RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, September 9, 2011

Kata-kata hati (34) Ameen.....

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com

Syawal 1432 adalah Syawal kedua kami tanpa anak di sisi. Keadaan bertambah terasa dari waktu-waktu sebelumnya kerana semua yang lain sudah bercuti, berada dirumah. Berpuasa, berbuka, bertarawih, dan bersahur bersama-sama .

Muhammad Haziq Izzat, (adik bungsu anak) ada waktunya seakan tidak sabar untuk mengenakan ‘kurtha’ barunya, sesuai dengan sifat remaja sepertinya. Yang lain walaupun tidak serba baru, tapi adalah juga dengan selipar atau kopiah dan apa-apa juga lainnya sekadar keperluan. Begitulah sifat manusia biasa, tambahan pula remaja, seumpama adik beradik anak. Ada keinginan, ada kehendak, sifat lumrah, naluri setiap insan.

Abah fikir, anak juga, jika masih bersama kami waktu ini, pasti juga inginkan sesuatu, semada sebagai keperluan atau kehendak jiwa seorang remaja. Namun itulah namanya suratan. Bahkan selain waktu begini, sewaktu masih di kampus, dan hidup sebagai remaja, pasti terlalu banyak anak memendam rasa, keinginan serta kehendak. Banyak tidak kesampaian lantaran kita bukan kalangan yang punya segala. Tambahan pula segala ongkos yang sedikit sebanyak abah kirim, serta wang PTPTN, terpaksa anak catu untuk diagihkan sama diantara untuk sara kehidupan anak dan untuk keperluan dakwah. Selera makan terpaksa ditahan, kehendak naluri remaja disisihkan, keperluan fizikal pembelajaran dan pakaian seadanya.

Melihat dan membayangkan fizikal pusara anak sewaktu berziarah waktu-waktu dihujung Ramadhan, amat memilukan. Membayangkan secara fizikal berada di dalam perut bumi, dalam liang lahad cuma semuat tubuh kerdil anak, amat menyeksakan.

Namun hakikatnya bukan semestinya begitu. Ia bergantung kepada habuan masing-masing manusia. Ar Rasul saw mengkhabarkan kepada kita kubur boleh jadi sebagai taman-taman Syurga atau sebahagian dari kawah-kawah api neraka.
Maha beruntung mereka yang terlepas dari fitnah dan pancaroba alam kubur, manakala malapetaka dan maha malang bagi yang terpaksa mengharung siksaan yang entah akan berapa lama sebelum tibanya hari qiamat.

Kepada Allah kami pohonkan setulusnya agar anak mendapat santunan dan layananNYA yang maha lembut dan sempurna, berupa sebahagian dari taman-taman Syurga. Mohon Allah berkenan dan menerima ‘persembahan’ yang anak bawa.

Moga semuanya sesuai dengan perkhabaran indah yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw lewat sabdaannya;
Dari Abdullah bin Amr r.huma, dari Rasulullah saw, beliau bersabda, “Tahukah kalian, siapakah yang pertama kali akan masuk syurga di antara makhluk-makhluk Allah?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Beliau bersabda, ”Yang pertama kali akan masuk syurga diantara makhluk Allah adalah orang-orang miskin dari kalangan muhajirin yang dengan sebab mereka perbatasan (wilayah Islam) bisa dipertahankan dan ketakutan dapat dihindari. Seseorang dari mereka meninggal, sedang keperluannya terpendam dalam dadanya, kerana ia tidak mampu memenuhinya. Allah swt berfirman kepada siapa yang dikehendaki dari para malaikat-Nya, ”Datanglah pada mereka dan berilah salam!” Para malaikat berkata (kehairanan), “Wahai Rabb kami! Kami adalah para penghuni langit dan makhluk pilihanMu, namun mengapa Engkau memerintahkan kami untuk pergi dan mengucapkan salam kepada mereka?” Allah berfirman, “Mereka adalah hamba-hambaKu yang menyembah Aku dan tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatu pun. Melalui mereka barisan depan (Wilayah perbatasan) dapat dipertahankan dan dengan sebab mereka ketakutan dapat dihindari. Seseorang dari mereka meninggal, sedangkan keperluannya masih terpendam dalam dadanya, kerana tidak mampu memenuhinya. Nabi saw meneruskan sabdanya, “Maka ketika itu para malaikat datang kepada mereka dari setiap pintu syurga sambil mengucapkan, ”Selamat bagi kalian atas kesabaran kalian. Maka inilah sebaik-baik tempat kesudahan.”
(Hr. Ibnu Hibban. berkata pentahqiq, “Isnadnya shahih” XVI/438)

Ameen……..

7 comments:

  1. assalammualaikum

    al-fatihah..

    moga pak cik sekeluarga tabah mghadapinya.

    "maaf,sy bahasakn pggilan "pak cik".asif

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terima kasih anak.
    Sewajarnya layak panggilan itu, dan saya selesa dengannya.
    Moga Allah beri kekuatan kepada kita sekaliannya.
    Ameen

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri.
    Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    T. kasih cikgu..
    Semoga kita sama-sama dalam rahmat dan diberkatiNYA senantiasa.
    Ameen...

    ReplyDelete
  5. En.huzazi...dalam menempuh perjalanan yg panjang ini terselit cerita2 duka... Sama-sama kita bersabar menempuhnya ... Sesungguhnya ada kemanisan di sebalik kepahitan itu..Allah menguji hambanya mengikut kemampuan seseorang...semoga roh anakanda ditempatkan dikalangan para syuhada...dan org yang soleh..InsyaAllah...
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  6. Salam
    Ameen
    Terima kasih banyak-banyak.
    Moga Allah berikan kekuatan kepada kita semua. Mudah2an sumbangan kita dalam blog masing2 ada manfaatnya & Allah terima juga sebagai persembahan 'amal soleh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.