RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Monday, October 4, 2010

JIHAD - Kewajipan yang diabaikan (8)


Keutamaan serta tempat para syuhada.

Al-Quran dan Al-Hadith telah menyatakan tentang keutamaan para syuhada . Allah telah menyediakan bagi mereka tempat yang sangat terhormat di dalam Syurga. Ruh-ruh mereka Allah tempatkan di dalam burung-burung yang hijau warnanya , yang berterbangan bebas sekehendaknya kian kemari di atas sungai-sungai , memakan buah-buahan Syurga.

Rasullulah s.a.w bersabda; (hadith riwayat Muslim)

" Roh para syuhada berada di dalam burung berwarna hijau, bagi mereka lampu-lampu yang tergantung pada al-Arsy, mereka bersiar-siar di dalam syurga ke mana sahaja mereka mahu dan kemudian kembali kepada lampu-lampu tersebut.”

Rasulullah saw bersabda; (hadith riwayat Bukhari)

“ Sesungguhnya di Syurga itu terdapat 100 tingkatan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk para syahid fi sabilillah. Jarak diantara satu tingkat ke tingkat yang lainnya seperti jarak antara bumi dan langit. Jika kamu minta pada Allah mintalah Syurga Firdaus, kerana ia merupakan pusatnya Syurga dan merupakan Syurga yang paling mulia. Di atas Firdaus itulah bersemayamnya Arasy. Dan dari Firdaus jugalah mengalirnya sungai-sungai Syurga.”

Firman Allah Surah An-Nisa’ : 69-67

“ Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang di anugerahi ni’mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para Shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang sholeh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui.”

Begitulah Allah menjelaskan tentang posisi para syuhada. Allah menjadikan para syuhada sebagai sahabat-sahabat para Nabi, kerana para syuhada itu telah menunaikan tugas dengan taat dan serius dalam memperjuangkan kebenaran dan telah mengorbankan semua kemampuan yang mereka miliki kerana semata-mata li i’la’I kalimatillah (semata-mata mencari keridhaan Allah). Oleh itu mereka , para syuhada berada di syurga bersama-sama dengan para Nabi.

Kelebiham para syuhada'


Daripada al-Miqdam bin Ma’di Kariba r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (hadith riwayat Ibn Majah)

“Orang Syahid di sisi ALLAH mempunyai lima perkara: Ia diberi keampunan pada permulaan pancaran darahnya, ia melihat tempat tinggalnya dari bahagian Syurga, ia diselamatkan dari azab kubur, ia selamat dari kejutan maha besar (Qiamat), ia dipakaikan dengan pakaian iman, ia dikahwinkan dengan bidadari dan diterima pemberian Sya’faatnya pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.”

RasuluLLah saw bersabda;(hadith riwayat Bukhari)

Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keeahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.

Bersambung.............

3 comments:

  1. Ya..Allah kurniakan aku kematian yang 'Indah'& 'Hebat' itu.

    ReplyDelete
  2. Izinkan juga aku ya..Allah.

    ReplyDelete
  3. TABAHKAH AKU UTK MENEMPUH GERBANG SYAHID...?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.