RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, July 17, 2010

kata-kata hati (14) semoga Allah sayang

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Anak ....

Sebenarnya banyak lagi barangan anak yang masih tersimpan dalam beg-beg anak tidak kami punggah keluar, lantaran rasa pilu pemergian anak masih terlalu sangat terasa . Nanti, bila keadaan kami sudah semakin baik, akan kami selesaikan apa-apa juga yang perlu.

Semalam kami gagahkan meneliti telefon bimbit anak. Keadaannya masih baik dan masih ada beberapa panggilan masuk selepas tarikh 5.4.2010 itu. Di dalam 'draft' mesej, kami temui beberapa mafhum hadith, berselangseli dengan catatan peribadi anak, antaranya tertulis begini;

Mafhum hadith : "Ingatlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara. 1. Waktu lapang sblm sibuk (buatlah amalan, isilah dgn amal kebajikan, tuntut ilmu dan mbc Al-Qur'an) 2. Waktu senang sblm tiba waktu susah (jk dtg kesusahan dan musibah, mampu bersedia utk selesaikan masalah) 3. Waktu sihat sblm sakit (jagalah badan sblm drita sakit tiada ruang, kawallah makan utk kesihatan, agar ringan ibadah nak di kerjakan) 4. Waktu kaya sblm waktu miskin (bermurah hatilah, bantulah sesama insan) 5. Waktu hidup sblm mati (sediakan bekalan walaupun susah, banyak halangan, tabah dan sabar, Allah akan bertambah sayang)

(sediakan bekalan walaupun susah, banyak halangan, tabah dan sabar, Allah akan bertambah sayang)

Anak.........

Abah maklum, bukan mudah untuk anak menekuni dan istiqamah dalam kerja-kerja da'wah itu, kerana mehnah, ujian, halangan dan ujian datang tiada hentinya. Banyak waktu perlu dihabiskan. Sedang anak perlu juga menekuni pelajaran. Kesenangan diri dan waktu isterihat terpaksa dilupakan. Cuti semester terpaksa dikorbankan. Semuanya benar-benar memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi, demi Islam. Jika lulus segalanya, baru Allah akan sayang.

Anak........

Walaupun kesusahan yang anak terpaksa lalui, mehnah yang berbagai terpaksa dihadapi, halangan dan ujian datang silih berganti, namun percayalah ianya hanya sebagai prasyarat yang wajib dilalui sebelum kita dapat meraih kasih sayang Allah, Tuhan kita.

Firman Allah : Surah Al Ankabut 2-3

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan), dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang yang berdusta."

Firman Allah : Surah Muhammad 31

" Demi sesungguhnya ! Kami tetap menguji kamu (wahai orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan kami tentang adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami) Dan sehingga kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."


Anak.........

" Mudah-mudahan Allah sayang kita semua."

6 comments:

  1. setiap kali memghayati cerita mu air mataku tumpah lagi......


    Adibah Noor - Terlalu Istimewa

    Ku tatap tergambar wajahmu
    Sinar mata itu
    Lirik senyumanmu
    Pesona yang membelai
    Wajahmu bercahaya
    Memberi bahagia
    Tiap yang memandang
    Hati jadi salju

    (Korus)
    Kau terlalu istimewa
    Kasih dan sayangmu terpancar
    Seikhlas tiada batasan
    Terus membara
    Terkilan rasa jiwa
    Ingin ku lihat mu dewasa
    Apa daya
    Tuhan lebih menyayangimu

    Ku pasti kau berbahagia
    Duduk di sampingnya
    Mendengar cerita
    Segala rahsia

    (Ulang korus)

    Tak tertanggung rindu…
    Mendengar suaramu…
    Tawa mengusik jiwa…
    Oh…

    (Ulang korus)

    ReplyDelete
  2. tabahkan hati mu wahai ayah yang bertuah ,memiliki anak yang kini di tempat yang pasti,usah lah bersedih lagi.... dia di sana sedang bergembira bersama bidadari......namun diri ku juga pasti kasih sayangnya terhadap diri mu tak pernah bertepi....

    ReplyDelete
  3. sedih sungguh hati ku,sedih lagi hati mu....
    dikau menangis sendu....aku tertunduk pilu...
    bangkitlah wahai sahabat ku....
    bukankah surga milik anak mu.....?????

    ReplyDelete
  4. Kepada semua maaf jika saya keterlaluan.
    Catatan ini hanya sekadar luahan rasa, pengubat rindu. Kata-kata yang sedikit dapat merongkai pilu. Terima kasih atas 'comment'. Sekurang-kurangnya sudah ada kepastian, disana ada orang yang rela mengongsi hiba pilu kami.

    Terima kasih banyak-banyak....

    ReplyDelete
  5. kaulah sahabat ku bukan sahaja di dunia malah jua disana..kesedihan yang kau tanggung...aku jua sama...kehilangan yang kau rasa aku turut hiba... luahkanlah segalanya agar kita berkongsi duka....kelak pasti akan tenang jua..... kerana janji ALLAH SURGA milik nya....pasti hati mu bahagia...aku pun begitu jua.

    ReplyDelete
  6. Jazakallah semuanya.
    Kita semua tiada daya upaya, melainkan DIA.
    Redha dengan rencanaNYA, moga kita bahgia selamanya, hingga ke SANA.
    Kita berusrah lagi di SYURGA....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.