Firman Allah Taala (Surah Al Isra' :1)
"Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Masyhur dikatakan terjadi pada tanggal 27 Rajab tahun kesebelas dari masa kenabian Baginda saw. Sejarah perjalanan dalam Isra' Nabi itu, dimulai dari Masjidil Haram, Makkah, hingga ke Masjidil Aqsa, di Palestin, sementara Mi'raj perjalanan Nabi Muhammad saw dimulai dari Masjidil Aqsa hingga Sidratul Muntaha, adalah dua mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai bukti kerasulan saw. Ianya juga adalah persoalan keimanan, ujian keimanan dan pengokoh keimanan.
Anak-anakku...

Sewajarnya, peristiwa besar itu dijadikan momentum pembinaan diri, keluarga, bangsa, dan negara karena dalam peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW diawali dengan pembersihan jiwa, dibekali dengan Iman, Ilmu dan Akhlaq untuk satu tugasan raksaksa, menjadi pemimpin yang bersifat rahmatan lil'alamin.
Sementara Mi'raj atau naik ke atas, merupakan satu bentuk hubungan menegak dengan Maha Pencipta, Maha Penguasa dan Pentadbir ‘alam, Allah SWT, melalui ibadah teratur, tertib, penuh disiplin, taat seumpama yang diajarkan dalam shalat, yang perintahnya diterima dalam peristiwa tersebut.
Akhirnya anak-anakku...
Wajar diberikan perhatian kenapa Allah gunakan Maha Melihat, "....sungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” bukan Maha Berkuasa, yang seakan sesuai dengan Kuasa menjalankan itu.?
Wahai anak-anak ku...
Hadamkan semuanya….biar ia sebati dalam kehidupan kita semua.

Salam.
ReplyDeleteAllah Maha Melihat akan penderitaan, susah getir, kehidupan Rasulullah dalam memikul beban dakwah. Yakini itu semuanya. Keimanan orang yang bersama Nabi waktu itu boleh goyang dek mehnah yang amat sangat. Lalu ditunjukkanNYA kekuasaanNYA yang melampaui alam dunia, yang tidak kuasa untuk difikir oleh akal. Biar keimanan Rasul saw dan orang yang bersamanya mantap, yakin bahawa segalanya hanya ujian bagi menepati ayat2 Allah, seumpama....
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
ReplyDeleteMereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya,"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Al-Baqara[2:214]
Salam.
ReplyDeleteterima kasih tuan, atas input yang terlalu mahal buat kami, sekeluarga.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” Al-Ankaboot
ReplyDelete[29:2-3]
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
ReplyDelete“Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam.” (Riwayat Tabrani)
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang yang bersabar.” (Ali Imran , ayat 142)
ReplyDelete