RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, August 6, 2010

Kata-kata hati (16) Moga anak mendapat sahamnya

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Abah sempat beberapa kali berbual dengan Ramzi (senior anak di UMT), teman dalam misi da'wah anak di Sandakan, teman iktikaf sepanjang malam-malam terakhir di Bluran, Sandakan. Beliau mengatakan, anak bersaing dan beriringan berjalan dengannya ke sungai pada pagi, 4hb Mei 2010, (pagi hari kejadian) itu. Bererti cuma sekitar beberapa minit sebelum anak berangkat menemui Rabb kita. Katanya anak sempat berbual dan menyatakan azam dan niat anak kepadanya untuk menghidupkan usaha da'wah di Maktab Perguruan Kuala Terengganu @ Maktab Perguruan Dato Razali.

Namun itulah anak.... kita merancang, ketentuan dariNYA.

Anak dipanggilNYA beberapa minit selepas itu.

Tapi tak mengapalah anak.....kini cetusan idea anak itu diteruskan oleh kawan-kawan anak di Terengganu. Walaupun anak tak berkesempatan melakukannya, namun mudah-mudahan anak mendapat juga sahamnya kini, sebagaimana yang Junjungan kita pernah nyatakan dalam sabdaan Baginda saw.

Dari Abdullah bin Abbas ra,

" Sesungguhnya Allah mencatat hasanat (kebaikan) dan sayyi'at (kejahatan), kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat akan berbuat hasanat kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu hasanat, dan jika berniat kebaikan, kemudian dikerjakan, dicatat sepuluh hasanat, mungkin ditambah hingga tujuh ratus kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila berniat akan berbuat sayyi'at (kejahatan), dan tidak dikerjakan, Allah mencatat baginya satu hasanat. Dan jika niat itu dilaksanakan, maka ditulis baginya satu sayyi'at."
Hadith riwayat Bukhari & Muslim.

3 comments:

  1. Kata-kata Rasulullah adalah haq. Semuanya benar. Pasti sudah dapat satu hasanat.... Moga lebih lagi. Ameeen..

    ReplyDelete
  2. Sahabatku Huzazi, walaupun sdr kehilangan seorang anak namun pemergian beliau telahpun diredhai Ilahi sebagai seorang syahid berdasarkan keadaan jasad arwah. Saya rasa kagum dengan kesungguhan Sdr. mendidik anak sehingga berjaya ke makam syahid.

    Takziah & Tahniah dari saya - Md Jasmin Bongkik

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dan kehendakNYA. Tidak banyak upaya yang dapat saya lakukan sebenarnya. Yelah diri saya sendiri pun tiada ada apa-apa. Tuan lebih kenal saya.
    Semoga Allah terima 'amalnya dan 'amal kita semua.

    Jazakallah kerana ziarah blog. Jika ada apa-apa kesilapan dalam apa juga perkara di blog ini harap dapat tegur dan betulkan. Kesempunaan hanya milikNYA. Jika ada idea dan bahan yang dapat kita manfaatkan bersama harap sumbang-sumbangkan-lah .

    Terima kasih banya-banyak. Salam pada keluarga, pakcik, makcik dan tak lupa abang Jamal. Budi tuan sekeluarga tak terbalas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.