RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Tuesday, June 7, 2011

Kata-kata hati (33) Akur....

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/


Anak...
Pada pagi Jumaat 31hb Mei 2010 anak meminta bantuan cikgu Juswan untuk dikirimkan kepada kami, akan ‘WARKAH DAKWAH’ anak. Pada pagi yang sama urusan penghantarannya telah disempurnakan oleh cikgu Juswan… Terima kasih.

3hb Mei 2010, anak melakukan ziarah dakwah ke Perkampungan Cocos, Bluran Sandakan, sehingga lewat senja. Hari sebelumnya melakukan dakwah dengan pelajar-pelajar sekolah berhampiran.

Pada subuh 4hb Mei 2010, anak memberikan tazkirah subuh terakhir dengan berpesan pada yang mendengar, agar istiqamah dalam dakwah sehingga akhir hayat masing-masing. Syukur anak telah menunaikannya.
Pagi..4hb Mei 2010, sebelum lagi sarapan, dan rumput masih berembun, anak bersama rakan-rakan seusaha dakwah, ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian, kerana air disurau tempat anak bermukim hanya mencukupi untuk keperluan wudhu' dan minum. Pagi itu anak dipanggilNYA….

Pagi itu juga cikgu Juswan menghantar pesanan ringkas kepada Anip (Muhammad Hanif) memaklumkan berhubung dengan ‘ WARKAH DAKWAH ’ yang anak kirimkan.

Semenjak itu setiap kali posman sampai ke pejabat abah, pasti perasaan abah berdebar-debar. Debaran lantaran tertanya-tanya akan apa yang anak tuliskan, dan kerana kami semua sangat menantikannya.
Masa berlalu, hari ke hari, bertukar minggu, sehingga bulan.….., kini tahun. Perasaan kami bercampur baur…. Berharap, cemas, dan sebagainya.

Abah usahakan menghubungi pejabat pos Sandakan (beberapa kali), pejabat pos Sabak Bernam (beberapa kali), pejabat pos Sg Air Tawar (beberapa kali). ‘ WARKAH DAKWAH ’ tidak dapat dijejak. Menghubungi mana-mana bahagian yang dirasakan munasabah. Terakhir menghubungi pejabat pos Shah Alam, dan tidak ketinggalan Bahagian surat mati (bahagian dimana terkumpul surat yang tidak dapat disampaikan kepada penerimanya dengan berbagai sebab), Pos Malaysia Shah Alam.

Biasalah…. Kalau kita bukan sesiapa…. Layanan macam mana….!!! Beberapa panggilan abah ke situ dijawab dengan tidak sempurna. Bukan gambaran orang yang beramanah dalam bertugas. Tidak perlu abah perincikan kronologi perhubungan abah dengan bahagian itu. Terakhir abah dapat berhubung dengan seorang pengurus (wanita, tak ingat nama) bahagian berkenaan. Layanan baik dan beliau sedia membantu…..Terimakasih. Namun rasanya dah terlambat…. Mungkin sudah dibakar musnahkan.

Kini 8hb Jun 2011, genap satu tahun, satu bulan, beberapa hari…… penantian kami belum berakhir. Namun harapan untuk menerimanya sudah terlalu tipis. Jika kami menerimanya dalam waktu mendatang ini adalah satu 'keajaiban'. Jika benar-benar kami menerimanya nanti , itu adalah isyarat dan tanda kekuasaan Allah….. PadaNYA hal itu teramat mudah dan bukan mustahil.

Namun kami pasrah. Setiap sesuatu ada ketentuannya.

Sabda Rasulullah saw, dari Abu Darda ra;
‘ Bagi setiap sesuatu itu ada hakikatnya, dan tidak mencapai hakikat iman sesaorang hamba itu sehingga dia mengetahui bahawa setiap apa yang menimpanya itu ialah satu ketetapan, bukannya datang sendiri atau perkara yang belum terjadi itu tidak boleh berlaku.’ (hadith riwayat Tabrani, Ahmad)

Sabda Rasulullah saw, dari Abdullah Ibn Al Ash ra;
‘ Telah ditulis oleh Allah takdir seluruh makhluk 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.’ (hadith riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah saw, dari Amar Ibn Syuaib ra;
‘ Belum dikatakan beriman sesaorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan Allah), baik maupun buruk.’ (hadith riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah saw, dari Abu Hurairah ra;
‘ ……….Dan jikalau sesuatu (kerugian) menimpa kamu, janganlah kamu berkata; Kalau saya berbuat begini atau begitu, pastinya perkara itu tidak akan terjadi. Akan tetapi katakanlah; Ini kerana ketentuan Allah, maka apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan ‘kalau’ membuka pintu bagi syaitan bekerja.’ (hadith riwayat Muslim)

Kami akur…….

Bersambung……….

4 comments:

  1. assalamualaikum

    semoga En Huzazi sekeluarga diberikan berita gembira di sebalik "penantian" tersebut.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Cik Noor Azlen bt Haron
    Ameen...
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Semoga diberi kekuatan dan diberkati Allah swt sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Firman Allah.
    "Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali" Surah al-Baqarah , ayat 156

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.