RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, June 10, 2011

Wahai anak-anakku (2) Mampukah seperti mereka ?

Wahai anak-anakku...


Pada 20 J/Awwal 857, bersamaan 29hb Mei 1453 Sultan Muhammad Al Fateh yang masih seusia anak, 22 tahun, berjaya menembusi kubu pejal Konstantinopel, seterusnya menawannya, bersama 150,000 tentera terbaik, membenarkan kata-kata Rasulullah saw sekitar 800 tahun sebelumnya. Padahal telah ada 5 percubaan penawanan kota berkenaan semasa pemerintahan Umayyah, 1 percubaan penawanan semasa pemerintahan Abbasiyyah dan 2 percubaan semasa pemerintahan Uthmaniyyah. Meranapkan kesombongan, kekejaman dan penindasan Byzantium yang telah bermaharajalela ribuan tahun lamanya.

Sabda Rasulullah saw;
Dari Ahmad dan al-Hakim, dari Abdullah bin Bisyr al-Khats’ami, dari ayahnya: katanya ia mendengar Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sungguh Konstantinopel benar-benar akan ditakluk. Sungguh, sebaik-baik panglima adalah panglima perang pembuka Konstantinopel dan sebaik-baik tentera pembuka Konstantinopel.” (Sunan Ahmad)

Wahai anak-anakku...

Untuk misi penawanan konstantinopel tersebut, Sultan Muhammad Al Fateh melakukan keajaiban memindahkan 70 buah kapal gergasi armada Uthmaniah melintasi daratan bergunung-ganang, sejauh 5 kilometer, hanya dalam satu malam, (bererti hanya memerlukan sekitar 6 minit bagi memindahkan sebuah kapal bagi melepasi jarak sejauh 5 kilometer) tanpa dapat dihidu musuh.

Membina dan menggerakkan meriam raksaksa Urban seberat 300kg, yang mampu meledakkan peluru sejauh 1 kilometer, merobek benteng kota pertahanan musuh.


Penuh inovatif membangunkan menara bergerak bagi membawa tentera mujahidin buat memasuki kota melalui atas benteng, cuma dalam masa 4 jam sebuah. Sedangkan menurut sejarawan Byzantium Barbaro mengakui bahawa , ‘ Sekiranya seluruh Nasrani di Konstantinopel ini berkumpul bagi membuat menara bergerak ini, belum tentu ia dapat disiapkan dalam masa sebulan.'


Oleh itu wahai anak-anakku...
Apakah rahsia semuanya itu, sehingga mereka mampu meraih pengiktirafan Rasulullah saw sebagai sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.