RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, August 27, 2010

Kata-kata hati (19) Moga benar kau terima anugerah itu

Ruang 'iktikaf - pertemuan terakhir kita
di Masjid Sri Petaling

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak...

Pada 20hb Ogos 2010 (10 Ramadhan1431) abah ke Masjid Sri Petaling lagi. Sembahyang Maghrib berhampiran kipas nombor 16. Di bawah kipas itulah anak menyantuni abah, abang dan Napi (Hanafi) buat kali terakhir iaitu pada 24hb April 2010 (9 Jamadilawwal 1431) malam, 9 hari sebelum anak berangkat menemui Rabb kita. Anak sediakan alas tidur dan bantal untuk abah. Padahal abah tahu itulah satu-satunya yang anak ada.

Berbetulan pada kali ini abah terserempak dengan Maulana Imam Abdul Hamid. Pastinya abah dahulu yang menyapanya. Abah ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengimamkan sembahyang jenazah anak tempohari.

Beliau masih dapat mengingatinya. Terus beliau mengulangi lagi kata-kata yang pernah beliau ucapkan sejurus sebelum van yang membawa jenazah anak bertolak ke Sabak Bernam.

"Kalau tengok pada fizikal jenazah, InsyaAllah Allah terima. Bukan semua orang dapat macam tu. Dia bergantung pada amalan sesaorang. InsyaAllah diakhirat besok dia akan dibangkitkan dikalangan para syuhada'. Antara sebabnya orang yang mati tenggelam (lemas)"
"Cuma urusan jenazah di dunia diurus seperti orang biasa, tidak seperti yang syahid qital fi sabilillah."

Lega sedikit hati abah mendengarnya.

Lalu teringat abah akan beberapa hadith seumpama;

Dari Abu Hurairah ra. bersabda Rasulullah saw.

" Syuhada itu ada lima, iaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha'un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam (lemas) orang yang meninggal kerana tertimpa reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah."
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw lagi dari Abu Hurairah ra;

" Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian? Mereka menjawab; " Wahai Rasulullah (saw), siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka ia syahid." Beliau (saw) menanggapi, " Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit." " Jika demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid wahai Rasulullah (saw) ? " tanya para sahabat. Beliau menjawab, " Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tha'un maka ia syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam (lemas) ia syahid. "
Hadith riwayat Muslim.

Ameen.........................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.