RENUNG - RENUNGKAN

" Barangsiapa yang tidak menghadap Allah dengan kelembutan-kelembutan ihsan, maka ia akan diseret ke hadapanNya dengan rantai cobaan. Barangsiapa yang tidak mensyukuri beragam nikmat, maka ia menghadapi hilangnya nikmat-nikmat tersebut, dan barangsiapa yang mensyukurinya, sesungguhnya ia telah mempertahankannya dengan ikatannya."

YANG SUDI BERKONGSI IDEA, KOMEN ........ terima kasih

Thursday, June 3, 2010

kata-kata hati (1)

Waktu berumur 2 tahun

Catatan perjalanan akhir Muhammad Huzaifah bin Mohammed Huzazi. Pelajar tahun 2(UMT) Kursus Ijazah Teknologi Alam Sekitar. Lahir 23 Syaaban 1409 (30 Mac 1989) Kembali menemui Rabb kita, (lemas)pada 21 J/Awwal 1431 (4 Mei 2010) semasa misi dakwah 40 hari ke Bluran, Sandakan.

Dalam sedih… abah turut gembira kerana pergimu adalah dalam rangka sebahagian kerja-kerja agama. Ingin meletakkan Islam ditempatnya yang tinggi, disaat sebahagian remaja lain seusiamu (mungkin) tenggelam dalam khayal pesona dunia. Waktu sebahagian remaja lain (mungkin) tenggelam dalam gegak gempita rempit motor mereka, atau lemas dalam pujuk rayu sidara, kekasih genit dalam hawa dingin panggung wayang yang samar-samar cahaya atau di taman-taman hiburan yang memungkinkan segala, atau berkhayal dipersimpangan-persimpangan jalan, menanti untuk mengusik anak-anak gadis yang pulang dari kerja, yang kadang kala melewati beberapa waktu solat …terbiar cuma…. atau sedang panik memikirkan kelahiran bayi hasil hubungan haram mereka, atau berbagai dan segalanya…

Kau korbankan semuanya, waktu antara kuliahmu, sebahagian ongkos belanja harianmu, kau tahan selera makanmu (kerana ingin menyimpan buat keperluan belanja da’wahmu) dan terakhir waktu cuti semestermu, semata-mata untuk memanggil manusia kembali kedakapan Allah. Kau… dalam serba payah, daif dan serba kekurangan menelusuri segenap ceruk pendalaman, menjejaki setiap jiwa yang bernyawa… yang masih, atau sudah terlupa bila.. pernah mengucapkan kalimah toyyibah…agar sama-sama kembali mengagungkan Tuhan, Allah Rabb kita semua…. Semata-mata kerana Allah
Subhanallah…….Ya Allah….

Anakku semoga Allah menerima amal serta pengorbananmu……………,
sebagaimana FirmanNya dalam Surah Al Hajj : 58

“ Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka dibunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik (syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.”

FirmanNya lagi dalam Surah At Taubah : 20-22

“ Orang-orang yang telah beriman yang telah meninggalkan rumah-rumah mereka (berhijrah) dan telah berjihad di jalan Allah, dengan harta dan diri mereka. Disisi Allah bagi mereka darjat yang tinggi. Merekalah orang-orang yang berjaya sepenuhnya. Tuhan mereka mengkhabarkan berita gembira kepada mereka tentang rahmat dan keredhaanNya, dan tentang taman-taman syurga dimana mereka akan mendapat kenikmatan yang kekal, mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Sesungguhnya disisi Allah balasan yang sangat besar.”

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum...

    Sungguh, pemergian orang yang dicintai itu amat menyakitkan. Tetapi ingatlah, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Allah itu maha adil, setiap aturanNya pasti yang terbaik untuk kita semua.

    Jika kita merasa kehilangan itu satu kerugian, maka kita silap. Kerana pada hakikatnya, itulah sebenarnya kehendak dan pemberian Allah untuk kita. Allah ingin memberikan kita satu pengajaran yang besar disebalik kehilangan.

    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 154 yang bermaksud:

    Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.


    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 bermaksud:

    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


    wallahua'lam...

    semoga kita sentiasa redha dan tabah dengan segala ujian dariNya...ameen...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah buat arwah huzaifah..
    smoge arwah diletakkan dlm golongan org2 soleh..

    ReplyDelete
  3. Salam
    Terima kasih banyak-banyak atas doa anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Al-'Ashr : ayat 3. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.