RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Friday, June 4, 2010

kata-kata hati (2)

Waktu di tadika (PASTI)
Umur 6 tahun

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan..

Anakku...kawan seusahamu Fadhil yang sama mandi saat akhirmu, dan dia ada menziarahi rumah kita di Kalabakan, menyatakan, anak ditugaskan memberikan tazkirah (bayan) pada subuh itu (4.5.2010) dan katanya anak berpesan pada seluruhnya yang hadhir subuh itu , terutamanya kawan-kawan seusahamu ;

" Kita wajib teruskan usaha da'wah ini, sehingga akhir hayat kita..... sampai kita mati."

Tahniah dan syabas abah ucapkan, kerana anak telah membenarkan janji anak dengan Allah....

Firman Allah dalam S. Al Ahzab : 23

" Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merobah janjinya."

2 comments:

  1. Masih terbayang 'ipah' ketika kecil begitu mesra dengan kak ros. agak lama dalam jagaan penuh kasih sayang kak ros, neneknya dan aku. jika kak ros pergi kerja dan nenek ke sawah parit 8, akulah yang menemaninya makan dan bermain... kemudian kami berpisah. aku bertemu dan bermesra semula dikilang sos yang menjadi 1001 kenangan. memasak sardin dan telor goreng untuk makan tengahari bersama. sama2 merasai susah dan jerih payah kehidupan. selepas itu melihat dan mengajar matematik pada ipah sedikit sebanyak kerana 'ipah' akan menghadapi peperiksaan upsr. aku tanya, boleh score tak. dia geleng, tidak katanya. kemudian selepas itu kami berpisah semula. kali ini begitu lama... rupanya perpisahan untuk selama-lamanya. aku tidak pernah menatap wajahnya selepas dari itu. mudah2 an aku dapat bertemunya di pintu syurga yang aku tak pasti aku boleh memasukinya atau tidak. aku pasti ipah sedang berbahagia sekarang, setiap hari mendapat udara dan bau-bau syurga yang akan dimasukinya nanti. cuma doaku, apabila ipah diizinkan Allah s.w.t memberi syafaat, dia tidak lupakan aku. mungkin jasaku tidak sebesar mana dengan deretan orang disekeliling ipah. aku mungkin terlalu jauh, malahan selepas hampir 10tahun tidak pernah berjumpa, mungkin ipah sudah lupa aku, pakciknya.. mungkin

    ReplyDelete
  2. Mudah2an pakcik dalam listnya. Asalkan pakcik tidak pernah memandang lekeh usaha yang dia dan mereka yang seusaha dengannya dahulu. kalaupun hubungan (pertalian darah) dengannya terlalu rapat tapi memperlekeh usahanya....masalah tu. seumpama mengatakan ....tabligh tu kerja bodoh tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.