

    “Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

    Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.
    Pada awal tahun yang lau, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Israel (semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka) telah menyerang Palestin. Pelajar-pelajar Islam di tempat saya belajar ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

    Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada tentera Israel. Bendera Israel, patung Ehud Olmert (PM Israel) telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

    Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin bagi mempertahankan daerah Palestin yang di cerobuhi tentera Israel.. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

    Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di Pusat Islam, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.
    Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

    Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?
    Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??.

    Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

    Dan nabi saw bersabda“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan An Nasai’)

    ReplyDelete
  2. Salam & t.kasih
    Peringatan yang sangat bermanfaat. Moga Allah beri kita kekuatan untuk semuanya itu; beramal, beribadat & berjihad. Alangkah hebatnya jika semuanya dapat bersepadu dalam diri setiap kita. Semangatnya menjulang kelangit, ibadatnya memenuhi 'alam. Tidak seimbang jika semangat melonjak tinggi, sedang ibadat terjunam. Ingat untuk ke medan jihad wajib ada kekuatan dalaman, tidak cukup dengan semangat. Juga tidak cantik jika hanya ibadat sepanjang-panjang malam sedang hati tidak langsung tersentuh oleh penderitaan saudara seIMAN, dilanyak semahu-mahunya oleh musuh. Tidak terdetik sebesar hama untuk membela atau sekadar berkongsi perasaan dan sikap, atas semua kezaliman, pembunuhan, pemerkosaan muslimah2 dan penaklukan musuh Allah ke atas bumi Islam. Mungkin ada masalah Iman jika begitu.
    Wallaahu a'lam. Ulama'-ulama' di luar sana harap berikan tambahan input dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Assalmualaikum..artikel2 di blog ini sngt bermanfaat dan wajar dikongsi..mohon izin utk share di blog ana ya! syukran..ana sertakan link blog ini pada artikel yg ana postkan tu nnti..trima kasih,truskan prjuangan dakwah!=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.