RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, December 11, 2010

Kata-kata hati (26) Jangan seperti mereka yang....

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan. Lapuran kejadian anda boleh dapati dibeberapa blog, antaranya http://haneefsyah.blogspot.com/

Diantara barangan anak yang siap tersimpan dalam kotak yang diserahkan kawan-kawan UMT anak tempohari, yang tidak kurang menyentuh perasaan kami adalah beberapa kitab. Dalam sibuk dan beratnya menghadapi sekian banyak mata pelajaran semester ke empat tempohari, mungkin anak sempat-sempatkan juga menekuni beberapa kitab bagi bekalan kehidupan sebagai seorang hamba Allah, yang ingin meraih redhaNYA. Apa nak dikata, sistem pembelajaran yang ada memisahkan keperluan dunia dari agama, sedang tuntutan untuk umat Islam menguasai ilmu-ilmu yang disediakan di pusat-pusat pengajian tinggi adalah juga fardhu.

Sebenarnya abah teringatkan beberapa waktu dahulu, abah sering mengingatkan anak akan hal-hal yang berkait rapat dengan dakwah ini. Abah tidak mahu memaksakan anak berada dalam uslub dakwah yang abah-ummi bergabung di dalamnya. Anak lebih selesa dengan uslub dakwah yang sedikit berbeza. Tak mengapa…. berlapang dadalah, asalkan semuanya masih dalam batas yang diizinkan syara’ dan masih utuh berpegang pada prinsip pokok agama. Perbezaan dalam pendekatan dakwah abah-ummi dan anak adalah juga hasil perbezaan ulama’-ulama’ dalam menanggapi persoalan dakwah dan dalam hal-hal yang bersangkut paut dengannya. Kita pengikut sewajarnya memiliki sikap terbuka, dan sentiasa beranggapan semuanya bersifat saling lengkap-melengkapi, serta perlu memerlukan.

Cuma apa yang sering abah peringatkan, walaupun kadang kala dalam nada yang sedikit keras, (gambaran betapa ‘serious’nya abah dalam hal itu), ialah peringatan abah agar anak menjadi ahli, anggota jamaah yang berilmu. Agar segenap gerakan, perkataan dan tindakan biarlah sedapatnya bertunjangkan dari ilmu. Ilmu yang diambil dari sumber ambilan yang sahih dan mantap. Tidaklah sebagaimana sebahagian orang yang telah puluhan tahun bergelumang dengan gerakan dakwah, tetapi semuanya berdalil dengan kata-kata seumpama ini…. “ Orang ‘alim kata……. ”, atau yang seumpamanya. Andai ditanyakan siapa orang ‘alim tu…. mereka pun tidak tahu. Malah ada sebahagiannya membawa cerita-cerita yang disisi agama batal dan tidak benar, bagi menyokong atau untuk membenarkan hujah perbicaraan dan tindakan mereka. ‘Amal ikut-ikutan, begitu juga dakwah ikut-ikutan tanpa didasari dan dipandu dengan ilmu…abah kira sangat berbahaya lagi merosakkan. Sifat Islam yang agung ini, begitu juga dakwah yang dibawa oleh Baginda ar-Rasul saw, semuanya bertunjang pada asas yang sangat kokoh dan kuat. Tidak atas asas rasa-rasa.

Namun melihatkan himpunan kitab, yang abah kira anak sedang cuba menekuninya (walaupun semunya itu mungkin belum memadai), abah merasa lega dan gembira. Anak akur, dan cuba semampunya mencedok sedapatnya ilmu di dalamnya, dipandu oleh beberapa ustaz yang ikhlas dari Madrasatul Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

Firman Allah Surah az-Zumar : 9
“ Katakanlah; Tiadalah sama orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.”

Firman Allah Surah al-Mujadalah : 11
“ ….Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dari kamu dan juga orang-orang yang dikurniai ilmu dengan beberapa darjat.”

Firman Allah Surah ar-Ra’ad : 19
“ Adakah orang yang mengerti perihal apa yang diturunkan dari Tuhan padamu yakni agama yang hak itu, dapat disamakan dengan orang buta. Hal ini hanya dapat dijadikan peringatan untuk orang-orang yang berakal.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Dunia ini terlaknat dan seisinya pun terlaknat pula, kecuali berzikir kepada Allah serta yang mengikutinya, juga orang yang berpengetahuan dan orang yang menuntut pengetahuan.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Tirmizi.
“ Barangsiapa yang keluar untuk menuntut satu bab dari ilmu pengetahuan, maka ia adalah fi-sabilillah sampai ia kembali lagi ke rumah.”

Sabda Rasulullah saw riwayat Abu Daud & Tirmizi.
“ Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya Malaikat itu sama meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana sangat rela terhadap apa yang dilakukan. Bahawasanya kaum ‘alim-ulama adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham (perak) atau dinar (emas), tetapi yang diwariskannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barangsiapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu), ia telah memperoleh bahagian pusaka yang banyak sekali.”

Tahniahlah anak…….

7 comments:

  1. Tahniah Tuan kerana mempunyai anak yang hebat.

    Menemui Robb semasa misi dakwah, tidak semua mempunyai peluang sebegitu.

    Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - (Ali Imran 169)

    Moga kita turut dipilih oleh Allah menjadi insan terpilih yang syahid di jalan-Nya

    ReplyDelete
  2. Ameen
    Kita sama-sama berdoa dan berusaha bekerja untuk itu.

    ReplyDelete
  3. salam tuan...

