RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, July 2, 2010

Jihad : kewajipan yang diabaikan (3)

Hukum Jihad.

Sebenarnya , para ulama telah berselisih pendapat mengenai hukum jihad pada asalnya. Jika dirujuk pada kitab-kitab fekah yang muktabar, kita akan dapati mereka telah bercanggah pendapat kepada tiga;

1. Sunat - pendapat Ibnu Umar, Ata', Ath Thaury dan Ibnu Syabirmah
2. Fardhu Kifayah - pendapat jumhur ulama.
3. Fardhu Ain - iaitu pendapat Said bin Musaiyib dan sebahagian ulama mazhab Syafi'e.

Dikatakan pendapat pertama dan ketiga (sunat dan fardhu ain) adalah pendapat yang dhaif. Adapun jumhur ulama termasuk keempat-empat imam mazhab, Ibnu Taimiyah dan lain-lain berpendapat bahawa hukum jihad pada asalnya adalah fardhu kifayah. Apabila ada pasukan mujahidin keluar berjihad maka, tidak lagi diwajibkan ke atas orang-orang Islam yang lain untuk berjihad. Tetapi jika sebaliknya maka semua umat Islam akan menanggung dosa.

Hukum fardhu kifayah ini berlaku ketika mana wujudnya negara Islam dan tiada negara Islam yang dijajah oleh golongan kuffar. Tetapi apabila keadaan telah berubah, maka hukumnya juga akan berubah.

Bilakah jihad menjadi fardhu ain?

Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa fardhu kifayah itu akan berubah menjadi fardhu ain atau wajib ke atas setiap individu muslim dalam beberapa keadaan.

1. Apabila bertemu secara berhadapan dengan musuh yang menyerang.

Firman Allah Surah Al Anfal : 15-16

" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang , maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. Dan sesiapa yang berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu, kecuali jika ia bergerak kearah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya dia (berpaling undur itu) tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka Jahannam, sedang neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali."

2. Apabila diminta atau diperintahkan oleh pemerintah sesebuah negara Islam supaya keluar berjihad.

Firman Allah Surah At-Taubah : 38 - 39

" Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu; "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni'matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."

" Jika kamu tidak berangkat untuk berperang , nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha kuasa atas segala sesuatu."

Firman Allah Surah At-Taubah : 44 - 45.

"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa.

"Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya."

Sabda rasulullah saw.

" Tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah. Yang ada hanyalah (kewajipan) jihad dan niat. Dan apabila kalian diseru supaya keluar berperang pada jalan Allah, maka pergilah (berjihad)."

3. Apabila musuh (orang-orang kafir) berusaha membinasakan, menceroboh, merampas dan mengotori kehormatan serta kesucian umat dan negara Islam. Dikala itu menjadi fardhu ain ke atas setiap umat Islam di negara berkenaan bangun mengangkat senjata dan berjihad, membela negara Islam dan mempertahankan kesuciannya dengan darah dan harta, sehingga negara berkenaan bebas dari penjajahan tersebut.

Untuk melaksanakan tugas tersebut, anak-anak tidak perlu meminta keizinan dari orang tuanya, isteri tidak perlu keizinan suaminya (tetapi mestilah keluar bersam muhrim), orang-orang yang mempunyai hutang tidak perlu meminta izin dari orang yang dihutanginya, murid-murid tidak perlu meminta izin dari gurunya dan begitulah seterusnya, sesuai dengan kaedah fiqhiyah :

" Tidak perlu keizinan untuk melaksanakan perkara-perkara yang hukumnya fardhu ain."

Sekiranya penduduk negeri berkenaan tidak bangun berjihad dan mereka tidak mampu menghadapi musuh yang kekuatan dan bilangannya lebih besar, dan sebagainya, maka hukum fardhu ain itu akan terus berkembang pula ke negeri-negeri yang berhampiran. Sekiranya penduduk di negeri-negeri yang berhampiran itu juga tidak keluar berjihad, maka hukum itu terus berkembang luas ke atas setiap umat Islam dari yang paling hampir hinggalah yang paling jauh. jika tiada umat Islam yang bangun menghalau musuh-musuh Allah itu dari negeri tersebut, maka seluruh umat Islam (yang tiada uzur syara'ie) berdosa.

Jumhur ulama juga telah bersepakat (selain daripada Imam Ahmad dan Hambali) bahawa apabila jihad sudah menjadi fardhu ain, maka ianya tidak ada beza dengan fardhu ain dalam melaksanakan sembahyang dan puasa. Bererti dosa meninggalkan jihad dan dosa meninggalkan sembahyang lima waktu adalah sama. Juga tiada bezanya antara mereka yang meninggalkan jihad dengan mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja. Ibu bapa yang melarang anak-anaknya daripada berjihad juga samalah dengan mereka yamg melarang anak mereka dari melakukan sembahyang dan puasa.

Oleh hal yang demikian kebanyakan ulama mutakhir seumpama As-Syahid Dr abdullah Azzam berpendapat bahawa umat Islam kini semuanya berdosa kerana tidak bangun berjihad tanpa sebarang keuzuran. Sesungguhnya jihad pada zaman ini telahpun menjadi fardhu ain kerana dimana-mana sahaja kita dapati negara umat Islam dijajah dan penduduknya ditindas.

Bumi suci Palestin sudah sekian lama dinajisi oleh Yahudi, hinggakan tiada lagi tercatat kalimah Palestin di atas peta dunia. Kashmir dirampas oleh kufar sejak beberapa lama. Mindanao, Bosnia, Crotia dalam cengkaman siapa? Arakan, Bukhara, Kemboja, Tajikistan dan Pattani bagaimana? Terakhir Iraq dan Afghanistan juga dibawah penguasaan siapa ?


Bersambung.......................

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Sebagai seorang Muslim, saya hargai pengorbanan para Syuhada. Dan, saya juga akui pejuang2 fi sabilillah yang sedang berjuang ke jalan Allah.

    Akan tetapi,

    Pada saya Jihad, Kewajipan yang diabaikan adalah lebih daripada mengangkat senjata dan berperang. Jihad yang lebih besar adalah Jihad melawan hawa nafsu HR Tirmizi no 1621. Malangnya, anak2 muda sekarang terutamanya di negara arab yang tertindas lebih mengagung-agungkan para Syuhada. Tak salah kalau nak agungkan para syuhada. Tetapi, pada pikiran dhaif saya, saya rasa lebih baik kalau dicontohi ilmuan2 Islam seperti Al Ghazali, Al Kwarizmi dan Ibnu sina... Atau zaman sekarang nie Farouk El-Baz ahli astronomi Nasa, Muhammad Yunus pemegang anugerah nobel ekonomi. Hanya dengan adunan kepercayaan Islam dan Ilmu, baru Muslim boleh menandingi malah menakluki semula tanah Palestine.



    Kalau kita lihat sejarah bagaimana Kaum Yahudi Laknatullah menjajah PAlestine. Mulanya dengan Ilmu untuk mencari wang dan beli saham2 di terusan suez. Menakluki ekonomi di eropah dan Amerika. Bukan saya mau memuji mereka tetapi ini adalah strategi.

    Pada hemat saya, anak2 muda Islam sekarang perlu terdahulu takluki universiti2 yang terhebat di dunia, company2 fortune 500 dan menghasilkan makalah2 Ilmu yang memberi impak yang kuat dalam dunia sains. Kemudian, barulah Umat Islam terbela insyaallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.