RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, July 24, 2010

kata-kata hati (15) moga masih bermanfaat.


Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2 (UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas) pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Sehabis misi da'wah 40 hari di Sandakan (yang anak pun sempat turut beberapa hari) Tuan Hj Mohamad b. Embong sempat meluangkan masa menziarahi pusara anak. Beliau masih sebak dan menitiskan air mata kala langkah beliau semakin hampir ke pusara anak. Diikuti dengan ucapan " Assalaamu'alaikum wahai Huzaifah".


Dari perbualan abah dengan beliau sepanjang perjalanan dari Seri Petaling ke Sabak Bernam, dan maklumat dari kawan seusaha anak, Fadhil (yang turut sama dalam misi da'wah di Sandakan, teman yang menemankan anak mandi sebelum kejadian), abah dapat kepastian bahawa beliau sangat terkesan lantaran teringat akan khidmat, layanan dan santunan anak kepadanya, membantu menyelesaikan keperluanya, saban hari tanpa jemu, walaupun anak cuma baru beberapa hari bersama beliau. Kata beliau anak paling rapat dan paling mesra dengan beliau.


Seperkara yang sangat penting (berkait rapat dengan perkara tersebut) abah terbaca dari 'inbox message' anak kiriman dari mas'ul anak, Tuan Hj Osman Ngah (anak tandakan sebagai Hj Man Syura) dengan ingatan antara lain ; "Sdr2. Selamat brangkat ke Sndkn. Ikram dan dakwah org tempatan. Ikram sesama jmh (jamaah abah kira). Extra ikram pd H Mohd....."


Tahniah anak, pertamanya kerana berjaya taat dan patuh pada arahan mas'ul (pimpinan), sebab ia adalah wajib selagi ia tidak menyalahi syara'. Kedua kerana telah berusaha sedaya mungkin menjadikan diri anak bermanfaat kepada orang lain.


Teringat abah akan sabdaan Junjungan, daripada Jabir bin Abd Allah ra, bermaksud ;
" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain)".
Hadith dikeluarkanoleh al Daruquthi dalam al-Afrad, dinukil oleh al Sayuti dalam Jamii-us-Sagheir no. 4044 (lihat juga no. 9147) dan dinilai hasan oleh beliau. Dipersetujui oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Saliih Jamii-us Sagheir no. 3289.

Oleh itu anak....

Izinkan abah kongsikan sedikit dari kehidupan anak kepada khalayak, moga-moga bukan sahaja hidup anak bermanfaat, bahkan kematian anak juga bermanfaat kepada manusia lainnya.

5 comments:

  1. memang benar bukan hanya semasa hayatnya masih ada ia bermenafaat pada orang lain malah setelah pemergiannya ia menjadi contoh teladan serta kekuatan pada saya juga sahabat-sahabatnya yang lain.....untungnya.....pak cik huzazi dan mak cik huzaimah.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Kami,ummi dan abahnya serta semua adik beradiknya ingin sangat menjadikan jln hidupnya, istiqamahnya, sabarnya, penyantunnya,taat & hormatnya pd orang yang lebih tua, mujahadahnya serta mudah senyumnya sebagai sumber inspirasi utk kami kekal menggenggam dan menjulang Islam. Mudah-mudahan juga orang lain mendapat manfaat yang sama. Moga arwah juga mendapat manfaat 'di-SANA'.

    ReplyDelete
  3. Salam. Masih terbayang redup wajah arwah sewaktu kecil di pasti atau majlis2 berbuka puasa dalam usrah dulu. Serasa indah perasaan bila terkenang anak ini menjadi insan pilihan Allah untuk mendapat rahmat yang bukan semua boleh mendapatkannya. Beruntung anta dan kak Huzaimah menjadi ibubapa anak yang syahid ini. Barakallahu fikum untuk seluruh keluarga anta.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Semoga Allah terima jual belinya.
    " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman itu jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. (Disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan injil dan Al Quran. Siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual beli kamu itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar". At-Taubah : 111

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Semoga Huzaifah telah lulus ujian 'itu'..
    Firman Allah ; " Kami (Allah) pasti akan menguji kamu, hingga nyata dan terbukti mana yang berjihad dan mana yang sabar diantara kamu..."
    Surah Muhammad :31
    Semoga kita juga akan lulus ujian 'itu'..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.