    Syukran atas perkongsian tuan kali ini. Jika tuan berkesempatan,saya syorkan tuan mencari dan membaca penulisan syeikh abu a'ala al maududi bertajuk 'syahadatul haq' utk kita sama2 memahami bagaimana seharusnya kita memandang jemaah islam lain.

    Dan saya syorkan juga tuan membaca buku penulisan syeikh fathi yakan bertajuk 'ihzaaru AIDS al-haraki', utk kita sama-sama fahami akan penyakit golongan yang menyertai harakah islamiyah tanpa memerhati asapek sirah yang mendalam.

    Hari ini keserabutn berlaku dalm setiap aspek kerja.Kesempurnaan sepertimana nabi saw dan sahbat sukar utk kita usahakn di zaman ini.

    Jadi jika kita sibuk memerhatikan kelemahan tanpa kita sendiri turun padang dan singsing lengan mengubah dan mmperbaiki keadaan,kita sebenarnya yang ada masalah.

    Ilmu adalah wajib seblum beramal,tapi perlu diingati juga ilmu yang menggunung juga tapi tidak diamal juga akan beri risiko besar di akhirt.Hari ini ramai yang melaungkan jihad qital,tapi utk melangkah seketika menanggung kepayahn dakwah pn masih ada yg berdalih malah mngeji.


    Tentang masalah sestegh pndkwah yg berckap tanpa hujah yang kukuh dan dalil yng shahih,,msalah ini berlaku hampir kesemua jemaah cuma bentuknya berbeza.Beza bagaimana x perlu utk dinukilkan disini.

    Cuma mari kita ingatkn sama2 diri kita bahawa,hidayah bukn terletak setiggi ilmu yng kita miliki,sekuat hujah yng kita lontari dan selantang suara yang kita sanggupi.Ia terletak pada pengorbann kita utk cari redha Allah.Ada orng ilmu bnyk tapi amalannya agak tpis.Sukar utk kita lihat hariini orng yang mmpu
    'balance kedua2 aspek ini,ilmu dan amal seiring.

    Mgkn sesetgh mereka seblum ini baru sahaja mngenali jalan dakwh ini yang mana seblum ini mereka belum pernah mahir dgn quran dan hadis.Jadimapa sahaja yang mereka dgr dari mulut ulama mereka terima seolah budak tadika yang baru balaj dari guru yang masih perlu masa memahami.Cuma mari kita berlapang dada dan sama2 bantu mereka memperbaiki hal keadaan ini supaya menjadi semakin baik dari hari ke hari.Cukuplah kita merendah2kan kerja orng lain.Kita sudh bayk habis masa dgn keadaan saling mencarti kelmahan ini.Musuh smakin bersork dgn keadaan ini,remaja samikn parah akhlaknya.Jadi buat kerja yang kita mmpu lakukn dan sntiasa sibuk dgn tugas kita itu shgga Allah jemput kembali pulng padaNYa.Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Terima kasih atas kesudian tuan memberikan komen. Moga Allah merahmati tuan dan sekalian yang menetapi jalanNYA.

    Dalam waktu terdekat ini saya tidak akan memberikan ulasan, kerana saya ingin mempastikan hati saya ikhlas keranaNYA. Diwaktu ini saya sangat bimbang nafsu mendahului, jika saya menulis.

    Walaubagaimanapun saya insyaAllah akan memberikan respon. Sementara waktu saya berharap tuan dapat mengulang baca tulisan saya, serta dapat memahami, mendalami maksud tulisan saya.

    Moga saya dan tuan dalam perlindungan Allah senantiasa.

    ReplyDelete
  5. Salam wbt..
    artikel2 di sini bnyak mmberikan sy ilham..
    anak Tuan bgitu hebat..alhamdulillah..
    moga sy jga punya kekuatan sepertimana putra tuan dalam mnuntut ilmu dan mncari keredhaan Allah.. =)

    ReplyDelete
  6. Tuan Anonymous..
    Jangan perasan tuan je yang menyinsing lengan, org lain tdk berbuat apa2. Itu pun msalah juga tu... terpesona dgn diri sendiri. Hakikatnya org lain sudah sampai memberikan nyawa dan ada yang menghabiskan hidup mereka dlm penjara utk Islam. Lihat2lah diluar tempurung jemaah tuan.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Tuan Anonymous..
    Saya ingin kongsikan puisi orang lain untuk kita sama-sama renungi.

    Berjuang bukan mencari salah.

    Muhasabah bukan untuk mencari salah
    Bukan juga mahu mencari apa yang paling benar
    Namun ia perlu walaupun kita tidak pernah salah
    Kerana sebagai panduan supaya tidak lagi buat onar

    Muhasabah bukan mencari salah
    Tapi muhasabah untuk supaya sentiasa tahan dan tabah
    Tabah menghadapi ujian, cabaran dan resah
    Dalam keadaan senang mahupun dalam susah

    Muhasabah bukan untuk mencari salah
    Muhasabah untuk menilai diri sendiri dan tindakan
    Muhasabah dengan penuh kasih dan sayang kerana Allah
    Muhasabah itu pasti di hatinya berkesan..

    Muhasabah bukan mencari salah
    Dari yang atas hinggalah kepada yang bawah
    Berbincang, berdiskusi dan berhujah
    Yang benar kita ambil, yang tidak kita tinggalkan;InsyaAllah..

    Muhasabah bukan Mencari Salah..

    nukilan: saffmukmin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.