Wahai tuan yang di atas sana.
Segal puji hanya bagi Allah yang telah menyampaikan tuan dengan segala rombongan, sampai dan memulakan amal dari rukun Islam kelima.
Segal puji hanya bagi Allah yang telah menyampaikan tuan dengan segala rombongan, sampai dan memulakan amal dari rukun Islam kelima.
Saya pasti tuan sebagaimana orang Islam kebanyakan yang lain juga berhasrat untuk mendapatkan ganjaran haji yang mabrur, yang tiada lain balasannya melainkan Syurga Allah swt. Dan saya juga percaya tuan dan sekaliannya yang turut serta dalam rombongan tuan basah lidah dengan segala ucapan yang hanya mengakui keagungan Allah, akur dengan diri sebagai hamba, yang hanya patuh sepenuhnya, tanpa bantah terhadap segala perintah Allah.
Tidak terkecuali juga tuan sudah melafazkan talbiah yang memberi makna berikut :-
Tidak terkecuali juga tuan sudah melafazkan talbiah yang memberi makna berikut :-
“Saya penuhi dan sahut panggilanMU Ya Allah, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Tiada sekutu bagiMU, saya penuhi dan sahut panggilanMU. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMU, tiada sekutu bagiMU.”
Berikutnya tuan akan melontar Jamrah Aqabah (wajib haji) seusai berdoa :-
“Dengan nama Allah, Allah Maha Beasr, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya.”
Begitulah seterusnya, segala amal perbuatan berserta dengan doa, zikir, tasbih dan tahmid, semuanya tiada lain melainkan perakuan kita hamba kepada Allah Rabb kita. Ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt.
Moga tuan dan semuanya membenarkan juga kata-kata dan segala yang tuan ucapkan tatkala berada di sana, sekembalinya ke Negara tercinta Malaysia. Perakuan sebagai hamba kepada Allah, ketundukan yang tiada alasan, pengabdian yang tiada belah bahagi, sepenuhnya bulat kepada Allah swt, mestilah terjelma juga dalam tindakan tuan sewaktu mengurus Negara. Adalah ganjil jika di sana tuan tunduk patuh, sekembalinya ketanahair enggan…
Jika di sana melahirkan kebencian dan marah kepada syaitan, takkan sekembalinya ke Malaysia sanggup meraikan dan melakukan kerja-kerja yang syaitan suka.
Maaf tuan jika saya tersalah dan terkasar bahasa. Namun sifat ubat memang pahit rasanya, manakala racun pula sering membuka selera.

Salam Aidiladha. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Perkongsian ilmu yang bermanfaat. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSalam.. maksud Pakcik, "Tuan" 2 merujuk kpd pm ke?? haji yg mabrur akn beri kesan kpd ssorg..nnt kte leh tgk apa yg akn jadi.
ReplyDeleteSmuga "Tuan" insaf & kembali ke jalan yg spatutnya..amien.
Ameen..
ReplyDeleteMoga Cikgu, Sue dan kita semuanya senantiasa dalam pimpinannya. Segalanya jika bermanfaat ambillah, jika tiada, tinggalkanlah dan tegur2lah. Semuanya yang saya tulis tiada lain hanya untuk diri saya dan anak-anak terutamanya.
Kasih dan penghormatan kita akan bertambah sekiranya 'Tuan' (PM) sepenuh rela, dengan segala kesungguhan, tanpa peduli cercaan orang yang mencela memertabatkan Agama Allah. Meletakkan Islam di tempat tertinggi dalam segala urusan Negara Malaysia tercinta.
Jika itu terjelma maka kami di belakang tuan...