RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Saturday, June 26, 2010

kata-kata hati (8) Mengejar waktu

Klik gambar untuk lebih jelas

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.
Dalam pertemuan abah dengan Engineer Hj Abdul Ghani, yang menjadi 'Amir' anak semasa misi da'wah anak ke Sandakan tempohari (walaupun anak cuma sempat turut serta dalam beberapa hari sahaja) di Seri Petaling, 5hb June 2010, abah di tunjukkan oleh beliau dengan catatan mesyuarat serta tugasan jemaah da'wah anak dan secara khusus tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anak.

Abah dapat teliti bahawa tugasan selepas solat Asar, hari Isnin (3hb Mei 2010) sebelum anak berangkat menemui Rabb kita pada hari Selasa (4hb Mei 2010) , adalah ziarah ke perkampungan Melayu Cocos, di Bluran, Sandakan. Bersama anak antaranya adalah Tuan Hj Muhammad Embong . Anak diberi tanggungjawab sebagai jurubicara petang itu. Menurut Tuan Hj Muhammad Embong, perkampungan tersebut agak terpencil dan berbukit-bukit. Untuk menyelesaikan tugasan ziarah, sedikit tazkirah serta jemputan ke surau untuk majlis ta'alim agak sedikit sukar. Anak dan rombongan perlu memanjat dan menurun bukit untuk sampai kesetiap rumah-rumah berkenaan.

Menurut Engineer Hj Abd Ghani, dan Hj Muhammad Embong, biasanya misi tersebut cuma memerlukan sekitar 45 minit. Namun anak petang itu berhempas pulas untuk sampai kesetiap buah rumah, dan akhirnya cuma dapat menghabiskan tugas hampir-hampir waktu Maghrib. Ujar Engineer Hj Abd Ghani lagi, anak kehabisan upaya, sehingga tugas memberi tazkirah selepas waktu Maghrib hari itu terpaksa diamanahkan kepada orang lain.

Ternyata anak mengejar waktu......, mengambil kesempatan waktu hidup anak sebelum datang kematian. Hidup perlu dipenuhkan dengan 'amal dan apa-apa yang boleh menjadi bekal disana......

Tak mengapalah anak..... semoga Allah tidak akan mensia-siakan segala susah payah anak itu, kerana Allah berjanji ; " Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." Surah Az Zalzalah :7

Lagi pula anak......

Bahawa Abu Darda' memarfu'kan: " Allah akan membangkitkan beberapa kaum pada hari kiamat, sedang di wajah-wajah mereka ada cahaya, di atas mimbar-mimbar mutiara dan manusia pun ingin seperti mereka, padahal mereka bukanlah para nabi dan bukan pula syuhada'." Seorang Arab gunung berdiri di atas lututnya seraya berkata; "Ya Rasulullah, jelaskan sifat mereka itu kepada kami agar kami dapat mengetahui mereka." Nabi saw bersabda; " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dari berbagai macam kabilah dan berbagai negeri; mereka berkumpul untuk berzikir kepada Allah."
(Isnad hadith ini hasan. Demikianlah di dalam at-Targhib (2/406) dan di dalam Majma' az-Zawa'id(10/77)

Dan lagi anak...............menurut As-Syeikh Sa'id Hawwa;

"Kerana itu mencari saudara-saudara dalam agama Allah (ikhwan fillah) untuk diajak berkumpul dalam rangka berzikir kepada Allah adalah termasuk hal yang harus diupaya dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh seorang Muslim, kerana dengan zikir akan terjelma keikhlasan yang menjadi prasyarat diterimanya amal, dan dengannya pula sesaorang bisa terhindar dari penyakit-penyakit hati yang dapat membatalkan amal."

3 comments:

  1. assalamualaikum pak cik..saya student UMS dan kebetulan akhir sekitar bulan julai tahun lepas saya ada mengikuti rombongan ke beluran dan beberapa tempat lain sekitar sabah..subahanallah..dengan keadaan jalan untuk sampai ke sana dari bandar sndkn mmg berbeza dari kita di semanajung,,waktu dlm perjalanan sy terbayang bgaimana cekalnya jemaah arwah dan arwah sendiri sampai ke pedalaman sana..mustahil kalo pikir kita bekerja utk sesuatu perkara tanpa upah..dengan menempuhi jalan2 yg agak sukar,,dari jauh sudut hati,sy mengagumi arwah yg byk berkorban demi Agama kita yg mulia..sy juga sgt kagum dengan ketabahan pak cik bila kehilangan org yg tersayang demi mepertahankan akidah umat islam sejagat..
    ps:tidak dinafikan pak cik,jika pak cik ada dtg ke pedalamn sabah or sarawak,usaha2 batil mubaligh gereja sememangnya kencang..saya sendiri melihatnya..mujurlah saya lihat kehadiran jemaah tabligh ke pedalaman sedikit sebanyak meneutralkan usaha batil mereka..mereka menyogok dengan wang ringgit,ttp depa org tablig 'menyogok' dgn berita2 akhirat sepertimana yg anak pak cik buat..ya,inilah sedikt pengalaman saya semenjak dduk di sabah selama 3 tahun ni pak cik..d semanjung kita masih boleh di buai lena dgn kemajuan agama yg kita nikmati..ttp dipedalaman cni mmg berbeza..
    walaubagaimanapun..sy skali lagi sgt kagum dengan kejituan jiwa anak pak cik even sy tidak mampu lagi untuk keluar bertabligh ke pulau2 or area2 pedalaman seperti arwah..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terima kasih anak.
    Saya sebenarnya bukan kuat sangat. Masih mencari kekuatan dan semangat. Moga kita sama-sama saling dapat kuat menguatkan.

    Moga arwah anak saya ikhlas dalam kerjanya, dan mohon Allah sudi menerima segalanya sebagai 'amal soleh.

    Mohon sedekah pahala bacaan Al fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  3. Bertepatan pada tarikh yang sama anak memberikan komen, pada 5 hb Mei 2010 (tahun lalu)anak saya di jemputNYA...Serasa seakan arwah masih ada...belum bercuti balik kampung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.