RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Tuesday, November 15, 2011

Wahai orang di atas sana (5) Kerling-kerlinglah...


Tuan…
Cuba luangkan sedikit masa tuan untuk melihat keluar jendela tuan. Jika tuan tiada mampu, cuba berusaha lihat-lihat juga paparan beberapa rancangan Tv tempatan, jika tiada pasti bolehlah saya tolong sebutkan; seumpama rancangan ‘BersamaMu’. Kalau tiada berkesempatan cubalah lihat beberapa kepingan gambar di atas. Renung dalam-dalam akan wajah dua orang anak kecil dengan ibunya di samping rumahnya yang ‘sederhana’…?, Beratap rumbia, berlatai bumi, entah ada bilik , entahkan tidak… Ruang dapur adalah ruang tamu. Waktu malam berlabuh ruang itu adalah kamar tidur mereka. Bila fajar menyingsing lelangit kelambu mereka menjadi siling. Jangan ditanya akan kipas apatah lagi penghawa dingin, kerana mereka sudah saban malam dan dinihari dalam kedinginan. Usah fikir peti sejuk atau mikrowave, kerana tungku dapur kayu itu pun entah cuma berapa kali berasap untuk satu minggu. Punya penapis air 0.5 micron, kalis kuman…? Mana ada kerana semuanya cuma dari bumi dengan kedalaman telaga puluhan kaki. Tukang kebun, amah dan seumpamanya memang tiada pernah terlintas dalam otak mereka. Masakan terfikir tukang kebun kerana tanah atau ponduk mereka itupun atas ihsan orang lain atau di tanah rezab kerajaan. Banyak lagi yang tidak mampu untuk dicoretkan.
Tuan…
Pernahkah sang ibu berharap untuk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya di dalam rumah yang sangat tidak layak itu? Tapi itulah kenyataan, ia harus menjalani sepenggal kisah dari perjalanan kehidupannya, sambil terus berdo’a dan berusaha agar dapat merubah sepersekian perjalanan hidupnya.
Mereka adalah sebahagian dari manusia di bumi bertuah Malaysia ini. Walaupun mereka hidup dalam azab, hidup tanpa ada yang peduli, sanggup mengikat perut, namun hidup mereka mulia, mengeluarkan sebahagian ongkos yang mereka dapat, untuk tolong sama membinakan mahligai indah ini……..
kerana mereka adalah pembayar cukai........



Tapi ingatkah orang di atas sana akan mereka? Dan tiadakah yang Allah akan tanya tuan tentang mereka di akhirat sana?


Cuba-cubalah mengambil i'tibar dari keluhan Sayyidina Umar Al khattab ra ; " Andaikata seekor anak domba (lembu) mati lemas kerana tergelincir di tepi Sungai Furat, nescaya aku bimbang Allah akan menanyakanku di akhirat nanti."

2 comments:

  1. Itulah kehebatan mereka saat mereka ditimpa ujian..tetap juga laksanakan suruhan tuhan.Alangkah bahagianya dan tenangnya jiwa-jiwa yang mampu menghadapinya.Kesabaran dan kecekalan hidup dan kebergantungan kepada tuhan yang menciptakan.dan semoga kita tergolong diantara orang-orang yang bersyukur..insyaALLAH

    ReplyDelete
  2. Rasanya penulis berkias jauh dalam tulisannya. Benar hebat orang sabar dengan ujian kekurangan, namun yang mungkin hendak diutarakan penulis ialah ketidak adilan manusia yang di beri amanah untuk mengagihkan kurnia Allah. Kekayaan dan kesengan hasil negara bertumpuk pada segelintir manusia.....
    Jauh sangat dari keadilan yang dibawa oleh Islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.