RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, October 30, 2010

Kata-kata hati (24) Kami meredhaimu

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Anak..

Barangan yang pernah anak gunakan tidaklah mahal jika diukur dari sudut nilai wang ringgit. Namun disudut nilai yang tersirat ianya tidak dapat dihitung. Ia membawa seribu pengertian dan seribu makna. Pasti ia tiada akan dapat ditukar ganti. Begitulah…segalanya kami simpan rapi. Itulah juga yang menjadi pendorong kami untuk ke UMT, dan ke bekas rumah sewa anak yang terletak sekitar 5 minit perjalanan dari UMT.

Gambar paparan nama di dalam telefon bimbit anak di atas, adalah sebahagian kecil dari yang abah maksudkan. Anak, abah, ummi dan mereka yang pernah memiliki seorang buah hati seumpama anak, serta pernah merasakan indah dan bahagianya hidup dalam satu keluarga sahaja, yang sebenarnya mampu memahami serta menggambarkannya. Pun begitu, tidak mudah untuk melukiskannya melalui kata-kata.

Jika pernah di marah, teguran keras, atau seumpamanya bukan bererti benci. Marah, adalah lantaran sayang yang amat. Membiarkan anak lepas-laku, tanpa dipandu, terutama dalam hal yang tidak patut adalah sebenarnya tidak menyayangi anak.

Anak…

Sebagimana anak menyayangi kami, (ummi abah), tinggi lagi kasih sayang kami. Orang kata, ‘ kasih sayang ibu (terutamanya) tidak bertepi.’ Rasanya tidak kurang juga bapa. Cuma bapa terkadang tidak mempamerkan sayangnya sebagaimana ibu.

Bagaimanapun anak….

Kami semuanya meredhai anak, semuanya redha, halal dan maafkan. Moga dengan redha kami setulusnya, anak telah mendapat redha TUHAN di ‘sana’.

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam Bukhari.
“ Barangsiapa yang membuat suka hati ibu-bapanya, maka sesungguhnya ia menyukakan Allah, dan barangsiapa yang membuat ibu-bapanya marah, maka sesungguhnya ia berarti membuat Allah murka.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Tirmizi.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan bapa, dan kemurkaan Allah tergantung kepada kemurkaan bapa.”

Sabda Rasulullah saw, riwayat Imam At-Thabarani.
“ Keredhaan Allah tergantung kepada keredhaan ibu-bapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan keduanya.”

1 comment:

  1. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.