Dalam keadaan mata yang masih merah selepas menerima tembakan gas pemedih mata, tak sempat mengira berapa semuanya, kami masing-masing menghulur air mineral untuk dicurahkan pada bahagian mata. Sebahagian memberikan lebihan garam untuk disapukan pada anggota yang perlu.
Waktu itu kami sudah seumpama adik beradik, saling membantu, walaupun ada yang bermata sepet, dan ada yang berkulit gelap. Albert Chua memberi saya garam, sementara John Silvam mengajar kami membuat urutan tangan untuk meredakan kepedihan mata kami. Ditunjukkannya beberapa titik ‘point’ yang perlu di picit atau urut untuk tujuan memberikan kelegaan segera pada mata kami yang masih merah berair. Sebelum itu kami saling berpegangan tangan sambil melaungkan slogan yang sama; tuntutan BERSIH. Padahal kami pun tidak pernah berjumpa, apatah lagi berkenalan.
Dalam derita itulah kami saling bersalaman dan berkenalan, walaupun serba rengkas, kerana kami masih perlu melepasi deretan benteng si topi merah, sedang destinasi masih jauh.
Dengan John Silvam kami sempat lagi selepas itu beriringan meneruskan perjalanan, (melencongkan arah perjalanan, selepas disekat) bersama puluhan ribu yang lain melintasi sekolah lama saya ST. JOHN INSTITUTION di Bukit Nanas (sekarang dikenali sebagai ST. JOHN INTERNATIONAL SCHOOL)
Dengan John Silvam kami sempat lagi selepas itu beriringan meneruskan perjalanan, (melencongkan arah perjalanan, selepas disekat) bersama puluhan ribu yang lain melintasi sekolah lama saya ST. JOHN INSTITUTION di Bukit Nanas (sekarang dikenali sebagai ST. JOHN INTERNATIONAL SCHOOL)
Saya beritahu John Silvam ; “ John, ini sekolah lama saya…”
Dalam terkejut John Silvam berkata; “ Aaaaaa…….Saya pun bersekolah disini…” (Panjang lagi cerita kami selepas itu).
Dalam terkejut John Silvam berkata; “ Aaaaaa…….Saya pun bersekolah disini…” (Panjang lagi cerita kami selepas itu).
Yang pasti Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, pernah juga bersekolah disitu….
Rupanya BERSIH 2.0, berjaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu hati dan berganding bahu, sama-sama merasai perit getir perjuangan atas asas kebenaran dan keadilan, yang umumnya di inginkan oleh sekalian manusia yang waras akal.
Fitrah naluri manusia yang sehat, semuanya inginkan kebaikan. Yang tak ingin hanya hati yang memperturut hawa nafsu.
ReplyDeletesalam bersih...teruja & sgt kagum bl baca kisah pengalaman Pakcik yg myertai Perhimpunan Bersih. Smuga Bersih dpt mmberi suatu impak kpd sistem politik n pmerintahan di Malaysia ini.
ReplyDeletesalam...sgt menyentuh hati...saya juga anak muda yg berada d citu..mmg betol kata saudara..semuanya x kira bangsa..saling m'bantu..ape yg menyentuh perasaan saye ketika saya dahagakan air utk mengelap muka yg pedih & ketika itu sy m'cari pak cik yg m'megang botol air kecil..tanpa mengira ttg dirinya yg juga pedih...die terus memberi air kpd saye...dan ramai lg yg saya minta garam terus beri tanpa t'agak2..moga ianya akan d'lihat oleh ALLAH kebaikan mereka...SALAM BERSIH..
ReplyDeleteWa'alaikum salam
ReplyDeleteSalam perjuangan.
Utk setiap kejayaan perlukan pengorbanan.
Moga pengorbanan kita yang sedikit itu ada juga manfaatnya.
Harus diingat utk kejayaan yang lebih besar menuntut pengorbanan yang bukan kepalang.
Mari kita kuatkan mental, fizikal dan spiritual....IMAM
Pasti kejayaan/kemenangan yang dijanjikan ALLAH dekat itu akan sampai.
Allahu Akbar.
Maaf ...pembetulan.
ReplyDeleteMari kita kuatkan mental, fizikal dan spiritual.....IMAN
Salam.
ReplyDeleteAnonymous...(anak muda)
Anak ke yang berbaju hijau yang saya ambil gambar sewaktu dihadapan 7-eleven tempohari ?
Bersediakah saya terbitkan gambar anak & rakan2 dan kisah bersih di entri saya yang akan datang?
Salam Bersih..
ReplyDeletePakcik teruskan menulis entri2 psl bersih ni..
Pakcik letaklah gmbar anonymous 2...boleh kite kenal siapa empunya diri 2. (Sy jawab bg pihak dia)