RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, July 16, 2010

kata-kata hati (13) Kau jerut selera mu

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Dari Aisyah r.ha berkata bahawa sehingga kewafatan Rasulullah saw ahli keluarga Baginda tidak pernah kenyang dengan roti barli selama dua malam berturut-turut.
Hadith riwayat Muslim

Dari Abdullah Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw dan keluarga Baginda bermalam dalam keadaan perut yang kosong (kerana ketiadaan makanan) selama beberapa malam berturut-turut. Mereka tidak mempunyai makanan malam. Makanan mereka secara umumnya adalah roti barli.
Hadith riwayat Tirmidzi

Dari Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa pada satu ketika Hadzrat Fatimah r.ha telah menghulur sepotong roti kepada Rasulullah saw. Lantas Baginda saw bersabda, "Dalam masa tiga hari, inilah makanan pertama yang telah dimakan oleh bapamu." Di dalam satu riwayat yang lain pula Rasulullah saw telah bertanya kepada puterinya: "Apakah ini ?" Beliau menjawab: "Aku telah membakar sekeping roti, aku rasa tidak senang aku makan tanpa bersamamu."
Hadith riwayat Ahmad.

Dari Urwah berkata bahawa Aisyah r.ha selalu berkata: "Wahai anak saudaraku! Kami melihat anak bulan pertama kemudian anak bulan kedua dan kemudian anak bulan ketiga, namun api tidak dinyalakan pun di rumah-rumah Rasulullah saw". Kemudian aku bertanya; "Wahai makcikku bagaimana pula makcik menyara kehidupan ketika itu?" Beliau berkata : "Dengan dua benda hitam , iaitu buah tamar dan air."
Hadith riwayat Muslim

Begitulah juga dalam peristiwa penting, yang tercatit dalam semua kitab-kitab sirah, mengisahkan bagaimana sewaktu membuat persiapan Perang al Ahzab Rasulullah saw turut sama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga kepangkal hati. Untuk mengurangkan kepedihan akibat lapar itu, Rasulullah saw mengambil beberapa ketul batu kemudian dibalut dengan kain dan diikat dengan ketat pada perut Baginda, demi untuk mengurangkan rasa lapar serta mengelakkan kecederaan akibat bekerja dalam keadaan perut kosong.

Wahai anak......

Kisah itukah......., yang menjadi sumber inspirasimu, sehingga kau tahan selera makan mudamu, (abah dimaklumkan selepas pemergianmu) yang acap kali waktu makanmu, cuma dipenuhi dengan hanya memakan nasi kosong dengan perencah nasi goreng, tanpa berlauk dan sekadar biskut kering, kau tahan keperluan kehidupan kampusmu seadanya, dan berbagai lagi yang tidak mampu abah luahkan, semata-mata kerana ingin menyimpan buat belanja di jalan da'wahmu ?

Aduhai anak...kerdilnya kami....

3 comments:

  1. Tak pelah menahan lapar didunia..asal diakhirat dapat makan semahu-mahunya.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Tahniah anak muda, berkat laparmu, jiwamu bisa mencapai maqam yang tinggi, rohmu bisa sampai ke hadhiratNYA. Kerananya ibadat menjadi lazat, hati lebih kusyuk, fikiran jadi tenang, manakala nafsu dapat dikekang....Syabas...
    Moga anak muda bahagia sudah di sana...Ameen.

    ReplyDelete
  3. ummi 'sahabat Huzaifah'November 23, 2010 at 3:48 AM

    Salam

    Setahu saya, ramai anak2 kita di matrikulasi mahupun di kampus2 univ yg 'mengikat perut' dengan berpuasa dan menolong satu sama lain dgn makan berjemaah (dalam talam--yakni makanan yg zahirnya cukup utk 2 org menjadi berkat dan mencukupi untuk 4 orang dan menyatukan hati2 mereka) semata2 ingin membelanjakan 'harta' sendiri untuk keluar di jalan Allah...

    memang kagum dan cemburu dengan anak2 muda ini...moga2 dengan asbab pengorbanan mereka mencetuskan hidayat keseluruh alam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.